Kadangkala ibu bapa sering menggunakan kaedah menipu untuk mengawal tingkah laku anak-anak. Seramai 379 orang warga Singapura sama ada ibu bapa mereka pernah menipu ketika mereka kecil. Berapa kerap ibu bapa mereka menipu dan bagaimana mereka beradaptasi dengan cabaran ketika dewasa.
Soal selidik pertama yang perlu dijawab oleh subjek ialah mengingati semula sama ada ibu bapa mereka pernah menipu pada perkara yang berkaitan dengan makan, keluar/tinggal di rumah, sikap dan perbelanjaan.
Soal selidik kedua pula subjek ditanya berkenaan berapa kerap mereka menipu kepada ibu bapa setelah dewasa pada perkara berakaitan dengan pelbagai aktiviti dan Tindakan. Akhir sekali, mereka disoal selidik berkenaan dengan ketidak selarasan dan kecenderungan psikososial untuk berkelakuan pentingkan diri dan impulsif.
Orang dewasa yang melaporkan bahawa mereka pernah ditipu oleh ibu bapa ketika kecil, berkecenderungan untuk menipu ibu bapa apabila dewasa. Mereka turut melaporkan menghadapi kesukaran dalam menghadapi cabaran psikologi dan sosial.
Sebagai ibu bapa, kaedah menipu anak-anak kelihatan dapat menjimatkan masa untuk mengawal tingkah laku mereka, terutamanya apabila hakikat sebenar mengapa mereka harus berkelakuan sedemikian begitu rumit untuk dijelaskan.
Apabila ibu bapa memberitahu kepada anak-anak bahawa kejujuran adalah sikap terbaik, tetapi mengamalkan penipuan, sikap itu akan menghantar mesej yang bercanggah kepada anak-anak. Ketidak jujuran ibu bapa akan menghakis kepercayaan dan menimbulkan sikap penipuan dalam diri anak-anak.
Analisis juga mendapati bahawa kaedah menipu oleh ibu bapa membuatkan anak-anak berkecenderungan untuk bersifat agresif, melanggar peraturan dan melakukan gangguan apabila dewasa.
RUJUKAN:
- Peipei Setoh, Siqi Zhao, Rachel Santos, Gail D. Heyman, Kang Lee. Parenting by lying in childhood is associated with negative developmental outcomes in adulthood. Journal of Experimental Child Psychology, 2019; 104680 DOI: 1016/j.jecp.2019.104680
- Nanyang Technological University. (2019, October 2). Children told lies by parents subsequently lie more as adults, face adjustment difficulty. ScienceDaily. Retrieved May 28, 2020 from www.sciencedaily.com/releases/2019/10/191002102759.htm
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih