Ramai kata gambar ni gambar paling cantik bagitahun 2020. Gambar ditangkap semalam semasa Trump buat statement kat Rose Garden depan White House di mana bunga sakura/magnolia tengah mekar sempena musim bunga.
Tapi US sekarang langsung tak ada suasana musim bunga yang riang ceria, sebaliknya suasana macam “winter is coming”. Statement yang dibuat Trump pun statement pengisytiharan darurat (national emergency) akibat penularan COVID-19.
US ialah negara ke-8 paling teruk kena COVID. Dah ada 2329 kes, 50 maut. Kes pada Jumaat lepas baru 550, 22 maut. Trump pun nampaknya terkejut dengan kepantasan virus ni menular. First time nampak dia cakap dengan gaya yang penuh serius dan “solemn”.
Darurat kat US ni bukan macam perintah berkurung macam lockdown kat Itali, Denmark, Norway, Sepanyol (nampak gayanya satu Eropah akan kena lockdown). Darurat memberi “extraordinary power” kepada presiden untuk bertindak di luar batas prosedur di waktu bukan darurat. Contoh macam boleh pakai dana kecemasan persekutuan tanpa perlu lalui Kongres. Dah tak ada masa nak berdebat dan berpolitik, so presiden buat je lah apa yang dia rasa sesuai.
Ini adalah kali kedua US mengisytiharkan darurat atas sebab krisis kesihatan awam. Kali pertama atas sebab penularan H1N1 tahun 2009. Waktu tu Obama bertindak dengan agak pantas, baru 20 kes terus isytihar darurat. Nasib baik bukan kat Malaysia, kalau tak mesti Obama kena perli panik, tak sedar obesiti dan denggi lebih kritikal, tak ada iman dekat dirinya. 3000 terkorban dalam pandemik kali itu. Tapi kalau bukan tindakan pantas Obama, mungkin angka tu lagi tinggi.
Sejurus selepas Trump isytiharkan darurat, House of Representatives (Dewan Rakyat) US turut meluluskan RUU “Families First Coronavirus Response Act” yang mengandungi peruntukan seperti ujian COVID percuma kepada rakyat, cuti sakit berbayar sebagai respon kepada penularan COVID.
Speaker House, Nancy Pelosi ialah musuh ketat kepada Trump, baru sebulan lepas Pelosi buat aksi koyak kertas ucapan Trump. Tapi sekarang Trump dan Pelosi masing-masing mengetepikan perbezaan politik diorang. Trump menyeru ahli Republican di House sokong RUU tersebut, Pelosi pun menyambut goodwill Trump dengan baik. Nampak tak betapa seriusnya ancaman COVID ni sehingga dapat menyatukan dua musuh ketat ni.
“Show of unity” antara Trump dan Pelosi ni berjaya menyakinkan pelabur dan peniaga. Indeks pasaran saham US terus naik 9% balik selepas menjunam sebanyak 8% pada Black Monday (9 Mac) dan 10% pada Black Thursday (12 Mac). Orang US ni politik politik juga, tapi bila time krisis ni diorang terus ketepikan politik dan fokus kepada negara. Selagi kapal US ni tak karam, ekonomi dunia masih ada harapan.
Jadi for now, no time for politics. Pemimpin perlu bertindak cepat, rakyat perlu lebih berwaspada, jangan terlalu rileks dan santai. Dunia sekarang berada dalam emergency. Winter is coming. Hanya mereka yang cukup persediaan boleh harungi winter kali ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih