Pada zaman sekarang, lapisan ais di Kutub Utara dan Selatan semakin membimbangkan, terutamanya Antartika yang semakin ‘menghijau’ apabila ais mencair pada purata 150 bilion tan setahun!
Bukan pencairan ais dan glasier saja yang perlu dibimbangkan, Antartika sendiri akan menjadi ‘b*m masa’ bila-bila masa saja. Ini kerana bahagian barat banjaran bernama Pergunungan Transantarctic tersembunyinya rekahan yang bakal muntahkan lava!
Di bawah lapisan ais bahagian barat banjaran itu, sedalam 1-2 kilometer terdapatnya rekahan, di mana dalam rekahan ada kabuk magma yang akan meletus saat lapisan air mencair.
Jika aktiviti volkanik dalam perut bumi semakin aktif, lapisan ais yang menutupi akan mencair. Dengan pencairan lapisan ais yang ketara di barat Pergunungan Transantarctic, saintis sana tahu bahawa kawasan tersebut bakal meletus oleh lava tak lama lagi.
Pasukan saintis yang diketuai oleh ahli geokimia bernama Allie Coonin dari Brown University, Amerika Syarikat (AS) telah mengesan pencairan ais di barat banjaran itu. Menurut beliau, apabila lapisan ais mencair, tekanan ke atas rekahan semakin berkurang.
Kemudian, kabuk magma akan mengembang dan mula meletus, memuntahkan tanah, batu, ais, dan juga lava! Walau bagaimanapun, haba dari kabuk magma diperlukan untuk cairkan lapisan ais. Jika masa pencairan pendek, letusan kabuk magma akan terjadi begitu cepat!
Tapi, pengembangan kabuk magma yang dilitupi oleh ais atau glasier memakan masa untuk ia meletus. Haba dari kabuk magma perlahan-lahan memanaskan lapisan ais selama beratus-ratus, malah beribu-ribu tahun lamanya.
Jadi, lama lagi barat Antartika meletus. Jika letusan tersebut terjadi juga, saintis tidak dapat berbuat apa-apa. Mereka hanya menyelidik lebih dalam tentang fenomena tersebut, agar memahami lagi dalam tentang aktiviti volkanik, sekaligus dapat menyelamatkan masyarakat dari bencana sebegini.




No comments yet