Pembersihan Bahasa ataupun dalam bahasa Inggeris, Linguistics Purism adalah gerakan yang menentukan dan mengiktiraf satu variasi bahasa sebagai lebih tulen atau tinggi kualitinya berbanding yang lain. Perbuatan ini sering dianggap sebagai “melindungi” sesuatu bahasa daripada “serangan” daripada bahasa lain. Pembersihan Bahasa sering menjadi inovasi dalam menentukan bahasa piawai yang baharu.

 Bahasa Inggeris adalah antara bahasa yang mempunyai Pembersihan Bahasa. Dipendekkan cerita, Anglish merupakan bahasa Inggeris tanpa perbendaharaan kata daripada bahasa lain. Perkataan bendsome, wordstock, waterstuff, worldken, forekind, daybook dan bookcraft adalah antara contoh dalam Anglish yang masing-masing menggantikan flexible, vocabulary, hydrogen, physics, ancestor, calender dan literature. Nama tempat seperti Inland, Dawnland, Malayland, Theech dan Oned Kingdom turut menggantikan India, Japan, Malaysia, Germany dan United Kingdom.

Setelah runtuhnya Empayar Uthmaniyyah (1299-1923), Presiden Pertama Republik Turki iaitu Mustafa Kemal Atatürk (1881-1938) telah membuat polisi pembaharuan dalam pelbagai aspek. Bahasa Turki Uthmaniyyah (88% Arab dan Parsi) telah digantikan dengan Bahasa Turki Moden (86% Turki Jati). Perkataan seperti asakir (عساكر), akselerasyon, düşman (دشمن) dan İnternet telah digantikan dengan çeri, ivme, yağı dan Genel Ağ yang masing-masing bermaksud askar, pecutan, musuh dan Internet.

Pembersihan bahasa turut berlaku dalam bahasa Melayu. Perkataan “bahasa” yang merupakan kata pinjaman bahasa Sanskrit iaitu bhāṣā (भाषा) telah digantikan dengan “beka” yang bermaksud “berbual-bual” menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua. Contoh kosa kata dalam Beka Melayu ialah Hurupan, Tawung, Badal, Kuwai, Paramana dan Dacing masing-masing digantikan dengan Ekonomi, Bank, Agen, Yuran, Hartanah dan Neraca. Perkataan “Beka” adalah serumpun dengan “Wika” dalam Bahasa Tagalog.

Pembersihan Bahasa turut berlaku dalam bahasa Tamil. Pembersihan ini adalah bertujuan untuk membuang unsur-unsur Sanskrit dalam bahasa tersebut. Pada tahun 1916, Maraimalai Adigal (1876-1950) telah menjadi pakar dalam gerakan Tamil Tulen yang melarang penggunaan Sanskrit dalam Tamil. Beliau menukar nama asalnya iaitu Gnaana Saaharam kepada Arivukkadal manakala gelaran “Swami Vedhachalam” kepada “Maraimalai Adigal”. Beliau sering dirujuk sebagai “Bapa Pembersihan Bahasa Tamil”.

Bahasa Iceland turut mempunyai gerakan Pembersihan Bahasa. Sekitar abad ke-19, sebuah gerakan telah dijalankan untuk menghapuskan kata pinjaman sebanyak yang boleh untuk mencipta kosa kata yang baharu. Pelbagai perkataan dicipta daripada akar Norse Kuno. Perkataan sími, tölva dan rafmagn adalah contoh dalam bahasa ini yang masing-masing bermaksud “Telefon”, “Komputer” dan “Elektrik”. Perkataan “tölva” adalah gabungan perkataan “tala” (Nombor) dan “Völva” (Seorang wanita yang meramal peristiwa).

Antara kelebihan Pembersihan Bahasa adalah daripada segi kebolehfahaman bersama. Perkataan “wordstock” dalam Anglish adalah serupa dengan “Wortschatz” dan “Woordenschat” dalam bahasa Jerman dan Belanda masing-masing. Perkataan “Beka” adalah serupa dengan “Wika” dalam Bahasa Tagalog. Perkataan “tala” dalam bahasa Iceland adalah serupa dengan tale, taal, zahl, zuel dalam Inggeris, Belanda, Jerman dan Luxembourg masing-masing.

Antara kelemahan Pembersihan Bahasa ialah akan melambatkan pemindahan pengetahuan. Hal ini kerana, sesuatu komuniti bahasa itu akan mencipta sebuah “penapis terjemahan” di mana sebarang istilah perlu melaluinya sebelum diterima pakai. Pihak tertentu juga mengganggap perlunya ada perkataan asing kerana perkataan sedia ada tidak mampu menyatakan idea-idea lebih rumit.

Akhir kata, itu adalah antara kisah pembersihan bahasa. Kelebihan dan kelemahan gerakan tersebut adalah sama kuat bergantung kepada pelbagai sudut sama ada dalam kalangan individu, masyarakat, kerajaan dan sebagainya. Apakah buah fikiran anda mengenai Gerakan Pembersihan Bahasa seperti Anglish dan Beka Melayu? Sila jelaskan di dalam ruangan komen di bawah.

Artikel disumbangkan oleh Alam Bahasa untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.