Khamis, 22 Oktober 202622 Okt 2026
Sukan

Akhirnya Cristiano Ronaldo Julang Piala Setelah Bertahun Kemarau Di Arab Saudi!

Cristiano Ronaldo akhirnya dapat juga benda yang dia cari sejak datang Arab Saudi tiga tahun lepas.

Pada usia 41 tahun, Cristiano Ronaldo akhirnya membawa Al Nassr menjuarai Saudi Pro League selepas menang 4-1 ke atas Damac FC dalam perlawanan terakhir musim.

Lepas wisel penamat berbunyi, Ronaldo terus menangis dekat bangku simpanan.

Ramai mungkin pelik tengok reaksi dia. Dia dah menang macam-macam. Liga Inggeris pernah menang. Liga Sepanyol pernah menang. Liga Itali pun pernah menang. Ballon d’Or lima kali. Liga Juara-Juara Eropah pun dah penuh dalam kabinet rumah dia.

Tapi trofi dekat Arab Saudi ini rupanya antara yang paling lama buat dia menunggu.

Sejak datang ke Saudi pada penghujung 2022, Ronaldo memang score macam mesin. Sampai sekarang dia dah jaring lebih 120 gol untuk Al-Nassr dalam tak sampai 150 game.

Masalahnya satu je.

Trofi tak datang-datang.

Musim demi musim, Al-Nassr selalu tersangkut. Kadang-kadang kalah dekat Al Hilal. Kadang-kadang tercicir mata sendiri.

Minggu sebelum penentuan juara pun Al-Nassr hampir musnahkan peluang sendiri.

Masa lawan Al-Hilal, diorang dah hampir menang 1-0. Penyokong dah mula meraikan kejuaraan. Sekali pada minit akhir, penjaga gol Bento buat blunder sampai tertolak bola masuk gawang sendiri.

Match habis 1-1.

Ramai rasa Al-Nassr nak botol lagi.

Tapi kali ini Ronaldo tak bagi peluang hilang macam tu saja.

Masa lawan Damac, Al-Nassr terus main agresif. Sadio Mane buka jaringan dulu sebelum Kingsley Coman tambah gol kedua dengan rembatan deras dari luar kotak penalti.

Damac sempat dapat satu gol balik melalui penalti. Tapi lepas itu Ronaldo ambil alih.

Gol pertama dia datang melalui sepakan percuma cantik dari sudut yang susah. Antara gol free kick paling kemas dia musim ini.

Gol kedua pula terus mematikan game.

Masa tu stadium Al Awwal Park dah mula rasa trofi tu memang milik diorang.

Bila Ronaldo dikeluarkan pada hujung permainan, satu stadium berdiri tepuk tangan untuk dia.

Dan masa itulah air mata Ronaldo mengalir.

Dia datang ke Arab Saudi masa ramai orang Eropah cakap karier dia dah habis.

Perpindahan dia ke Saudi dulu kena bahan teruk. Ada yang kata dia “buang karier”. Ada yang kata dia pergi sebab duit dan kata liga Arab cuma tempat pencen pemain tua.

Tapi realitinya, Ronaldo ialah manusia yang ubah terus bola sepak Arab Saudi.

Sebelum dia datang, liga Saudi memang wujud, tapi dunia tak ambil serius sangat.

Bila Ronaldo sign kontrak bernilai hampir £178 juta setahun, seluruh dunia terus pandang Arab Saudi.

Lepas itu, seorang demi seorang superstar mula masuk.

Karim Benzema, Neymar, N’Golo Kante, Riyad Mahrez, Sadio Mane datang.

Arab Saudi mula jadi tumpuan dunia bola sepak.

Sebab itu Saudi memang perlukan Ronaldo menang sesuatu.

Kalau Ronaldo gagal menang trofi selepas segala duit dan hype yang dicurahkan, orang akan mula persoalkan projek besar bola sepak Saudi ni berjaya atau tidak.

Kini Arab Saudi akhirnya dapat gambar yang diorang paling nak.

Cristiano Ronaldo mengangkat trofi liga Saudi.

Lebih menarik, ini juga kejuaraan liga kelapan Ronaldo dalam empat negara berbeza.

Dia pernah juara dekat England bersama Manchester United, kuasai Sepanyol bersama Real Madrid dan pernah menang di Itali bersama Juventus.

Dan sekarang dia tambah Arab Saudi dalam koleksi.

Musim ini Ronaldo habiskan liga dengan 28 gol. Tapi lucunya, dia tetap tak menang kasut emas.

Anugerah itu dimenangi Julian Quinones dari Al Qadsiah yang score 33 gol.

Pemain terbaik liga pula jatuh kepada Joao Felix.

Tapi rasanya Ronaldo tak kisah sangat dah pasal semua itu.

Sebab akhirnya dia dapat benda yang dia tunggu sejak mula jejak kaki ke Riyadh iaitu trofi.

Dan sekarang tinggal satu lagi impian terakhir dalam hidup dia.

FIFA World Cup 2026 bersama Portugal.

Mungkin itu pentas terakhir Cristiano Ronaldo sebelum tirai karier dia betul-betul tertutup.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet