Tahun Baru Cina yang lalu menyaksikan satu peristiwa yang menggegarkan seluruh dunia. Tak kisahlah sama ada anda mengikuti dengan rapat berita dunia AI ataupun hanya sekadar pemerhati di tepian, saya pasti hampir semua orang sudahpun mendengar berita tentang AI dari China, DeepSeek.
DeepSeek menggegarkan seluruh dunia kerana ketibaannya melenyapkan sehingga $ 100 billion nilai pasaran saham Nvidia hanya dalam satu malam sahaja. Dan apa yang dicetuskan DeepSeek itu hanyalah satu pemulaan sahaja. Ramai yang sudah melihat ini sebagai satu titik permulaan kepada perang kecerdasan buatan, Perang AI.
Sebelum kita meneroka lebih mendalam tentang kesan rantaian yang mungkin dicetuskan DeepSeek, perlulah kita faham terlebih dahulu bagaimana DeepSeek boleh membikin dunia jadi gila seperti sekarang. DeepSeek merupakan sebuah syarikat AI dari China yang terdiri daripada 100 orang quant (quantitative trader) yang bijak pandai dan mempunyai kepakaran yang tinggi dalam matematik dan AI.
Sebelum mereka menceburkan diri dalam bidang ini, mereka banyak bermain dengan pasaran saham. Menggunakan kepintaran mereka dalam matematik, mereka membina model-model AI yang membolehkan mereka mengumpul keuntungan yang banyak.
Dari situlah mereka mempunyai dan yang cukup untuk membina pusat data mereka sendiri, dan menghimpunkan banyak GPU sehingga puluhan ribu jumlahnya. Dengan GPU sebanyak itu, mereka boleh mengorak langkah ke projek seterusnya, membina model AI generatif, atuapun model bahasa besar, LLM.
Dari sinilah bermulanya titik kejatuhan domino. Buat para pembaca yang tak tahu, Amerika Syarikat sudah lama melakukan sekatan terhadap eksport cip Nvidia ke China. Sejak 2022, cip seperti A100 dan H100 yang cukup penting untuk pembuat model AI generatif tidak lansung dapat menjejakkan kaki ke Tanah Besar itu.
Hanya cip-cip berprestasi rendah seperti H800 dan A800 sahaja yang boleh dijual di China. Tapi ini lansung menghalang DeepSeek. Dengan hanya berbekalkan cip H800 dan kepakaran matematik mereka, mereka berjaya menggunakan cip itu pada tahap optimum dan melatih model generatif AI mereka sendiri yang mempunyai yang setara ataupun mengatasi model-model AI dari barat.
Tambah menabjubkan lagi, DeepSeek berjaya melakukan ini pada kos yang sangat murah. DeepSeek mendakwa yang kos latihan mereka hanya sekadar $6 juta, 10 kali ganda lebih murah dari kos latihan yang biasa ditanggung oleh syarikat-syarikat AI seperti OpenAI dan juga Meta. Ini sekaligus menimbulkan tanda tanya pada pedagang saham tentang rasional nilai Nvidia sekaligus membawa kepada kejatuhan nilai Nvidia di pasaran saham Amerika Syarikat.
Tapi, lebih menarik untuk kita bincangkan reaksi Amerika Syarikat terhadap model dari China. Ramai penganalisis dan media dari Amerika Syarikat memanggil insiden DeepSeek ini sebagai “China’s Sputnik”, merujuk pada ketika Komunis Rusia berjaya memintas Amerika Syarikat dalam perlumbaan angkasa lepas sekejap dengan melancarkan satelit pertama dunia ke ruang angkasa.
Jadi Amerika Syarikat menganggap DeepSeek sebagai satu ancaman yang serius. Dario Amodei, Pengarah syarikat Anthropic, meminta agar Amerika Syarikat lebih serius dalam sekatan ekspor cip ke negara-negara luar. Pada Amodei, ia melihat AI ini akan mencapai taraf superintelligence dalam setahun ke dua tahun lagi, dan amat penting baginya untuk melihat penguasaan AI itu dimiliki oleh negara berdemokrasi (mungkin merujuk pada Amerika Syarikat-lah).
Kata-kata Amodei ini seolah-olah disahut oleh pemimpin Amerika Syarikat sendiri apabila mereka enggan untuk menandatangani Deklarasi Sidang Kemuncak Tindakan AI yang berlansung pada 10-11 Februari yang lalu di Paris, Perancis. 50 negara yang lain, termasuklah China bersetuju untuk menandatangai deklarasi tersebut, bagi memastikan pembangunan AI lebih inklusif dan lestari, tapi tindakan itu tidak disertai Amerika Syarikat dan UK. Mereka menganggap langkah itu hanya akan melambatkan progres mereka dalam peperangan AI yang kini sudahpun masuk ke gear ke-2.
—-
Konflik dalam Penggunaan Teknologi ini semakin memuncak. Nak tahu tentang teknologi dan perkembangan teknologi ini? Terokai dunia AI ini dalam Buku AI UNTUK PEMULA terbitan The Patriots.
Pratempah segera di Shopee The Patriots:
https://s.shopee.com.my/6AW5o2XSZ2
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih