Dalam tradisi alkimia (alchemy) Barat, para ahli alkimia (alchemist) bercita-cita untuk mencipta batu filsuf (philosopher’s stone) yang mempunyai kemampuan untuk menukarkan segala logam biasa kepada emas.
Tetapi dalam tradisi alkimia Timur, terutamanya di China, mereka mahu mencari ataupun mencipta air maulhayat (elixir of life) yang memberikan manusia umur yang panjang dan terlindung daripada sebarang penyakit. Umumnya, mereka mencari keabadian hidup (immortality).
Peranan air maulhayat dan batu filsuf ini lebih kurang sama. Malah, nama lain bagi air maulhayat ialah batu filsuf. Dalam pencarian batu filsuf, emas memainkan peranan penting kerana emas merupakan unsur paling sempurna (menurut ahli alkimia) yang boleh manjadi cecair untuk memanjangkan hidup manusia. Emas biasa ditemui secara semulajadi tidak sama dengan emas yang dihasilkan melalui kaedah alkimia.
Bukan sahaja ahli alkimia, malah ramai maharaja turut mencari air ini. Qin Shi Huang (maharaja pertama China bersatu) pernah menghantar segerombolon ahli alkimia ke wilayah timur untuk mencari air ini. Tetapi gerombolan ini tidak pernah pulang. Legenda menyatakan mereka menemui pulau Jepun dan tinggal di sana.
Menariknya tentang tradisi alkimia di China ialah, pencarian dan usaha penciptaan mereka ke arah air maulhayat membawa kepada pembentukan pelbagai cecair beracun (elixir of poisoning) yang boleh membunuh manusia.
Qin Shi Huang meninggal pada umur muda (37 tahun) kerana meminum merkuri yang kononnya berikan umur panjang, tetapi hakikatnya baginda mati keracunan. Maharaja Ai mati pada umur 24 tahun kerana menelan pil yang kononnya air maulhayat. Maharaja Xianzong menjadi gila dan berkhayal setelah meminum cecair yang kononnya memberikannya keabadian hidup.
Berpuluh lagi maharaja China yang obses dengan keabadian hidup mati lebih muda kerana menelan cecair beracun yang disangka air maulhayat.
Selain itu, pencarian air maulhayat juga telah membawa kepada penciptaan serbuk letupan pertama dunia. Setelah Mongol menjajah China, serbuk letupan ini di bawa ke seluruh dunia dan telah membawa kepada penciptaan senjata berasaskan serbuk letupan seperti senapang dan meriam – senjata yang telah membunuh jutaan manusia.
Pada zaman ini, kita telah menemui epitome batu filsuf iaitu kaedah transmutasi untuk menukarkan logam biasa menjadi emas melalui proses pembelahan nuklear. Kita juga telah menemui kaedah memanjang umur cacing yang sistem tubuhnya seperti manusia. Di masa depan, mungkin umur manusia dapat dipanjangkan sehingga 200 hingga 300 tahun.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih