Ramai orang sering menyangka bahawa nama seperti Aladdin, Alauddin, ʻAlāʼ ad-Dīn, sebagai nama Parsi. Tapi sebenarnya ia adalah nama Arab yang bermaksud Hamba Allah, penguasa beriman dan ketua agama.

Dan ramai orang sering menyangka pada zaman pertengahan awal dan akhir (sekitar abad ke 11 hingga ke 13), kebangkitan Mongol men4kluk dunia hanya berjaya dipatahkan oleh Mamluk, Jepun, Dai Viet/Champa dan Majapahit. Sebenarnya ada beberapa siri kekalahan Mongol dalam ekspedisi pen4klukan mereka baik ke selatan, timur mahu pun barat. Bahkan revolusi kaum Cina Han sendiri telah berjaya melemahkan empayar Mongol Dinasti Yuan hingga Mongol terpaksa kembali ke padang rumput.

Tahukah anda Mongol telah beberapa kali kalah dalam kempen mereka terhadap Kesultanan Delhi pemerintahan Alauddin Khalji? Dan tak cukup dengan menghentikan setiap kemaraan Mongol ke India, Kesultanan Delhi turut memporak-perandakan kedudukan Mongol di dalam wilayah taklukan mereka sendiri hanya dengan menghantar sejumlah ketumbukan t3ntera dari kerajaan tempatan yang kecil bernaung di bawah Kesultanan Delhi . Semua ini hanya berlaku ketika Sultan Alauddin Khalji/Khilji memimpin Kesultanan Delhi.

Ya, Alauddin Khalji yang wataknya telah digambarkan sebagai seorang pemerintah Muslim yang z4lim, tak bertamadun dan gila bayang terhadap seorang ratu dalam filem Hindi bertajuk Padmavati yang penuh kontroversi itu.

Alauddin adalah anak saudara lelaki dan menantu kepada Jalaluddin Khalji. Ketika Jalaluddin menjadi Sultan Delhi setelah menewaskan Mamluk, Alauddin diberi kedudukan Amir-i-Tuzuk (setara dengan gabenor). Alauddin mengambil alih kedudukan pemerintah kerajaan kecil Kara dan Awadh pada tahun 1291 setelah melancarkan pemberontakan terhadap Jalaluddin.

Pada tahun 1296 selepas kejayaan besar mencerob0h Bhilsa, pada tahun yang sama juga, Alauddin telah menyerang Devagiri, dan memperolehi hasil rampasan p3rang mencukupi sebagai sumber untuk menjayakan kempem pemberontakan melawan Jalaluddin. Setelah membvnuh Jalaluddin, dia menyatukan kekuasaannya di Delhi, dan mengalahkan anak-anak Jalaluddin di Multan.

Dalam beberapa tahun kemudian, Alauddin berjaya menundukkan pencer0bohan bala t3ntera Mongol dari Chagatai Khanate di Jaran-Manjur (1297-1298), Sivistan (1298), Kili (1299), Delhi (1303), dan Amroha (1305). Pada tahun 1306, t3nteranya mencapai kemenangan besar melawan Mongol di tebing sungai Ravi, dan pada tahun berikut, Alauddin menjarah wilayah kekuasaan Mongol (Afghanistan).

Panglima t3ntera yang berjaya mengetuai t3nteranya melawan Mongol antaranya adalah Zafar Khan, Ulugh Khan, dan panglima beliau yang berasal dari golongan hamba tawanan p3rang seperti Malik Kafur. Malik Kafur dan Alauddin Khalji ini juga pernah terpalit dengan kontroversi mengenai hubungan songsang mereka melalui teori-teori sejarawan India namun masih tiada kesahihan.

Pada musim sejuk tahun 1297, angkatan t3ntera Mongol yang dipimpin oleh seorang noyan (gelaran untuk ketua yang memimpin pasukan t3ntera Mongol) dari Chagatai Khanate menyerbu Punjab tanpa henti hingga sejauh ke Kasur. T3ntera Alauddin, yang diketuai oleh Ulugh Khan, mengalahkan Mongol pada 6 Februari 1298. lebih 20,000 askar Mongol terbvnuh dalam pertempuran itu, dan ramai lagi yang terbvnuh di Delhi setelah dibawa ke sana sebagai tawanan.

Pada 1298-99, t3ntera Mongol yang lain (mungkin buruan Neguderi) menyerang Sindh, dan menduduki kubu Sivistan. Kali ini, jeneral Alauddin, Zafar Khan mengalahkan pencer0boh Mongol, dan menawan semula kubu itu. Pada awal 1299, Alauddin menghantar Ulugh Khan dan Nusrat Khan untuk menyerang Gujarat, ia memberi kelebihan pada Alauddin kerana tentangan yang diberikan Raja Vaghela Karna adalah terlalu lemah. T3ntera Alauddin merampas beberapa bandar termasuk Somnath, banyak kuil Hindu mvsnah semasa pen4klukan ini.

T3ntera Delhi juga menangkap beberapa individu penting termasuk Ratu Vaghela Kamala Devi dan hamba bernama Malik Kafur, yang kemudiannya diberi kepercayaan mengetuai kempen selatan Alauddin. Semasa perjalanan kembali t3ntera ke Delhi, beberapa askar Mongol mengadakan pemberontakan yang tidak berjaya di Jalore berikutan para jeneral cuba untuk mengambil bahagian dari hasil rampasan p3rang mereka. menurut beberapa sejarawan.

Terdapat beberapa sisi gelap dalam pentadbiran Alauddin di Delhi termasuk memberi hukvman k3jam kepada ahli keluarga pesalah yang melakukan khianat. Contohnya membvnuh anak-anak di hadapan ibu mereka. Menurut penulis sejarah Delhi, Ziauddin Barani, amalan menghvkum para isteri dan anak-anak kerana jenayah lelaki bermula dengan insiden ini di Delhi.

Pada tahun 1299, pemerintah Chagatai Duwa menghantar pasukan Mongol yang diketuai oleh Qutlugh Khwaja untuk men4kluki Delhi. Dalam Pertempuran Kili yang berikutnya, Alauddin secara peribadi mengetuai pasukan Delhi, tetapi Zafar Khan bertindak menyerang kedudukan Mongol tanpa menunggu perintahnya. Walaupun ser4ngan Zafar Khan berjaya menyebabkan keced3raan berat terhadap pencer0boh, dia dan t3nteranya yang lain dalam unitnya terbvnuh dalam pertempuran. Qutlugh Khwaja juga ced3ra parah, memaksa orang Mongol berundur.

Pada tahun 1301, Alauddin memerintahkan Ulugh Khan dan Nusrat Khan untuk menyerang Ranthambore, di mana raja Hammiradeva telah memberikan perlindungan suaka politik kepada para pemimpin pemberontak dari Jalore. Selepas Nusrat Khan terbvnuh semasa pengepungan, Alauddin secara peribadi mengambil alih operasi pengepungan dan menawan kubu pada bulan Julai 1301.

Semasa kempen Ranthambore, Alauddin menghadapi tiga pemberontakan yang tidak berjaya. Justeru, atas dasar rasa bimbang pemberontakan berulang-ulang mampu melemahkan kedudukannya di Ranthambore, beliau menubuhkan satu sistem perisikan dan pengawasan yang efisien, menggubal perundangan yang tegas secara menyeluruh di Delhi, menubuhkan undang-undang untuk menghalang bangsanya daripada menindas antara satu sama lain, dan merampas kekayaan daripada orang awam.

Pada musim sejuk 1302-1303, Alauddin menghantar t3ntera untuk memvsnahkan ibukota Kakatiya, Warangal. Sementara itu, dia sendiri mengetuai t3ntera lain untuk men4kluk Chittor, ibukota kerajaan Guhila yang diperintah oleh Ratnasimha. Alauddin menawan Chittor selepas pengepungan selama lapan bulan. di sini lah bermulanya lagenda yang mengatakan Alauddin mengarahkan pembvnuhan beramai-ramai 30,000 umat Hindu tempatan selepas pen4klukan ini hingga mencetuskan rasa benci orang Hindu kepada Alauddin Khalji hingga saat ini.

Legenda lain yang lebih popular menyatakan bahawa Alauddin menyerang Chittor untuk menangkap permaisuri jelita Ratnasimha, Ratu Padmini, tetapi kebanyakan sejarawan moden telah menolak keaslian legenda-lagenda yang ditulis di atas. Pada tahun 1540 seorang penyajak aliran Sufi, Malik Muhammad Jayasi, telah menulis sebuah sajak berjudul Padmavat di mana Alauddin Khalji dijadikan watak antagonis.

Dan pada tahun 2018 sebuah filem Hindustan bertajuk Padmavati telah ditayang. Filem ini lah yang menimbulkan kontroversi antara umat Islam dan Hindu di India kerana Alauddin digambarkan sebagai seorang penz4lim yang tak bermoral dan menggilai Ratu Padmini.

Ketika t3ntera-t3ntera kesultanan masih sibuk dalam kempen Chittor dan Warangal, Mongol melancarkan ser4ngan ke Delhi sekitar Ogos 1303. Alauddin berjaya sampai ke Delhi sebelum pencer0boh, tetapi tidak mempunyai cukup waktu untuk mempersiapkan pertahanan yang kuat. Sementara itu, kempen Warangal tidak berjaya (kerana hujan lebat jika menurut pendapat Ziauddin Barani), dan t3ntera Delhi telah kehilangan beberapa askar dan jentera p3rang.

Baik t3ntera ini mahu pun bala bantuan yang dihantar oleh gabenor dari wilayah terdekat Alauddin gagal memasuki kota kerana sekatan yang dibina oleh Mongol. Di dalam keadaan yang sukar ini, Alauddin berlindung di kem yang sangat dikawal ketat di Siri Fort yang masih dalam proses pembinaan. Mongol melancarkan ser4ng hendap dalam beberapa konflik kecil, tetapi tiada pihak mencapai kemenangan yang mutlak. Para pencer0boh menyasarkan Delhi dan kawasan kejiranannya, tetapi akhirnya memutuskan untuk berundur setelah tidak dapat melanggar Siri.

Pencer0bohan Mongol 1303 adalah salah satu pencer0bohan yang paling serius di India, dan mendorong Alauddin untuk mengambil beberapa langkah untuk mencegah berlakunya pencer0bohan terbaru. Dia menguatkan benteng-benteng dan menambah bilangan kehadiran t3ntera rondaan di sepanjang laluan Mongol ke India. Baginda juga melaksanakan beberapa pembaharuan ekonomi untuk memastikan aliran masuk pendapatan yang mencukupi untuk mengekalkan t3ntera yang kuat.

Pada tahun 1304, Alauddin telah memerintahkan pen4klukan kali kedua ke Gujarat, yang mengakibatkan kerajaan Vaghela diserap sebagai sebahagian Kesultanan Delhi. Pada tahun 1305, beliau melancarkan ser4ngan terhadap Malwa di India tengah, yang mengakibatkan kekalahan dan kem4tian raja Paramara Mahalakadeva. Dinasti Yajvapala, yang memerintah wilayah itu di timur laut Malwa juga turut telah runtuh akibat ser4ngan Alauddin .

Pada Disember 1305, kaum Mongol menyerang India sekali lagi. Berbanding menyerang kota Delhi yang memiliki barisan pertahanan yang amat ampuh , Mongol memilih untuk bergerak ke selatan ke dataran Gangetic di kaki bukit Himalaya. Pasukan berkuda Alauddin sejumlah 30,000 yang diketuai oleh Malik Nayak, mengalahkan Mongol pada Pertempuran Amroha. ramai askar Mongol telah ditawan dan dibvnuh. ahli sejarah abad ke-16 Firishta mendakwa bahawa ketua kepada 8,000 orang Mongol yang ditawan itu digunakan untuk membina Siri Fort yang diarahkan oleh Alauddin berdasarkan kepakaran nya, sekaligus menyelamatkan nyawanya sendiri.

Pada tahun 1306, satu lagi angkatan t3ntera Mongol dihantar oleh Chagatai Duwa terus ke Sungai Ravi, menjarah wilayah di sepanjang jalan. T3ntera Alauddin, yang dipimpin oleh Malik Kafur, dengan bergaya nya telah mengalahkan Mongol. Duwa meninggal dunia pada tahun berikutnya, dan selepas itu Mongol tidak lagi berani melancarkan ekspedisi ke India semasa pemerintahan Alauddin. Sebaliknya, Malik Tughluq pemerintah kerajaan kecil Dipalpur yang merupakan salah satu wilayah di bawah Kesultanan Delhi milik Alauddin pula beberapa kali menyerang dan menjarah wilayah kekuasaan Mongolia yang terletak di Afghanistan pada hari ini.

Sultan Alauddin meninggal pada malam 4 Januari 1316. Menurut beberapa teori , Malik Kafur bertanggungjawab membvnuhnya. pada malam setelah kem4tian nya , Malik Kafur membawa jenazah Alauddin dari Siri dan dikebumikan di Makam Alauddin (yang telah dibina sebelum kem4tian Alauddin). Keesokan harinya, Malik Kafur melantik putera Alauddin yang masih muda iaitu Shihabuddin sebagai raja boneka. Walau bagaimanapun, Kafur terbvnuh tidak lama kemudian, dan anak lelaki Alauddin, Mubarak Khan merampas kuasa.

Makam Alauddin dikatakan terletak di luar Masjid Jama, tetapi struktur ini tidak boleh dikenalpasti dengan tepat. Menurut sejarawan Banarsi Prasad Saksena, asas-asas yang hancur dari dua struktur ini mungkin terletak di bawah salah satu gundukan di Siri. Makam Alauddin dan madrasah yang didedikasikan kepadanya berada di belakang kompleks Qutb, Mehrauli, di Delhi.

RUJUKAN:

The Journey of Survivors: 70,000-Year History of Indian Sub-Continent


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.