Dalam 24 jam lagi, rakyat US akan mengundi presiden bagi tahun 2021-2024.

By tengahari Rabu kita akan tau samada Donald Trump (Parti Republican) kekal, atau diganti oleh Joe Biden (Parti Democrat), naib presiden 2009-2016.

Siapa akan menang?

Kalau ikut poll (pungutan suara), Biden dah berbulan-bulan mendahului Trump.

Poll CNN terkini kata 52% akan undi Biden. 42% undi Trump.

Tapi orang sekarang skeptik sikit dengan poll. Sebab tahun 2016 poll pun cakap Hillary Clinton sure win. Last-last Trump menang.

Yang pro-Republican macam Fox pun kata Trump kalah. Sebab Fox sokong Republican style lama. Diorang anggap Trump sebagai populis Alt-Right yang hijack Republican.

So poll setakat nak rujuk boleh, percaya 100% jangan.

Even poll betul, majoriti undi Biden pun, tak semestinya Biden boleh menang. Itu yang terjadi masa 2016. 48% undi Clinton, 46% undi Trump. Tapi Trump yang jadi presiden. Tahun 2000 pun sama. Al Gore 48.4%, George W. Bush 47.9%. Bush yang jadi presiden.

Sebab presiden US tak ditentukan oleh popular vote, tapi ditentukan oleh ‘electoral vote’ (EV).

Setiap 50 negeri (dan wilayah persekutuan Washington DC) mewakili jumlah EV tertentu. Ada 538 in total, sama dengan jumlah Ahli Kongres (100 Senators + 438 Representatives).

Calon yang menang popular vote di satu-satu negeri akan dapat semua EV dalamnya. Kalau menang California dapat 55. Menang Texas dapat 38. Menang Florida dapat 29. New York pun 29. Kecuali Nebraska dan Maine lain sikit cara pembahagian EV.

Lepas campurkan semua EV, siapa yang dapat majoriti (270) akan dinobatkan sebagai presiden.

Tahun 2016, Clinton menang popular vote, tapi dapat 232 EV je. Trump dapat 306. So Trump menang.

Tahun 2000 paling sengit. Gore 266 Bush 271.

Jadi nak predict siapa menang, kita kena tengok dari negeri ke negeri.

Negeri macam Texas, Oklahoma, Missouri ni selalunya akan undi Republican. Texas tak pernah undi Democrat sejak tahun 1980. Alaska setia dengan Republican sejak 1968.

Negeri-negeri ni dipanggail “Red States” (merah tu warna Republican). Negeri-negeri ni lebih konservatif, jadi *hampir* tak mungkin undi Democrat yang liberal. So kira safe deposit untuk Trump.

California (CA), New York (NY), Washington (WA) dan DC pun *hampir* tak akan undi Republican. Sebab negeri-negeri ni lebih liberal. Nak cari Hollywood ke, Lady Gaga ke, semua ada di sini.

Negeri-negeri ni dipanggil “Blue States”, kira safe deposit untuk Biden.

Tapi kalau campurkan semua EV Red States dan Blue States, masing-masing tak sampai 270. So sokongan liberal/konservatif tak cukup untuk menang.

Yang jadi penentu ialah “Swing States” atau negeri atas pagar. Negeri-negeri ni tak undi ikut parti/ideologi tapi ikut calon.

Macam Florida (FL). Tahun 2000, 2004 undi Bush. 2008, 2012 undi Obama. 2016 undi Trump. Sebab tu semua calon presiden target Florida.

Obama dan Trump boleh menang sebab diorang sapu Swing States di belah timur Midwest: Iowa, Wisconsin, Michigan, Indiana, Ohio & Pennsylvania.

Kawasan ini juga dikenali sebagai “Rust Belt”. Ramai di sini ialah pekerja sektor pembuatan macam kereta dan besi keluli.

Dulu masa US jadi pengeluar kereta dan keluli no. 1 dunia, Rust Belt kaya raya. Tapi sejak Jepun, Korea, China naik, diorang makin susah nak cari makan.

Jadi diorang akan undi calon yang mahu mengehadkan import dan galakkan eksport.

Dulu Obama janji nak bagi subsidi kepada industri Rust Belt, sebab tu dia menang di sana. Sekali dia join TPPA, pengundi sana pun marah dan semua swing ke Republican/Trump masa 2016.

Sebab tu Trump tarik US keluar TPPA, dan melancarkan trade war dengan China. Buat kempen “Buy America, Hire American”.

Dan untuk kempen kali ini, Trump cuba meyakinkan pengundi Rust Belt bahawa Biden tak akan lawan China untuk defend industri tempatan.

Dan beberapa tahun kebelakangan ini, negeri Rust Belt macam Ohio dan Penn dah jadi pengeluar shale oil yang utama.

Jadi Trump attack Biden yang pernah cakap nak tamatkan amalan fracking bagi menghasilkan shale oil.

Anti-fracking popular di kalangan pengundi Democrat di Blue States yang woke dan prihatin dengan alam sekitar. Tapi bagi pengundi Swing States, tu soal periuk nasi kot.

Masa debat Trump-Biden yang kedua, Biden cabar Trump untuk tunjuk bukti dia pernah cakap nak tamatkan fracking. Sekali Trump post betul kat FB dan Twitter, terus goyang Biden di Penn. Sampai Obama kena turun berkempen untuk Biden. Ohio tu dalam poket Trump.

Florida unik sikit. Dia ada mix budaya negeri selatan (Southern) yang konservatif dan timur (East Coast) yang liberal. Kalau kawasan bandar macam Miami dan Orlando memang liberal, anti-Republican, anti-Trump.

Cuma kat Florida ni ramai Latino berketurunan Cuba dan Venezuela. Diorang ni sangat anti sosialis (itu sebabnya diorang lari dari negara asal). Sebab tu Democrat tak berani calonkan Bernie Sanders yang confirm akan kalah di Florida.

Macam Eva Mendes, Pitbull dan Camila Cabello ni orang Florida berketurunan Cuba. Tapi golongan artis selalunya tak sokong Republican/Trump. Kalau undi Trump pun diam-diam, nanti kena gam.

Sementara Trump fokus Swing States, Biden pula nak “flip” Red States jadi Blue, terutamanya negeri selatan yang dianggap safe deposit Trump.

Kebanyakan negeri selatan ni paling terkesan buruk dengan COVID, jadi Biden duk attack cara Trump handle COVID.

Negeri selatan ni ada peratusan rakyat berketurunan Afrika (African-American) yang tinggi. Biden cuba tackle diorang dengan nostalgia rindu zaman Obama, lebih-lebih lagi berikutan kes George Floyd.

Kalau strategi Biden berkesan, yang ada potensi nak flip ni macam Georgia yang paling terkesan dengan COVID dan ada ramai pengundi African-American. Macam Usher dan Ludacris ni orang Georgia, dan sokong Biden (Kanye pun orang Georgia tapi tersesat sikit).

Biden juga target Arizona (AZ) yang merupakan Super-Red State. Undi Democrat sekali je dalam 68 tahun lalu.

Sebab bekas Senator Arizona, John McCain (meninggal dunia pada 2018) sangat anti-Trump. So Biden nak tunggang sentimen McCain yang lebih 30 tahun jadi wakil rakyat AZ.

Kalau Biden berjaya flip Georgia dan Arizona, 27 EV layang, peluang Trump lebih sukar.

Cuma persoalannya: adakah kebencian terhadap Trump boleh diterjemahkan ke dalam bentuk sokongan terhadap Biden.

Sama-sama kita saksikan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.