Tular baru-baru ini gambar seorang lelaki muka minta penampar pamer kerusi untuk kelas ultra-ekonomi pesawat.
Walaupun rekabentuk (design) kerusi ini masih dalam kajian, ada sesuatu perkara menarik yang kalian perlu tahu.
Pertama sekali tengok gambar ini – dan bayangkan kalian naik pesawat dan berjalan lima jam.
Punyalah sempit. Ruangan kaki pun silap-silap boleh hancur kepala lutut. Orang suruh rapatkan saf. Mereka bawa idea rapatkan kerusi pula. Puncanya kenapa?
Begini.
Industri penerbangan sebenarnya tidak mahal pun. Ada banyak faktor yang menentu harga akhir. Salah satu faktor semestinya harga minyak.
Kalau harga global naik, kos bahan api melambung juga. Kalau murah, syarikat menikmati penjimatan untuk cover kos tinggi sebelum ini.
Mengenali Kos Penerbangan
Setiap syarikat akan mengira kos daripada titik pelepasan hingga pendaratan. Kos ini dipanggil “cost per mile” atau “available seat kilometer”.
Kalau perjalanan 300 kilometer telan modal RM10,000, setiap kilometer berharga tiga sen (RM0.03). Ini sekadar bayanganlah.
Dalam RM10,000 ada segala kos – gaji staf, harga minyak, yuran lapangan terbang, kos penyelenggaraan dan sebagainya.
Guna pula pesawat Airbus A330 yang ada 250 kerusi. Jadi syarikat perlu kira habislah berpandukan “available seat kilometer”. Jika satu tiket berharga RM50, syarikat boleh dapat RM12,500. Itu kalau satu pesawat penuh. Jika 50 peratus? Itulah namanya rugi.
Jadi macam mana kalau pesawat Airbus disumbat 280 buah kerusi?
Itulah yang cuba dibuat.
Antara Prototaip Dan Realiti
Bagi yang baru pertama kali naik pesawat, memang seronok apabila naik pesawat. Penerbangan sehala atau dua hala sanggup diharung, tidak kira berapa jam.
Tetapi untuk orang yang sentiasa bermusafir, penerbanganlah paling dibenci. Kalau tengok pada kritikan industri, mesti ada yang cakap pasal ruangan kaki (leg room).
Leg room adalah segala-galanya dalam bab penerbangan. Cebu Air (Filipina) dikritik kerana membuang ruangan dapur dan tandas supaya dapat memuatkan 460 buah kerusi… semata-mata untuk cari untung lebih (BWorld, 2022).
Sini semua boleh nampak betapa besarnya peranan kerusi dalam sebuah pesawat. Sampai buang habis dapur dan tandas. Rapatkan lagi saf antara kerusi.
Pendekatan ini semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Leg room lebih kecil sekarang bagaikan norma industri. Awal 2000-an dulu, ruangan kaki dalam kelas ekonomi berada dalam lingkungan 86 sentimeter… sekarang 76 sentimeter sahaja (Whitley & Gross, 2019).
Ryanair pun sekarang pesan pesawat “rapat saf” daripada Boeing. Begitu juga dengan Cathay Pacific. Kalau boleh, mereka ingin “perah habis susu daripada lembu yang sama”.
Disebabkan itulah sekarang ada definisi “air rage”, iaitu apabila penumpang pakat bergaduh kerana kerusi terlalu rapat. Orang depan pula selamba turunkan penyandar.
Orang belakang pun sama naik – kaki penerajang kerusi depan. Berapa banyak pesawat terpaksa buat pendaratan kecemasan… hanya kerana penumpang kuat gaduh. Perkara ini terjadi pada American Airlines dan Delta Airlines padahal isu boleh selesai dengan mudah.
Jadi sekarang bayangkan apa akan jadi seandainya ruangan kaki dikecilkan lagi. Tentu sekali pakat bergaduh lagi jawabnya. Kesimpulannya nampak macam kesan ular tedung pun ada.
Cari solusi untuk luaskan untung… tetapi akhirnya memakan diri kerana pesawat terpaksa mendarat.
RUJUKAN:
BWorld. (2022, Februari 16). Cebu Pacific plans new squeeze on legroom with record number of seats.
Whitley, A., & Gross, S. (2019, Julai 26). Legroom on Planes has been shrinking for years. It’s about to get much, much worse. Time.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih