Ketika alam semesta masih muda – kira-kira berumur 13.7 billion tahun – bintang pertama dibentuk dahulu dalam kegelapan menjadi sinar kosmik tunggal.
Saintis kini mencari bintang ini dalam kumpulan bintang-bintang terawal bernama bintang Population III atau Pop III. Mereka kemudian menemui bintang yang mereka telah lama cari. Bintang itu ialah AS0039.
Lokasi Bintang AS0039 berada di galaksi kerdil Sculptor yang jauhnya 290,000 tahun cahaya dari Bima Sakti.
Menurut kajian yang diketuai oleh ahli astronomi bernama Ása Skúladóttir dari University of Florence di Itali, bintang ini mempunyai jumlah elemen karbon paling sedikit berbanding bintang-bintang lain. Jika kajian ini mendapat pengesahan, bintang AS0039 mampu menjadi kunci kepada evolusi pembentukan cahaya di alam semesta.
Skúladóttir menjelaskan bahawa bintang AS0039 mempunyai jumlah kandungan yang luar biasa: kurang elemen karbon dan magnesium berbanding elemen lain yang lebih berat seperti kalsium.
Walaupun ahli astronomi telah memahami bagaimana alam semesta berevolusi bermula dari peristiwa Big Bang hingga kini, mereka sukar untuk meneliti konsep ruang-masa dalam alam ini. Setelah beberapa juta tahun berlalu selepas Big Bang, angkasa dipenuhi dengan gas yang panas, gelap, dan jelas. Kemudian bintang-bintang terawal lahir dan cahaya ultraviolet dari bintang meng-ion-kan gas angkasa, seterusnya cahaya menerangi ruang angkasa.
Dahulu saintis percaya bahawa bintang-bintang generasi awal (Pop III) melalui proses pembentukan bintang sekarang. Namun dengan komposisi yang luar biasa pada kumpulan bintang ini, mereka perlu menilai semula sejarah alam semesta yang masih tidak terungkai.
Ketika bintang lahir, terasnya mula terbentuk dengan kehadiran elemen-elemen berat seperti besi. Pembentukan Supernova juga berlaku akibat pembentukan elemen yang lebih berat.
Elemen-elemen berat ini bertaburan di angkasa dan menjadi sebahagian pembentukan bintang dari gas dan debu kosmik. Jika saintis menemui bintang dengan jumlah elemen berat yang sedikit, berkemungkinan bintang itu ialah antara bintang generasi awal sebelum elemen logam memenuhi ruang angkasa.
Bintang AS0039 adalah contoh sebenar bintang generasi awal. Galaksi Sculptor juga mempunyai kekurangan elemen logam dengan jumlah elemen karbon seperti 4 peratus jumlah elemen karbon dalam Bima Sakti. Bagi saintis, galaksi ini tersenarai sebagai galaksi primitif yang harus dititikberatkan.
Bagi kumpulan penyelidik Skúladóttir, kehadiran bintang AS0039 melawan kitaran kelahiran bintang. Mereka harus memahami dari mula bagaimana bintang ini melalui Supernova atau Hypernova kerana untuk melalui fasa ini jumlah elemen logam seperti kalsium dan titanium haruslah tinggi dihasilkan oleh teras bintang.
Mungkin saintis bakal menemui kitaran kelahiran bintang dari kumpulan Pop III atau generasi awal, jika mereka menemui lagi bintang-bintang seterusnya dan mengkaji kandungannya.
RUJUKAN:
Starr, Michelle. (19 October 2021). Astronomers May Have Just Found Evidence of The Very First Stars in Our Universe. Science Alert.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih