Inilah soalan yang menerpa minda saya semasa saya melihat gambar sambal belalang goreng ni. Belalang, sebagaimana biawak dhab, adalah antara haiwan eksotik yang halal dimakan dalam Islam. Tapi itulah, saya macam tertanya tanya apa rasa makan belalang ni? Rangup ke? Manis ke? Masin ke?

Tak lama selepas itu, saya teringat pasal ayah saya. Ayah say ani orang Kelantan. Orang kampung. Kadang kadang bila musim banjir di rumah arwah atuk saya di Selatan Thai, ayah saya dan pakcik pakcik saya akan kutip belalang yang terapung ni untuk dimasak. Kata ayah, kepala dan kakinya akan dicabut sekali dengan organ tersebut. Kemudiannya, ia dicuci dan dimasak kunyit.

“Raso guano papa”

“Supo ude gak”

Dan ini buat saya lagi tertanya tanya. Kenapa rasa macam udang? Kenapa bukan rasa macam ayam ke sotong ke?

Benda ni dapat dijawab kalau kita tengok pengkelasan taksonomi haiwan.

Macam kita, kita tergolong dalam filum kordata. Filum haiwan bertulang belakang. Kalau untuk belalang, dia tergolong dalam filum artropoda. Antara contoh haiwan yang dikelaskan sebagai artropoda ialah belalang, lebah, semut dan udang. Senang cerita, haiwan dengan tulang keras di luar berbanding di dalam macam kita. Jadi, tak hairan rasa belalang dengan udang sama sebab sistem biologi mereka lebih kurang.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply