AI (Kecerdasan Buatan) merupakan sebuah kemajuan teknologi yang kini menjadi perkara yang tidak asing bagi umat manusia pada abad ke-21 ini. Hasil daripada kemajuan teknologi ini telah banyak memberi kemudahan kepada umat manusia baik dalam bidang perubatan, pendidikan, pertanian dan bidang kewangan. Bagi umat Islam, teknologi sebegini adalah wajar untuk diterokai dan dimanfaatkan sebaiknya agar dapat mengimbangi kemajuan dunia dan juga mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Beberapa buah negara telah mula memanfaatkan kemajuan teknologi kecerdasan buatan ini. Hal ini kita dapat perhatikan dalam pembangunan aplikasi aplikasi yang bersifat keagamaan seperti aplikasi peringatan waktu solat, aplikasi penjejak arah kiblat dan aplikasi pengesan hafazan Al-Quran. Kesemua ini adalah hasil daripada manfaat teknologi dalam ibadah dan ia telah memudahkan umat manusia untuk beribadah kepada Allah.

Dalam aspek kefatwaan, terdapat beberapa buah negara telah mula memanfaatkan kemajuan teknologi kecerdasan buatan ini. Dubai pada tahun 2019 telah melancarkan sebuah inisiatif bagi mengintegrasikan kemajuan teknologi kini dengan institusi kefatwaan Islam. Dubai dibawah Islamic Affairs and Charitable Activities Department (IACAD) telah melancarkan “Virtual Ifta” bagi memudahkan umat Islam bagi mendapatkan jawapan jawapan yang berkaitan dengan isu isu dalam Agama Islam dalam masa yang singkat.

Tariq Al Emadi, Head of Fatwa Section, Islamic Affairs and Charitable Activities Department (IACAD), telah menyatakan bahawa pada waktu tersebut (2019), hanya ada 205 soalan sahaja yang berkaitan Solat boleh dijawab oleh Virtual Ifta dan ini akan terus berkembang dari masa ke semasa.

Dari hal ini jelaslah bahawa Teknologi bukan sekadar dapat membantu manusia dalam hal keduniaan tetapi ia juga dapat membantu umat Islam bagi mendekatkan diri mereka kepada Tuhannya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.