Pada awal pagi 17 Ogos 2021, Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-46; Joseph Robinette Biden Junior telah mengadakan sidang media berkenaan dengan isu yang sedang membelenggu negara Afghanistan pasca ‘kependudukan’ AS.

Presiden Joe Biden menggambarkan situasi penaklukan Taliban ke atas kerajaan Afghanistan sebagai sesuatu perkara yang ‘not inevitable’, ekoran kegagalan kerajaan pimpinan Presiden Ashraf Ghani dalam mengekang kemaraan kumpulan tersebut.

Seperti yang kita semua sedia maklum, AS telah melancarkan p.era.ng ke atas pengganasan (W.ar on Te.rr.or) pada tahun 2001, sejurus selepas negara itu diserang oleh kumpulan pengganas Al-Qaeda di dalam tragedi 11 September (9/11).

AS di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush bertanggungjawab mencetuskan p.era.ng yang berlarutan selama 20 tahun, diteruskan oleh pentadbiran Presiden

Barack Obama (2009-2016), Donald Trump (2016-2021) dan Joe Biden.

Komik.

Afghanistan turut diiktiraf sebagai ‘Graveyard of Empires’ setelah banyak kuasa besar dunia gagal menguasai negara itu sepenuhnya, antaranya; Empayar Macedonia (Alexander The Great), Empayar British (1842 & 1880), Kesatuan Soviet (1989) dan Amerika Syarikat (2021).

Di sepanjang tempoh P.eran.g Afghanistan (2001-2021), negara hegemon besar dunia itu terpaksa menanggung impak ekonomi yang teramat dahsyat; setelah mereka dilaporkan berbelanja lebih daripada USD $1 trilion atau RM4.24 trilion.

Bukan itu sahaja, AS turut mengorbankan lebih daripada 2000 nyawa anggota tentera mereka sendiri, di samping ratusan ribu nyawa orang awam yang tidak bersalah, rata-ratanya terdiri daripada rakyat Afghanistan.

Secara tidak langsung, Presiden Biden menyifatkan pep.era.ngan itu sebagai suatu kegagalan besar; setelah mereka gagal menyempurnakan objektif utama untuk memerangi Taliban dan kumpulan militan lain seperti Al-Qaeda dan ISIS.

Mereka bukan sahaja gagal menguburkan Taliban, malah pengaruh yang ada pada kumpulan militan itu pada saat ini dipercayai jauh lebih kuat berbanding apa yang mereka ada sebelum bermulanya p.er.ang (1994-2001).

Hanya dengan kekuatan mi.lita.n yang dianggarkan seramai 75,000 orang, Taliban berjaya mera.m.pas kembali ibu kota Afghanistan (Kabul) dari tangan kerajaan yang dikatakan memiliki anggota te.ntera berjumlah 300,000 orang.

Senario itu diburukkan lagi dengan tindakan Presiden Ghani yang lari meninggalkan Afghanistan, sekali gus memberi tamparan hebat kepada AS selepas mereka memberikan perlindungan serta pelbagai bentuk bantuan kepada kerajaan Afghan.

Dalam pada itu, Presiden Biden turut menunding jari kepada pentadbiran terdahulu; yang mana perjanjian damai bersama-sama Taliban telah ditandatangi ketika era pentadbiran Presiden Trump, pada tahun lalu.

Perjanjian yang diwa.riskan kepada pentadbiran Biden, membawa kepada pengunduran saki baki anggota ten.te.ra AS mengikut ketetapan. Kelompongan kuasa itu mengakibatkan negara Afghanistan kembali dikuasai Taliban.

Setelah gagal, kini AS seolah-olah ingin ‘mencuci tangan’ dan membiarkan rakyat Afghanistan berhadapan dengan corak kepimpinan baharu bawaan Taliban.

Walau bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan lagi sama ada rejim ‘Taliban 2.0’ itu akan membawa corak pentadbiran yang sama seperti dahulu ataupun sebaliknya.

Saya juga tidak menolak kemungkinan bahawa; ada kebarangkalian Taliban mampu membawa perubahan positif kepada Afghanistan, berbanding kerajaan boneka AS yang terkenal dengan rekod buruk berkait isu rasuah, kronisme dan kleptokrat.

Semoga rakyat Afghanistan diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan pemerintahan baharu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sekadar penulis amatur.

Comments are closed.