1. Masyarakat luar, malah masyarakat Negeri Sembilan (NS) sendiri mutakhir ini seringkali beranggapan secara tidak tepat tentang Adat Perpatih. Misalnya, dengan tanggapan bahawa “Adat Perpatih berasal dari Minangkabau”
2. Sebenarnya, Adat Perpatih di Negeri Sembilan adalah unik untuk amalan seumpamanya di Negeri Sembilan dan hanya di Negeri Sembilan sahaja.
3. Amalan Adat Perpatih di Minangkabau pula adalah sebenarnya merupakan Adat Luak 50. Nombor 50 adalah bilangan ‘jurai’ di Minangkabau, sesuatu yang tiada kedapatan tentangnya di Negeri Sembilan.
4. Walaupun terdapat persamaan tentang amalan kedua adat ini tadi, tetapi perbezaannya amat jelas. Nama keduanya secara am adalah sama, ada persamaan, namun keduanya ada banyak perbezaan yang ketara.
5. Antaranya, amalan pembahagian tanah pusaka misalnya adalah sama dan masih bersifat matrilineal sama seperti Adat Perpatih di NS.
6. Namun Adat Perpatih di Minangkabau atau Adat Luak 50 tidak pula memiliki sistem Lembaga, tidak wujudnya Buapak, malah sistem pentadbiran ketua negeri di mana Undang melantik Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan bersandarkan undi mutlak oleh Undang Yang Empat tidak pernah wujud di Minangkabau.
7. Dari Minangkabau, ada 11 kumpulan dari sebelas kampung asalnya, datang membina hidup dan meneroka, membuka penempatan bermula dari wilayah yang kini digelar Negeri Sembilan.
8. Dahulu sebelum Negeri Sembilan wujud, jajahan sama merupakan sebahagian dari Melaka dan kemudiannya dikuasai Johor. Setelah pemutusan kuasa dari Johor, NS ditadbir sepenuhnya secara autonomi kepada lima Luak Tanah Mengandung yang diketuai Penghulu Luak dan Luak yang diketuai Undang Yang Empat. Ini sekaligus menjadikan negeri ini bebas dan mengangkat sistem rajanya yang memiliki kedaulatan sendiri.
9. Suku mendatang iaitu 11 kumpulan dari 11 kampung inilah yang membentuk 11 suku, mempersetujui pula ke atas mereka untuk digubal satu bentuk undang-undang atau adat di dalam ruang lingkup adat mereka yang kini digelar Adat Perpatih setelah mereka membuka penempatan di sini.
10. Untuk rekod, terdapat dua gelombang kehadiran suku mendatang dari Minangkabau membuka penempatan di Negeri Sembilan, menganjur dari Kelang, Melaka sehingga ke Johor.
11. Gelombang pertama adalah sebelum 1773, iaitu sebelum ketibaan Raja Melewar, mungkin sejak seawal munculnya Melaka, manakala gelombang kedua adalah selepas Raja Melewar dijemput mentadbir Luak Tanah Mengandung sehinggalah pemutusan kuasa Negeri Sembilan untuk bebas dari Johor sehinggalah mungkin lewat 1900an.
12. Resam Melayu yang berkelana, usai berpetualang menetaplah mereka membuka kawasan buat berteduh, dan menyusur air buat mereka mencari rezeki. Semakin luas dan besar keluarga, ia membentuk masyarakat.
13. Dengan msyarakat yang besar perlu ada pula undang-undang yang menjadi aturan hidup dan sosial mereka supaya mereka kekal bertamadun, maka muncullah Adat Perpatih.
14. Kecuali Suku Selemak Pahang yang memegang tampuk pentadbiran selaku Penghulu Luak Terachi (ini ada cerita menarik yang lain) Suku ke-12 iaitu Biduanda adalah satu-satunya suku yang diberikan mandat untuk memegang tampuk kuasa mentadbir semua ‘sembilan negeri’ di dalam NS (empat Luak dan lima Luak Tanah Mengandung).
15. Suku Biduanda ini diberikan keistimewaan kerana suku mendatang tadi telah bercampur, bersosial dan berkeluarga pula dengan pribumi suku orang asal Sakai, Jakun, Semang, Temuan dan Semelai yang memang telah lama menetap di atas wilayah yang kini dipanggil NS. Percampuran antara keduanya inilah mewujudkan Suku Biduanda.
16. Yang diketahui, lelakinya adalah dari suku mendatang, manakala wanita pula dari kalangan suku orang asal.
17. Ini kerana resamnya di dalam Adat Perpatih, yang berkelana adalah lelaki, dan yang mengembangbiak zuriat adalah dari nasab wanita. Salah satu sebab mengapa Adat Perpatih bercirikan matrilineal.
18. Ringkasnya, sekalipun asasnya dari Minangkabau, Adat Perpatih di Negeri Sembilan berasal dari undang-undang adat tempatan di NS setibanya masyarakat ini berkembang biak dan berzuriat di dalam wilayah adat Negeri Sembilan.
19. Tatacara dan susunan tertib bersuku ini tidak wujud di Minangkabau atau di dalam Adat Luak 50 mereka, satu lagi perbezaan ketara adat tersebut dengan Adat Perpatih di NS.
20. Jadi sekalipun ada persamaan, perbezaan keduanya amat jelas dan besar, hinggakan tidaklah boleh dikatakan sepenuhnya bahawa Adat Perpatih berasal dari Minangkabau, walaupun ada perkaitan antara duanya.
21. Malah, perkaitan Adat Perpatih di Negeri Sembilan dengan Minangkabau sebenarnya adalah sepertiga dari keseluruhan sistem Adat Perpatih itu sendiri. Selebihnya ia turut berkait dengan kerajaan Siak dan kerajaan Johor Lama.
22. Ini jelas dalam perbilangan Adat Perpatih yang berbunyi; “Bertali ke Siak, beraja ke Johor, bertuan ke Minangkabau”
*Gambar dari Tropen Museum, masyarakat Minangkabau dengan pakaian tradisi asli mereka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih