Ketika zaman pemerintahan Maharaja Alexios II, baginda baru berusia 11 tahun ketika menaiki takhta maharaja Byzantine pada tahun 1180 selepas bapanya, Manuel I, meninggal dunia. Ibunya, Maria of Antioch, beranggapan Alexios masih terlalu muda untuk memerintah, jadi Maria menjadi pemangku maharaja bersama-sama dengan salah seorang sepupu maharaja baru yang juga dipanggil Alexios.

Rakan-rakan maharaja bersama yang muda itu cuba memulakan rampasan kuasa untuk memastikan dia menaiki takhta, dan tak lama kemudian, berlaku ru.suhan di sekitar jalanan kota Konstantinopel.

Boleh dapatkan buku terbaru The Patriots di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr

Rakan-rakan Alexios gagal dalam usaha mereka tetapi pada 2 Mei 1182, Andronikos Komnenos, sepupu pertama Maharaja Manuel, mengambil kesempatan atas kekacauan itu dan cuba mengangkat dirinya di atas takhta.

Dia memasuki kota Konstantinopel dan dalam masa yang singkat dia menggulingkan kerajaan. Hampir sebaik saja dia memasuki kota itu, berlaku pembu.nuhan beramai-ramai terhadap orang Latin, penduduk Roman Katolik di kota itu. Dianggarkan seramai 80,000 orang terbu.nuh, dan Andronikos tidak cuba menghentikan pemban.taian itu.

Walaupun Andronikos dengan senang hati membenarkan Alexios II menjadi maharaja, dia memastikan semua orang yang rapat dengan pemuda itu ma.ti. Maria, Alexios yang seorang lagi, dan kakak maharaja semuanya dibu.nuh.

Maharaja Alexios II seolah-olah terpaksa menandatangani waran kema.tian. Jelas, dia hanya menunggu masa sebelum Andronikos menemui peluang yang sesuai, dan sebelum itu, Andronikos menjadi maharaja bersama pada September 1183. Dan dia tak mahu menunggu Alexios membesar cukup dewasa hingga memahami segala-galanya, Andronikos memilih bertindak serta-merta.

Lukisan abad ke-15  yang menggambarkan kekuasaan Andronikos I Komnenus: Ma.yat Renyer dan isterinya Maria Komnenus di atas tanah, ma.yat Maharaja Alexius II dibuang ke laut dan protosebastos digantung.

Pada Oktober 1183, Andronikos diam-diam memerintahkan pembu.nuhan maharaja bersamanya itu, Alexios yang malang dibu.nuh dengan dije.rut oleh tali busur sebelum ma.yatnya dibuang ke dalam selat Bosphorus.

Semasa penggal pemerintahannya yang singkat, musuh-musuh Empayar Byzantine memanfaatkan perselisihan dalaman di Konstantinopel untuk melancarkan pencero.bohan terhadap wilayah-wilayah Byzantine.

Kerajaan Hungary menawa.n Bosnia dan Syrmia pada tahun 1181 dan pada tahun berikutnya, Empayar Byzantine kehilangan Sozopolis dan Cotyaeum kepada Kilij Arslan II. Andronikos kini merupakan pemimpin tunggal Empayar Byzantine, tetapi dia juga tak akan hidup cukup lama.

Empayar Byzantine semasa Alexios II menduduki takhta.

Andronikos adalah seorang lelaki yang sudah tua semasa dia menggulingkan Alexios II pada tahun 1183. Dia dilahirkan pada tahun 1118 dan dikenali sebagai seorang individu yang lasak, berani dan tampan, dia juga merupakan seorang jeneral tentera yang cemerlang.

Dia pernah ditawan oleh Kilij Arslan II semasa Turki Seljuk menundukkan Byzantine dalam siri se.rangan balas Byzantine pada tahun 1141 selepas kekalahan dalam Pertem.puran Manzikert.

Dia kekal sebagai tawanan pe.rang Seljuk selama setahun.  Selepas dibebaskan, dia tinggal di istana sepupunya Maharaja Manuel I Komnenos dan Andronikos adalah salah seorang pegawai kegemarannya.

Walaupun dilayan dengan baik, nafs.u Andronikos terhadap kuasa menyebabkan dia terlibat dalam konspirasi menggulingkan Manuel pada tahun 1153, jadi dia disumbat ke dalam pen.jara. Dia cuba melarikan diri beberapa kali sebelum berjaya pada 1165.

Andronikos melarikan diri ke Kyiv tetapi kembali ke Konstantinopel selepas menjadi sekutu dan membantu Maharaja Manuel dalam menjayakan Pengepungan Semlin semasa pencero.bohan ke atas Hungary.

Andronikos I Komnenos

Tapi, oleh kerana dia enggan bersumpah setia kepada Bela, yang kemudian akan menjadi Bela III of Hungary selaku bakal pengganti Manuel, Andronikos telah diusir dari istana tetapi dia dikurniakan wilayah Cilicia.

Andronikos terus menimbulkan kemarahan Maharaja dan tinggal di beberapa lokasi yang berbeza termasuk di bawah perlindungan Raja George III of Georgia. Sebaik saja Manuel meninggal dunia pada tahun 1180 dan digantikan oleh Alexios II, kebencian dalaman di Konstantinopel semakin memuncak kerana mereka tidak sanggup menerima hakikat bahawa Ratu Maria adalah orang Latin.

Andronikos melihat ini satu peluang dan berarak menuju ke Konstantinopel dengan bala tenteranya pada tahun 1182. Dia menjadi maharaja bersama pada tahun 1183 dan membu.nuh Maharaja Alexios II hanya dalam masa sebulan selepas itu.

Dia berkahwin dengan Agnes dari Perancis dan memulakan pemerintahan singkat yang amat terkenal dengan tindakan keras dan ke.jam. Andronikos yang semakin tua menjadi semakin paranoid dan zalim, dan tak lama kemudian, dia mula memerintahkan pelaksanaa  hukuman ma.ti secara besar-besaran.

Sementara itu, Raja William dari Sicilia Norman menye.rang dan berjaya mencero.boh sejauh ke Thessalonica di mana dia membu.nuh sehingga 7,000 orang. Andronikos gagal menangani ancaman itu, dan pada saat ini, dia telah memutuskan untuk menghapuskan golongan bangsawan aristokrat dan hampir berjaya.

Pembu.nuhan Stephen Hagiochristophorites

Namun pada 11 September 1185, Stephen Hagiochristophorites, salah seorang leftenan maharaja yang paling dipercayai, cuba menangkap Isaac Angelos kerana disyaki tidak setia semasa ketiadaan Andronikos.

Walau bagaimanapun, Isaac membu.nuh Stephen dan bersembunyi di Hagia Sophia. Dia merayu sokongan para penduduk, dan Isaac yang semakin popular tak lama kemudian diangkat sebagai Maharaja baru Byzantine.

Andronikos yang baru pulang dan mengetahui berita ini cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap bersama isterinya. Isaac menyerahkan dia kepada orang ramai, dan bekas maharaja itu kemudian menerima penghakiman awam dengan cara diikat pada tiang dan dibelasah selama tiga hari.

Di sepanjang proses tersebut, orang ramai telah memo.tong tangan kanannya, giginya dicabut dan rambutnya dicabut dan disiat-siat, salah satu bebola matanya dicungkil keluar dan air yang panas mendidih dijirus pada wajahnya.

Dia akhirnya dibawa ke Constantinople Hippodrome (kini Sultanahmet Meydani atau Dataran Sultanahmet) dan digantung terbalik dengan kakinya diikat di antara dua batang tiang. Dua askar Latin ingin melihat siapa yang boleh memo.tong tubuh Andronikos dengan po.tongan yang paling dalam dan akhirnya, tubuh Andronikos terbelah dua.

Apabila berita kema.tiannya tersebar, anak lelakinya yang dia lantik sebagai maharaja bersamanya, John Komnenos telah dibu.nuh oleh tenteranya sendiri di Thrace.

Gambaran kema.tian Andronikos

Andronikos I Komnenos adalah maharaja Byzantine yang terakhir dari Dinasti Komnenoi yang memerintah di Konstantinopel, walaupun cucunya Alexios I Megas Komnenos (Alexios of Trebizond) dan David Komnenos mengasaskan Empayar Trebizond pada tahun 1204. Cabang dinasti mereka dikenali sebagai “Megalokomnenoi” atau Komnenoi Agung.

Tak ramai pemerintah yang pernah mengalami kema.tian yang dah.syat lagi menyek.sakan seperti yang dialami oleh Andronikos sebagai harga yang dia bayar di atas kezaliman sendiri, Andronikos salah seorang darinya.

Hukuman ma.ti terhadap Andronikos I Komnenos adalah ke.jam kerana pada hakikatnya, era pemerintahannya walaupun singkat tapi adalah sangat zalim. Andronikos memerintahkan Maharaja Alexios II Komnenos dije.rut walaupun dia tidak membawa sebarang ancaman.

Dia juga memaksa Maharaja Alexios II menghukum ma.ti ibunya sendiri, Maria of Antioch dije.rut. Dia memerintahkan kakak Alexios, Maria Komnenos dan suaminya Caesar Renier of Montferrat diracun.

Dia memerintahkan seluruh anggota keluarga pemberon.tak yang mengisytiharkan diri sendiri sebagai maharaja Cyprus, Isaac Komnenos, supaya direjam dan dipancung walaupun mereka tak ada sebarang kaitan dengan pemberon.takan.

RUJUKAN:

Magoulias, Harry J. (2011). Andronikos I Komnenos: A Greek Tragedy. Byzantina Symmeikta.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.