Amazon sering disebut sebagai “paru-paru dunia”, satu metafora yang menggambarkan kepentingannya kepada sistem iklim global. Dengan lebih 390 bilion pokok dan sekitar 16 ribu spesies pokok, hutan ini merupakan ekosistem terpadat di dunia dari segi biodiversiti.
Fungsi Amazon jauh melebihi penghasilan oksigen. Ia menyumbang kepada hampir 10 peratus kitaran oksigen atmosfera melalui proses pertukaran gas yang berterusan. Walaupun Amazon hasilkan banyak oksigen, sebahagian besar oksigen itu juga digunakan semula dalam hutan sendiri, jadi jumlah yang kekal dalam udara luar sangat sedikit
Lebih penting, Amazon ialah penyerap karbon terbesar di permukaan bumi. Ia menapis karbon dioksida daripada atmosfera dan membantu menstabilkan suhu global. Dalam keadaan iklim yang semakin ekstrem, peranannya semakin kritikal.
Amazon juga mengawal kitaran air serantau dan global. Wap air dari kanopi pokok menghasilkan awan yang membekalkan hujan kepada wilayah Amerika Selatan dan memberi kesan kepada pola cuaca di hemisfera selatan.
Penebangan hutan dan kebakaran telah melemahkan keupayaan Amazon sebagai penyerap karbon. Kajian dari NASA dan rakan saintifik antarabangsa mendapati lebih sepertiga kawasan hutan kini menunjukkan tanda-tanda menjadi sumber karbon akibat kemarau dan gangguan ekosistem.
Teknologi satelit membuktikan bahawa kawasan hutan semakin terancam dari tahun ke tahun. Data daripada PRODES dan DETER mendedahkan kehilangan ribuan kilometer persegi hutan setiap tahun, terutamanya di bahagian Brazil.
Amazon menyediakan habitat kepada berjuta-juta organisma, termasuk spesies yang belum dikenal pasti sepenuhnya. Dengan 16 ribu spesies pokok yang diketahui setakat ini, ia menjadi tempat perlindungan biodiversiti yang paling penting di dunia.
Kehilangan satu spesies boleh menjejaskan keseluruhan rantaian makanan. Gangguan ekosistem ini memberi kesan kepada kestabilan iklim tempatan dan keseimbangan biologi global.
Pencitraan satelit, penderia tanah dan teknologi pemetaan udara kini digunakan untuk mengesan kepelbagaian biologi serta perubahan struktur hutan secara lebih tepat. Teknologi ini membantu saintis dan penggubal dasar merancang pemuliharaan yang lebih bersasar.
Pada tahun 2020, kadar penebangan hutan di Amazon mencatatkan rekod tertinggi sejak 2008. Ini hasil gabungan pembukaan ladang secara besar-besaran, perlombongan dan pembinaan infrastruktur yang tidak terkawal.
Akibatnya, kualiti udara terjejas, corak hujan terganggu dan suhu tempatan meningkat. Kehilangan hutan menyebabkan kehilangan kemampuan semula jadi untuk menstabilkan iklim secara biologi.
Langkah pemantauan terkini menggunakan drone dan kecerdasan buatan membolehkan data dikumpul secara masa nyata. Ia memberikan amaran awal kepada aktiviti haram dan mempercepatkan tindakan penguatkuasaan.
Pemulihan semula hutan mula dilaksanakan di beberapa kawasan kritikal melalui projek restorasi ekosistem. Ini termasuk penanaman semula spesies asli dan pengurangan pembukaan tanah baru.
Kerjasama antara kerajaan, komuniti adat dan NGO diperlukan untuk melindungi kawasan sensitif dan meningkatkan ketahanan hutan terhadap tekanan luaran. Inisiatif seperti REDD Plus juga menyumbang kepada pembiayaan usaha pemuliharaan melalui insentif karbon.
Amazon merentasi sembilan negara termasuk Brazil, Peru, Colombia dan Bolivia. Keselamatan hutan ini bergantung kepada koordinasi rentas sempadan dan dasar alam sekitar yang konsisten.
Dalam konteks global, Amazon ialah penentu kepada kestabilan iklim jangka panjang. Kehilangannya akan mempercepatkan krisis iklim dan mengganggu sistem sokongan kehidupan yang ada sekarang.
Malaysia juga mempunyai hutan hujan tropika yang sangat kaya dengan biodiversiti. Kita harus menilai semula pendekatan pemuliharaan dan pembangunan supaya warisan semula jadi kita tidak hilang seperti yang sedang berlaku di Amazon.
Keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan perlindungan alam mesti diurus dengan teliti. Pengetahuan tempatan dan teknologi moden perlu digabungkan untuk memastikan kelangsungan ekosistem.
Hutan Amazon memberi amaran yang jelas. Sekali ia gagal menjalankan fungsinya, kesannya akan dirasai seluruh dunia. Bumi tidak mempunyai hutan lain sebesar ini yang mampu menggantikan peranannya.
Nampak tak, keindahan dan keseimbangan ciptaan ini menuntut kita menjaga dan memelihara amanah yang telah diberi. Setiap pokok yang tumbuh bukan hanya untuk dilihat, tetapi untuk menampung kehidupan seluruh makhluk.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.