Ya, anda tak salah baca, sebatang pokok menjadi punca kepada satu tr4gedi ngeri. Pohon besar dari jenis poplar Normandy setinggi 80 kaki itu mengganggu jarak penglihatan pengawal pos pemeriksaan di pintu masuk ‘Bridge of No Return’ yang memisahkan Korea Utara dan Korea Selatan di Zon Demilitarisasi Korea (DMZ).
Oleh itu, pada pagi 18 Ogos 1976, satu unit t3ntera berkumpul di kawasan yang paling tidak stabil di DMZ untuk menebang pokok itu. Seramai 15 orang ditugaskan, mereka terdiri daripada lima orang buruh awam Korea Selatan dan sepuluh orang pegawai PBB sebagai pengiring. Namun tidak semuanya akan kembali.
Misi yang membosankan itu ternyata jauh lebih berbahaya daripada yang dijangkakan oleh mereka yang terlibat. Mereka tidak tahu bahawa dua minggu sebelumnya, pada 6 Ogos, t3ntera Korea Selatan telah cuba untuk menebang pohon itu, tetapi mebatalkan hasrat mereka setelah diancam oleh t3ntera Korea Utara. Dan sehari sebelum kejadian pertama itu, Korea Utara membuat pengumuman bahawa kedudukan Amerika Syarikat dan Korea Selatan “secara langsung cuba mencetuskan per4ng.”
Kapten T3ntera A.S., Arthur G. Bonifas mengetuai pengawal t3ntera untuk mengawasi petugas Kor Perkhidmatan Korea ketika mereka memanjat tangga dan menebang pokok itu dengan gergaji dan kapak. Memandangkan DMZ adalah kawasan yang terhad untuk membawa s3njata api, Bonifas tidak membawa pistolnya, walaupun segelintir pegawai PBB tetap membawanya.
Kira-kira 15 hingga 20 minit berlalu sebelum seorang pegawai t3ntera Korea Utara, Leftenan Pak Chul, tiba untuk memberi amaran kepada mereka untuk menghentikan kerja-kerja penebangan. Dia menyuruh mereka berhenti menebang kerana mnendakwa pokok itu telah ditanam oleh Kim Il Sung secara peribadi dan ia tumbuh dan dijaga di bawah pengawasannya.
Pak digelar sebagai “Bulldog” oleh pasukan t3ntera Korea Selatan di DMZ sikapnya yang agresif dan suka melakukan provokasi, dan dalam hal pokok ini, Bonifas tidak mengendahkan amarannya, dan menggesa para petugas untuk terus bekerja.
Pak pergi memaklumkan kembali perkara itu kepada komrad Korea Utaranya, dan dia kembali dengan sebuah trak membawa kira-kira 20 orang t3ntera dengan membawa s3njata jarak dekat seperti paip besi dan kayu besbol. Pak memerintahkan pasukan itu untuk berhenti menebang pokok itu sekali lagi, tetapi Bonifas mengarahkan petugasnya untuk meneruskan kerja mereka, dan membelakangi Pak.
Kemudian, Pak menanggalkan jam tangannya dan memasukkannya ke dalam poket untuk mengelakkan daripada terkena kotoran atau rosak, lalu dia berteriak “bvnuh si bangsat ini!” dalam bahasa Korea. Gerombolan pegawai t3ntera Korea Utara tiba-tiba mengeremuni pasukan PBB dan menyer4ng mereka secara nekad.
Pegawai-pegawai yang berada di pos kawalan hanya mampu merakam video kejadian ser4ngan itu dari jauh. Tidak ada anggota pasukan PBB yang melepaskan temb4kan, peristiwa itu kemudian tiba-tiba menjadi satu pertempvran jarak dekat.
Anggota T3ntera Korea Selatan yang bertugas menebang pokok lari menyelamatkan diri tetapi meninggalkan kapak mereka, t3ntera Korea Utara mengambil peluang keemasan itu dengan mengambil kapak-kapak yang ditinggalkan untuk menyer4ng Kapten Bonifas, dia ditet4k dan dibelah berkali-kali oleh gerombolan t3ntera Korea Utara hingga m4ti di tempat kejadian.
Lapan t3ntera PBB dilaporkan ced3ra parah dalam ser4ngan itu, dan seorang lagi pegawai t3ntera dari A.S., Letnan Mark Barret, juga ced3ra parah. Dia ditemui hidup dan berlumuran dar4h di atas rumput, tetapi akhirnya turut meninggal akibat tr4uma keced3raan di kepala semasa dikejarkan ke hospital, menjadikan dua pembvnuhan telah dilakukan dengan kapak.
Berita mengenai kejadian itu mencetuskan kemarahan Washington. Korea Utara secara rasminya menyalahkan pihak lawan dengan menggambarkan tr4gedi itu berlaku apabila “penceroboh imperialis Amerika menghantar 14 samseng dengan kapak ke kawasan DMZ untuk menebang pokok tanpa merujuk atau berbincang dengan pihak lain,” sebelum mendakwa tindakan seperti itu harus dipersetujui secara bersama terlebih dahulu, mereka turut menuduh bahawa t3ntera Amerika secara tiba-tiba menyer4ng pihak Korea Utara. “Pengawal kami hanya mempertahankan diri,” dakwa mereka.
Presiden Gerald Ford menganggap tindakan Korea Utara itu sebagai “pembvnuhan tanpa sebab yang k3ji .” Setiausaha Negara Henry Kissinger menegaskan bahawa dar4h orang Korea Utara perlu ditumpahkan sebagai balasan, beliau mencadangkan operasi pengeb0man dilaksanakan.
Ramai pihak yang mengesyaki bahawa semua itu merupakan perancangan Amerika untuk melancarkan per4ng , tetapi sebenarnya presiden hanya mahu menunjukkan kuasa dan kekuatan Amerika Syarikat sambil mengurangkan risiko tercetusnya per4ng.
Setelah tiga hari perbincangan dan perancangan, angkatan bers3njata Amerika Syarikat memulakan Operasi Paul Bunyan yang serius pada pagi 21 Ogos 1976. Pihak Korea Utara dan Selatan turut memberi perhatian yang tinggi sebelum misi, dan semua pihak di DMZ bersiap sedia untuk menghadapi k0nflik. Korea Utara bersiap sedia dengan 150 hingga 200 pasukan bers3njata, dan menempatkan dua orang penemb4k mesingan di dua posisi berbeza.
Operasi itu dilaksanakan oleh sepasukan 110 t3ntera, 64 daripadanya adalah pakar taekwondo Korea. Selebihnya datang dengan bers3njatakan gergaji mesin dan cuba menjatuhkan pokok yang menjadi punca. Di setiap menara pos kawalan ditempatkan sepasukan pengawal t3ntera yang taktikal, dan terdapat 27 buah helikopter bersedia untuk terbang. Manakala dari jauh, tiga pesawat pengeb0m B-52 telah bersiap sedia.
Mereka memerlukan masa kira-kira 42 minit untuk menebang pokok, tiga minit lebih lama daripada yang dianggarkan. T3ntera Amerika meninggalkan sisa batang pokok yang telah ditebang sepanjang enam kaki untuk menandakan lokasi insid3n pembvnuhan kapak. Pada tahun 1987, sebuah plak gangsa diletakkan di lokasi itu.
Tindak balas Amerika Syarikat berkesan dalam menunjukkan kekuatan dan mencegah k0nflik yang lebih buruk berlaku. Dalam satu kajian Army W4r College, Operasi Paul Bunyan dikreditkan dengan mempraktikkan prinsip berikut:
“Korea Utara hanya akan berunding ketika diancam atau ketika mereka berharap dapat memperoleh konsesi penting yang tidak tersedia melalui cara lain. Korea Utara mahu dilihat sebagai mematuhi peraturan dan lebih menghormati kuasa dan kekuatan daripada undang-undang dan norma-norma peraturan antarabangsa.”
Bagi pihak Korea Utara, mereka telah membuat permohonan maaf tetapi secara tidak rasmi. Namun, setiap bulan Ogos negara itu akan memperingati ulang tahun insid3n itu dengan menegaskan bahawa ia berlaku kerana Amerika yang menyer4ng terlebih dahulu. Perangai dah macam satu persatuan mahasiswa di Malaysia hari tu.
Sebagaimana menurut laporan akhbar yang dikawal kerajaan Korea Utara, Rodong Sinmun, “Ketika t3ntera kita cuba menghentikan tingkah laku AS yang keterlaluan, penjahat itu tiba-tiba menghayun s3njata mereka, termasuk kapak, dan menyer4ng pasukan kita seperti sekumpulan serigala” – tetapi, mereka masih tidak sedar akan hakikat sebenar bahawa kejadian itu telah dirakam dengan video.
Amerika dan Korea Utara saling menuduh antara satu sama lain hingga mereka terlupa bahawa sebenarnya punca utama yang mencetuskan peristiwa itu hanyalah kerana sebatang pokok.
RUJUKAN:
This Week In Milit4ry History: Operation Paul Bunyan
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih