Al-Idrisi merupakan salah seorang ulama Islam yang hidup pada Abad pertengahan. Pada era ini, kerajaan kerajaan Islam di Timur telah menemui zaman kegemilangannya dan salah satunya Al-Idrisi yang mempunyai sumbangan terbesar dalam kegemilangan Islam pada era ini.
Beliau lahir pada 1100 Masihi. Beliau merupakan saksi keagungan dan kehebatan kota Andalusia yang agung. Beliau dilahirkan di Andalusia dan membesar di sana. Nama penuhnya, Abu Abdullah Muhammad Al-Idrisi Al-Qurtubi Al-Hasani Al-Sabti. Nama terkenalnya adalah Al-Idrisi.
Al-Idrisi telah mengisi masa mudanya dengan mengembara di beberapa bahagian di dunia antaranya, Portugal, pergunungan Pyrenees (Perancis) dan Hungary. Pengembaraan ini telah memberi pengalaman dan semangat untuk Al-Idrisi untuk menulis dan mendalami bentuk muka bumi.
Impiannya ini menjadi kenyataan apabila beliau mula berkhidmat kepada Kerajaan Sicily. King Roger II of Sicily telah memerintahkan Al-Idrisi untuk melukis peta dunia berdasarkan pengetahuannya. Lukisan dan gambaran Al-Idrisi ini merupakan antara lukisan peta dunia yang terawal di dunia pada ketika itu dan ia telah dijayakan oleh Al-Idrisi pada tahun 1154.
Karya Al-Idrisi ini dikenali dengan nama Tabula Rogerina. Buku ini menggambarkan keadaan bangsa bangsa di seluruh dunia dan bentuk muka bumi dunia pada ketika itu berdasarkan pengetahuannya.
Tidak lama selepas itu, Al-Idrisi juga mencatatkan catatan pengembaraan dalam sebuah kitab yang dinamai Nuzhat Musytaq Fi Ikhtiraq Al-Afaq. Kitab ini membahaskan tentang bentuk muka bumi dunia dengan lebih luas.
Selain itu juga, dapat dilihat kaedah penulisan Al-Idrisi yang menekankan kepentingan sumber dengan Al-Idrisi merujuk kepada rujukannya iaitu Cladius Ptolemy dan Ishaq Ibn Hassan. Bagi Al-Idrisi, kedua ini merupakan rujukan utamanya dalam bidang geografi.
Justeru itu, karya dan sumbangan Al-Idrisi ini telah menjadi asas dalam penemuan dan penentuan peta dunia yang terawal berdasarkan peta yang telah digambarkan oleh Al-Idrisi ini.




No comments yet