Di dalam dunia perniagaan dan ekonomi kita ini terdapat pelbagai istilah yang kita biasa dengar tetapi kurang faham dengan pengertian perkataan tersebut. Contoh yang boleh diambil ialah hibah amanah. Kebanyakan daripada kita tahu hibah itu adalah pemberian ataupun hadiah. Amalan hibah ini adalah sunat berdasarkan firman Allah di dalam Surah Al-Nisa ayat ke empat dan surah Al-Baqarah ayat ke-117.
Di dalam Tabung haji juga terdapat Hibah Amanah TH. Hibah Amanah TH adalah pemberian harta daripada akaun simpanan oleh pendeposit semasa hidup kepada penerima Hibah Amanah atas dasar suka sama suka dan tanpa paksaan. Tetapi perlunya ijab dan qabul di antara pemberi dan penerima Hibah Amanah.
Harta hibah amanah ini akan dipegang oleh pemberi dahulu sebagai pemegang amanah dan harta itu akan berpindah milik selepas kematian pemberi tersebut. Tetapi jika penerima meninggal dunia terlebih dahulu, waris penerima akan menerima harta hibah amanah tersebut.
Terdapat beberapa rukun hibah yang perlu dilakukan. Contohnya ialah:
I. Pemberi Hibah (Wahib)
II. Penerima Hibah (Mawhub lahu)
III. Harta yang dihibahkan (Mawhub)
IV. Sighah (Ijab dan Qabul)
V. Penerimaan Hibah (Qabd)
Terdapat banyak sebab mengapa kita perlu memilih Hibah Amanah TH. Antaranya pemberi bebas menghibahkan harta hibah kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki. Seterusnya, pemberian hibah tidak tertakluk kepada hukum faraid. Selain itu, harta hibah yang telah dihibahkan secara sempurna (mengikut semua rukun) tidak boleh dituntut oleh waris pemberi.
Terdapat beberapa syarat yang harus dipenuhi sebelum berlakunya Hibah Amanah TH ini dari pihak pemberi hibah dan juga penerima hibah.
Pemberi Hibah Amanah TH:
• Pendeposit TH yang mempunyai akaun dewasa
• Waras
• Berumur 18 tahun dank e atas
• Tertakluk kepada terma dan syarat di bawah suratikatan hibah amanah dan surat kuasa wakil
Penerima Hibah Amanah TH:
• Warganegara ataupun bukan
• Beragama Islam ataupun bukan.
• Waras
• Tiada Had umur; jika bawah 18 perlu lantik penjaga yang sah
• Tiada Had Bilangan Penerima
Terdapat banyak kebaikan jika mengamalkan Hibah Amanah TH ini kerana ini akan memudahkan kita membahagikan harta kita apabila kita sudah tiada di muka bumi ini lagi. Untuk informasi lanjut boleh ke laman web: http://www.tabunghaji.gov.my/produk-promosi untuk informasi lanjut.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih