Kadang kadang dalam kehidupan seharian, kita akan menjumpai pelbagai jenis Akronim dalam Bahasa Melayu. Misalnya seperti, IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia), TP (The Patriots), PERTABI (Persatuan Takut Bini), ILY (I Love You – Eh!) dan MADANI.
Mesti ada yang tertanya tanya, kenapa ada akronim ambil huruf depan?, kenapa ada ambil dua suku kata daripada perkataan? Bukan ke Akronim mesti semua huruf depan? Jom bersama kita pelajari Bahasa Melayu Pengakroniman.
Ini antara persoalan yang timbul bila kita bercakap tentang Akronim Bahasa Melayu. Baik, Akronim Bahasa Melayu mempunyai beberapa jenis iaitu :
- Gabungan Huruf Awal
Contohnya, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri)
- Gabungan Suku Kata dengan Suku Kata daripada perkataan
Contohnya, hakis (habis kikis) tadika (taman didikan kanak kanak), jantina (jantan betina)
- Gabungan Suku kata beberapa perkataan dengan huruf awal perkataan
Contohnya, Pertabi (Persatuan Takut Bini), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)
- Gabungan suku kata dengan perkataan penuh
Contohnya, jenama (jenis nama), hartanah (harta tanah)
- Gabungan bahagian bahagian kata secara bebas
Contohnya, jengkaut (jentera kaut) , MADANI (Mampan, Sejahtera, Daya Cipta, Hormat, keyakinan dan Ihsan)
Terdapat juga Akronim penggabungan daripada bahasa Inggeris, misalnya :
- NATO : North Atlantic Treaty Organization
- MARDI : Malaysian Agricultural Research Development Institute
- FELDA : Federal Land Development Authority
Jadi tak berapa nak peliklah kalau kita gunakan akronim dalam kehidupan seharian kita. Bukan sekadar jadi kod rahsia perbualan kita sahaja. Hehe .
Oleh : Muqri Nizam




No comments yet