Kita selalu memikirkan tentang ikan duyung yang mempunyai ekor bersisik seperti ikan. Duyung merupakan makhluk mitos dengan kepala dan badan wanita dan berekor ikan. Ikan duyung digambarkan secara meluas dalam cerita rakyat dari serata dunia, kesusteraan dan budaya popular.

Tahukah anda? Terdapat peny4k1t yang diberi nama berdasarkan mitos ini

Nama peny4k1t ini ialah Sirenomelia, diambil daripada nama Siren dari mitologi Greek. Peny4k1t ini juga dikenali sebagai Sindrom Mermaid. Ini kerana keadaan pesaklt yang mempunyai kedua belah kaki tercantum, membentuk seperti ekor ikan duyung.

Bayi yang dilahirkan dengan Sindrom Mermaid akan mengalami gangguan perkembangan kongenital dengan ciri tidak normal tulang belakang bawah (lower spine) dan anggota bawah (lower limb). Kecac4tan boleh berlaku seperti:

  1. Kaki yang bercantum secara penuh dari pusat atau separuh. Sistem genital yang tidak normal (pembiakan dan alat kelamin)
  2. Sistem gastrousus yang tidak normal (sistem pencernaan, usus)
  3. Keadaan tulang lumbosacral atau pelvis yang tidak normal
  4. Ketiadaan atau kekurangan (agenesis) salah satu atau kedua-dua buah pinggang
  5. Ketiadaan atau keadaan tidak normal tulang ekor (coccyx) dan sakrum.

Selain dari itu, keadaan lain yang imperforate anvs (tidak berongga/berlubang), spina bifida (kecac4tan di tiub neural) dan kecac4tan pada jantung.

(Sumber : Ancient Origin)

Peny4k1t ni sangat jarang berlaku. Kemungkinan untuk peny4k1t ini berlaku ialah 0.8-1 daripada 100ribu kelahiran (Samal S.K. at el, 2015).

Kadar kem4tian akibat Sindrom Mermaid sangat tingi. 50% kemungkinan bayi lahir dalam kandungan. Bayi yang lahir dengan peny4k1t ini kebanyakannya tidak mampu bertahan sehingga tempoh 24 jam. Dua kes di India, pada tahun 2017 m4ti selepas 4 jam manakala kes pada tahun 2016 hanya bertahan 10 minit.

Akan tetapi, terdapat juga kes bayi dengan sindrom ini hidup selepas lahir. Milagros Cerron ialah seorang bayi di Peru pada tahun 2006 yang lahir dengan sindrom Mermaid. Selepas pembedahan untuk memisahkan kakinya yang bercantum, dia mampu berjalan.

Akan tetapi, dia meninggal dunia pada umur 15 tahun(2019) kerana kegagalan buah pinggang. Dia mengalami beberapa keadaan tidak normal semasa lahir, salah satunya hanya mempunyai satu buah pinggang.

Milagros Cerron

Punca sebenar peny4k1t ini juga tidak diketahui. Banyak pendapat mengatakan punca peny4k1t ini bersifat multi faktor, yang bermaksud bahawa beberapa faktor yang berbeza mungkin memainkan peranan.

Di samping itu, faktor genetik yang berbeza boleh menyumbang kepada gangguan pada orang yang berlainan. Seseorang juga boleh membawa gen sebuah peny4k1t namun terpendam, hanya menjadi peny4k1t apabila terpicu atau diaktifkan kerana faktor tertentu.

Penyelidik percaya bahawa faktor persekitaran atau genetik mempunyai kesan teratogenik pada janin yang sedang berkembang. Teratogen adalah bahan yang boleh mengganggu perkembangan embrio atau janin.

Dalam beberapa kes, sindrom ini terjadi kerana kegagalan dalam pengembangan awal sistem peredaran d4rah (kecac4tan yang mengganggu sistem vaskular) di dalam embrio.  Ini menyebabkan bahagian hujung embrio tidak mendapat d4rah yang mencukupi untuk proses tumbesaran.

Arteri di kawasan ekor ini terbelakang dan tisu bergantung padanya, kerana kurang bekalan nutrien gagal berkembang, cacat, atau menahan pertumbuhannya pada tahap yang tidak lengkap.

RUJUKAN:

  1. Samal, S. K., & Rathod, S. (2015). Sirenomelia: The mermaid syndrome: Report of two cases. Journal of natural science, biology, and medicine, 6(1), 264–266. https://doi.org/10.4103/0976-9668.149227
  2. Fadhlaoui, A., Khrouf, M., Gaigi, S., Zhioua, F., & Chaker, A. (2010). The sirenomelia sequence: a case history. Clinical medicine insights. Case reports, 3, 41–49. https://doi.org/10.4137/ccrep.s5347
  3. Azyyati Ahmad (2017) Bayi ‘duyung’ hanya sempat hidup empat jam, Astro Awani
  4. Alexandria Hein (2019) Girl, 15, born with ‘Mermaid Syndrome’ dies waiting for kidney, Fox News
  5. April Holloway (2014) Are tales of mythical mermaids inspired by a real-life medical condition?, Ancient Origin
  6. Rare Disease Database(2016) Sirenomelia, National Organization for Rare Disorders Website

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.