Ahad, 25 Oktober 202625 Okt 2026
Falsafah Alamiah

Aktiviti Manusia Telah Membahayakan Spesis Yang Hampir Pupus

Suku
daripada spesis vertebrata yang diancam dipengaruhi oleh ancaman manusia yang
mengancam 90% habitat mereka. Menurut James Allan dari University of Queensland, spesis-spesis ini akan merosot dan pupus
hasil daripada gangguan habitat mereka sekiranya tindakan tidak diambil.

Pasukan
James Allan telah memetakan 5457 habitat haiwan yang terancam dalam kalangan
burung, mamalia dan amfibia di seluruh dunia. Mereka membahagikan planet kepada
30 grid berkotak dan menentukan jumlah aktiviti manusia dalam setiap kotak
tersebut seperti penanaman, pembinaan, pencahayaan malam, pemburuan, jalan raya
dan jalan kereta api. Kemudian, analisis dibuat berdasarkan sensitiviti setiap
spesis terhadap aktiviti-aktiviti ini.

Aktiviti-aktiviti
manusia ini memberikan impak sebanyak 84% permukaan Bumi dan secara purata 38% spesis
terancam yang terkesan. Mamalia paling terkesan dengan 53% purata untuk setiap
spesis dalam kumpulan tersebut. 1/3 daripada semua spesis tidak terjejas dengan
ancaman ini.

Penemuan
ini tidak mengambil kira penyakit tersebar yang mudah memberikan kesan kepada
populasi amfibia atau pemanasan sejagat yang memberikan kesan kepada seluruh
spesis taksanomi. 5 buah negara teratas yang terjejas dengan aktiviti manusia
adalah negara-negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Brunei dan Singapura.
Secara purata, sebanyak 120.3 spesis yang terjejas dalam setiap kotak grid di negara-negara
ini dan purata global adalah sebanyak 15.6 spesis.

RUJUKAN:

  1. Allan, J. R., Watson, J. E. M., Di, M. M., O’Bryan, C. J.,
    Possingham, H. P., Atkinson, S. C., & Venter, O. (2019). Hotspots of human
    impact on threatened terrestrial vertebrates. PLoS biology, 17(3),
    e3000158-e3000158.
  2. https://www.newscientist.com/article/2196246-human-activity-impacts-a-quarter-of-the-worlds-threatened-species/
  3. New
    Scientist Issue 3222 agress to indemnify New Scientist LtD and New Scientiest
    against any claim arising from incorrect or misleading translation.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet