Hari ini ramai diantara rakyat Malaysia yang melaungkan Equality atau Kesaksamaan. Ada pula yang tidak bersetuju dengan konsep Kesaksamaan dan mementingkan konsep Fairness atau Keadilan.

Apa perbezaan keduanya? Saya akan cuba beri sedikit penerangan dan pendapat..

———-

Di alam Melayu, pemimpin yang baik sentiasa dikaitkan dengan terma Adil dan Saksama. Ianya bukan elemen yang sama tetapi keduanya amat sinonim dengan pengertian pemimpin ataupun polisi dan keputusan yang baik dan bijak..

Saksama itu selalunya dikaitkan dengan sama rata, sama rasa..

Manakala Adil itu adalah meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya.. Doing what is right..

Zalim pula dalam ertikata sebenar adalah apabila kita tidak meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya..

Maka saya simpulkan perbezaan terbesar antara dua terma ini adalah seperti berikut:

1) Kesaksamaan tanpa Keadilan adalah Kezaliman.

2) Keadilan tanpa Kesaksamaan tidak semestinya berlakunya Kezaliman.

———-

Saya akan bagi sebuah analogi mudah melalui pengalaman saya sendiri mengenai konsep Saksama dan Adil.

Semasa saya kecil dahulu, saya selalu main bola sepak di padang sebelah surau. Selalunya ada lah dalam 12 ke 13 orang kawan-kawan yang akan berkumpul dan bermain. Kami akan pilih 2 orang kapten dan mula membahagikan pemain-pemain mengikut pasukan.

Di sini berlakunya 2 senario:

Senario Pertama

Apabila kami mempunyai 12 orang yang berkumpul, ianya akan berlaku kesaksamaan di dalam pembahagian pemain di dalam setiap pasukan kerana di dalam setiap pasukan akan ada 6 orang pemain. Tetapi kesaksamaan itu tidak semestinya Adil kerana kadang-kadang semua jaguh kampung akan berkumpul dalam satu pasukan sahaja. Jadi pembahagian pemain mengikut tahap kehebatan dan umur juga penting untuk diambil-kira.

Senario Kedua

Ada hari lain pula akan datang 13 orang. Walau dilihat macam mana pun akan berlaku ketidak-saksamaan. Satu pasukan akan ada lebih satu pemain. Ini akan mewujudkan keadaan yang tiada kesaksamaan. Namun begitu melalu Keadilan, suatu rumusan mampu dicapai iaitu kami beri seorang pemain yang bagus di dalam pasukan 6 orang itu tadi. Walaupun tiada Kesaksamaan, namun Keadilan itu dapat dicapai.

———-

Kesaksamaan adalah suatu konsep yang lebih rapat dengan Kuantitatif.. Manakala Keadilan lebih terkait rapat dengan Kualitatif.

Yang membezakan adalah Justifikasi di dalam membuat keputusan yang Adil lagi Bijaksana.

Konsep Kesaksamaan dan Keadilan ini yang ramai juga yang tidak memahami ataupun keliru. Pada sesetengah orang Kesaksamaan adalah Keadilan.

Ia tidak sama…

Di dalam Keadilan ada Kesaksamaan.. Tetapi di dalam Kesaksamaan tak semestinya wujud Keadilan.

Apa yang sesetengah tak faham adalah, Kesaksamaan tanpa timbang tara neraca Keadilan sendiri adalah satu bentuk kezaliman.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pengasas dan Presiden The Patriots. Man. Myth. Legend.

Comments are closed.