Al-kimia adalah seni transformasi. Fundamental al-kimia adalah untuk menjadikan bahan yang diuji, iaitu bahan yang mentah, lemah dan banyak kelamahan menajdi bahan yang sempurni dan disucikan. Menukarkan bahan asas menjadi emas adalah penjelasan paling mudah dalam menggambarkan matlamat ahli al-kimia (alchemist).
Pada peringkat tertinggi, mereka mahu mencapai bentuk tubuh manusia yang paling sempurna dan suci. Dari segi fizikalnya adalah keabadian hidup (immortality) dan dari segi spiritualnya adalah penyucian jiwa.
.
Secara fizikalnya, operasi dalam al-kimia adalah melibatkan operasi kimia yang dilakukan di dalam makmal. Tetapi ini hanyalah salah satu dimensi dalam disiplin al-kimia. Disiplin al-kimia melibatkan fizikal, psikologikal dan spiritual. Sekiranya salah satu daripada elemen ini ditanggalkan, al-kimia sudah tidak menggambarkan lagi tradisi dan maksudnya yang sebenar.
Terdapat beberapa sebab yang membuatkan al-kimia sukar untuk difahami, iaitu,
1. Medium utama dalam al-kimia adalah melalui ekspresi simbol mitos (mythological symbol) yang menjadi medium sempurna dalam membentuk maklumat yang mampu ditafsir dari sudut fizikal dan spiritual. Maksud daripada simbol-simbol tersebut mempunyai maksud yang pelbagai.
2. Al-kimia mahu menghasilkan sesuatu yang luar biasa di dunia fizikal, yang mana ia sangat sukar untuk dihasilkan. Dalam dunia sains hari ini, mustahil untuk menukarkan metal menjadi emas melainkan melalui proses pembelahan nuklear.
Tetapi disebabkan al-kimia mempunyai disiplin mental dan fizikal, maka boleh jadi ahli al-kimia melibatkan sesuatu yang berada di luar dunia material sains sehingga memberikan kesan pada dunia fizikal. Maka, ia tidak berjalan menurut operasi kimia biasa. Tambahan lagi, emas yang dihasilkan oleh mereka memang berbeza dengan emas yang biasa kita lihat.
3. Al-kimia mempunya sejarah yang panjang sejak 2000 tahun yang lalu. Setiap ahlinya mempunyai keadah yang tersendiri dalam mencapai matlamat dalam al-kimia. Ada yang mendekati keadah kimia yang berbentuk fizikal, ada yang lebih cenderung dengan kaedah mental dan falsafah. Ada sebahagiannya menjadikan al-kimia sebagai makna sebenar dalam Krisitian. Sebahagiannya pula melihat al-kimia mampu menghasilkan ubatan yang sempurna.
Setiap pengetahuan dan matlamat setiap ahli al-kimia telah mewarnai sikap mereka, dan seterusnya mendefinisikan keadah mereka yang berbeza-beza. Terdapat simbol dan proses al-kimia yang identikal, tetapi kadankala ia tidak pernah mempunyai maksud yang sama.
Hal ini menyebabkan pengkaji sejarah al-kimia begitu sulit untuk memahami disiplin mereka. Ini menjadikan, penulis sejarah al-kimia yang merupakan ahli al-kimia menulis al-kimia mengikut tafsiran mereka sendiri, dan ia tidak bersifat objektif.
Maka, al-kimia akan dilihat dari banyak sudut yang kadangkala kecenderungannya akan menuju pada salah satu daripada elemen al-kimia. Sama ada fizikal, psikologikal ataupun spiritual.
Saintis melihat al-kimia sebagai proto-sains dalam moden kimia. Ahli psikolog melihat al-kimia sebagai sebagai cara untuk memetakan psikik manusia melalui deskripsi simbolik. Dan ahli mistik pula melihat al-kimia sebagai tafsiran pengetahuan ketuhanan (divine knowledge).
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih