Selasa, 20 Oktober 202620 Okt 2026
Marcapada Dunia

Anak Presiden Uganda Mengaku Uganda Adik Israel?!

Tiba-tiba, seorang jeneral dari Afrika Timur masuk campur dengan kenyataan yang agak “panas”. Dan dia ialah anak kepada Presiden Uganda sendiri.

Nama dia Gen. Muhoozi Kainerugaba yang juga ketua tentera Uganda. Dan baru-baru ni, dia buat kenyataan yang kalau ada mana-mana pihak cuba hancurkan atau kalahkan Israel, Uganda akan masuk perang di pihak Israel.

Ya, kau baca betul.

Dalam beberapa kenyataan terbuka, Muhoozi cakap dunia dah penat dengan perang di Timur Tengah. Dia sendiri nak konflik tu tamat. Tapi dalam masa sama, dia bagi amaran kalau Israel diserang sampai tahap nak dijatuhkan, Uganda takkan duduk diam.

Malah dia tambah lagi, kalau Uganda kena serangan peluru berpandu, mereka akan balas balik. Dan kalau Israel perlukan bantuan? Uganda sedia hulur tangan.

Ayat paling “keras” dia? Uganda adalah “adik” kepada Israel.

Bunyi macam pelik. Uganda dengan Israel, apa kaitan sebenarnya?

Kalau kita selak balik sejarah, hubungan dua negara ni bukan benda baru. Tapi dia bukan sentiasa baik macam sekarang.

Dulu, masa zaman Presiden Idi Amin sekitar 1970-an, Uganda sebenarnya bermusuh dengan Israel. Ketegangan ni memuncak dalam satu peristiwa yang cukup terkenal iaitu Operasi Entebbe tahun 1976.

Cerita dia macam ni. Sebuah kapal terbang dari Tel Aviv ke Paris dirampas oleh kumpulan pejuang Palestin dan dibawa ke Lapangan Terbang Entebbe di Uganda. Idi Amin bukan saja benarkan, tapi bagi sokongan kepada perampas.

Israel tak tunggu lama. Mereka hantar pasukan komando khas untuk selamatkan tebusan. Operasi tu berjaya, tapi seorang komander Israel terbunuh iaitu Yonatan Netanyahu, abang kepada Perdana Menteri Israel hari ini.

Peristiwa tu buat hubungan Uganda-Israel hancur teruk.

Tapi lepas kejatuhan Idi Amin pada 1979, keadaan mula berubah. Perlahan-lahan, Uganda dan Israel mula pulihkan hubungan. Masuk era moden, lagi-lagi bawah Presiden Museveni, hubungan dua negara ni jadi semakin rapat.

Israel mula masuk semula ke Afrika Timur termasuk Uganda dan Kenya. Mereka bantu dalam bidang pertanian, teknologi air, keselamatan, malah pelaburan ekonomi.

Dalam masa yang sama, negara-negara Afrika Timur juga berdepan ancaman keganasan yang semakin meningkat. Di sinilah Israel dilihat sebagai rakan strategik terutamanya dari segi kepakaran keselamatan.

Jadi bila Muhoozi cakap Uganda akan sokong Israel, sebenarnya itu datang daripada hubungan yang dah lama dibina semula.

Tapi, sejauh mana serius kenyataan ni?

Sebab Muhoozi bukan kali pertama buat kenyataan kontroversi. Sebelum ni pun dia pernah tarik perhatian dunia dengan komen-komen dasar luar yang agak lantang.

Ada yang anggap dia cuma bercakap ikut emosi. Tapi ada juga yang lihat ini sebagai bayangan masa depan politik Uganda lebih-lebih lagi dia adalah anak kepada presiden yang dah lama memerintah.

Dan jangan lupa, dia ketua tentera. Satu kenyataan boleh jadi percikan kepada konflik yang lebih besar. Lagi-lagi bila melibatkan negara, tentera dan perang.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet