Napoleon Bonaparte, atau ‘Le Petit Caporal’ merupakan salah seorang negarawan dan komander terulung yang pernah dimiliki Perancis. Beliau memenangi Rev0lusi Perancis dan menyandang gelaran sebagai Maharaja Napoleon I yang memerintah pada tahun 1804 hingga 1814 dan memerintah sekali lagi selama 100 hari pada 1815.

Menurut artikel tahun 2016 yang disiarkan oleh Time, ramai pihak memberi perhatian pada alat sulit Napoleon semenjak doktor peribadi beliau mengamputasinya pada tahun 1821. Anggota sulit itu kemudian diserahkan kepada seorang paderi di Corsica.

Saban tahun, ia sering diumpamakan seperti tali kasut ataupun belut yang mengerut-kecut, khususnya semasa ia dipamerkan di Manhattan pada tahun 1927.

Mengimbau hari-hari awal bagi sejarah yang aneh ini, Tony Perrottet di dalam Napoleon’s Private: 2500 Years of History Unzipped menyatakan bahawa selepas Napoleon men1ngg4l dunia di Pulau St. Helena pada 1821, doktor peribadinya menyimpan alat sulit itu di dalam sebuah kotak kulit bersaiz kecil.

Namun, dek kerana kotak tersebut tidak dibubuh dengan formaldehid, maka anggota sulit itu pun mengering.

Seorang paderi bernama Abbe Ange Paul Vignali kemudian membawanya ke Corsica lalu dibeli oleh Maggs Bros, seorang penjual buku antik dari London pada tahun 1916. Maggs terus menyimpannya selama 8 tahun sebelum menjualnya dengan harga 400 pound ($2000 pada masa itu) kepada Dr. A.S.W. Rosenbach, seorang penjual buku antik dari Amerika.

Pada waktu itu, cerita-cerita seputar alat kelamin Napoleon hanya disebarkan sebagai sebahagian dari kisah kecil yang terkandung dalam memoir Vignali yang disiarkan dalam Revue des (Deux) Mondes pada 1852.

Kemudian, ia dipertonton kepada khalayak apabila Dr. Rosenbach mempamerkannya dalam sebuah kotak baldu bersama koleksi relik-relik Napoleon yang lain. Pada label pameran, dicatatkan keterangan ringkas berikut: “Tendon mumia yang diambil dari tubuh Napoleon semasa bedah siasat mayat dilakukan.”

Pada tahun 1977, seorang ahli urologi dari New York yang bernama Dr. John Lattimer membeli alat kelamin Napoleon itu pada harga $3000. Beliau sememangnya diketahui menyimpan koleksi-koleksi yang aneh, antaranya seperti kolar berd4r4h milik Abraham Lincoln semasa beliau dit3mb4k m4t1.

 Sebelum Lattimer men1ngg4l dunia pada 2007, beliau sempat menawarkan alat sulit Napoleon itu pada harga $100 000 namun tidak berjaya menerima sebarang pembida, justeru ia diserahkan kepada anaknya, Mark Evans.

Atas dasar integriti sebagai seorang ahli urologi, Evans meneruskan pendirian bapanya yang enggan mempamerkan alat sulit itu kepada khalayak. Semenjak dimiliki oleh keluarga Lattimer dan bahkan sejak kem4t1an Lattimer, hanya 10 orang sahaja dibenarkan melihat alat sulit Napoleon dan ia tidak pernah diambil gambar mahupun direkodkan dalam apa jua bentuk sekalipun.

Menerusi temubual dengan The Independent pada 2014, Mark Evans sempat berkongsi kehairanannya betapa alat sulit Napoleon mengembara dunia lebih kerap dan lebih jauh berbanding batang tubuh Napoleon itu sendiri.

RUJUKAN:

Ashley Cowie. (18 September 2020). The Journey of Napoleon’s Penis: Here’s the Long and the Short of It. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/napoleons-penis-0014279


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.