Propaganda Zi0.nis selalu memainkan naratif bahawa rakyat Palestin yang secara sukarela menjual tanah-tanah di Palestin kepada pendatang haram Isra.el. dan rakyat Palestin tiada hak untuk tuntut Kembali tanah tersebut.

Bermula seawal kurun ke-19, propaganda Zionis adalah berasaskan idea yang mengatakan “a land without a people for a people without land” dengan menganggap tiadanya rakyat di Palestin dan Yahudi yang tidak mempunyai tanah boleh menuntut hak mereka di sana. Bagaimanapun, sejak mereka mendirikan penempatan haram pertama, mereka sedar bahawa betapa ramainya rakyat asal Palestin yang terus kekal dan mengerjakan tanah-tanah mereka.

Menurut satu anekdot, selepas dari Kongres Basel atau dikenal sebagai Kongres Zionis Pertama pada tahun 1897, beberapa orang rabbai dari Vienna bercadang untuk meneroka idea Theodor Herzl dan menghantar 2 wakil ke Palestin. 2 wakil ini kemudian pulang dan memaklumkan seperti berikut,

“The bride is beautiful, but she is married to another man”

Pernyataan ini dimaksudkan bumi Palestin indah tetapi diduduki oleh rakyat Palestin sendiri. Ada juga satu cerita yang lebih kurang mirip cerita di atas di mana ia melibatkan Theodore Herzl dan orang kanannya iaitu Max Nordau. Apabila Nordau mengetahui bahawa populasi Arab di Palestin sangat besar, dia berlari ke arah Herzl dan mengatakan sambil menangis, “I did not know that. But then we are committing an injustice”.

Sejak bermulanya projek penempatan haram, rakyat Palestin telah menentang penempatan haram Yahudi Zionis sejak peringkat awal perancangannya, ketika itu masih di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyah. Pada 1886, ada pertembyangan berlaku di antara petani Palestin dan pendatang Yahudi dan pada Mei 1890 Pegawai Pengurusan Jerusalem (Mutassarif) yang bernama Rashad Pasha telah menunjukkan bias terhadap pendatang haram Yahudi Zionis dan menentang pendatang haram tersebut.

Sarjana Palestin dan wakil-wakil mereka dalam penguatkuasa Uthmaniyah serta akhbar akhbar di Palestin banyak memberi amaran kepada rakyat Palestin akan bahayanya Ziioni Yahudi penempatan yang mereka bina dan memohon untuk tidak berkompromi dengan sebarang agenda mereka.

Pada tahun 1897, Sheikh Muhammad TahirAl-Husaini yang merupakan Mufti Besar Jerusalem telah bertindak untuk memindahkan semua pemilikan harta di bawah pantauan pejabat Mutasarrifate Jerusalem untuk menghalang banyak lagi tanah rakyat Palestin berpindah milik ke Yahudi.

Walaupun ketika itu, Sultan Abdul Hamid dan pihak berkuasa pusat telah mengarahkan untuk melawan pendatang haram Yahudi dan penempatan haram mereka, tetappi masalah rasuah yang mula membarah di dalam pentadbiran Uthmaniyah telah membuka ruang kepada Zionis untuk mendapatkan lebih banyak tanah.

Lagi memburukkan keadaan apabila part politik mula menguasai Turki Uthmaniyah dan menjatuhkan Sultan Abdul Hamid pada 1909. Pengaruh yang ada pada Zionis Yahudi ketika itu, maka mereka dengan mudahnya mendapat pemilikan tanah dan perpindahan mereka ke Palestin.

Ketika di penghujung era Turki Uthmaniyah pada tahun 1918, orang Yahudi telah memiliki tanah di Palestin sebanyak 1.5% yang telah mereka beli dari tuan tanah dari Lubnan antaranya keluarga Sursock, Tayyan, Tueni dan Medawar. Ada juga tanah yang telah dilelongkan oleh pentadbiran Turki Uthmaniyah menerusi lelongan awam di mana tanah lelong ini adala milik rakyat Palestin yang tidak mampu membayar cukai.

Di bawah pemerintahan British pada tahun 1917 sehingga 1948, rancangan dan cita-cita Zionis untuk menubuhkan negara haram Israel hampir menjadi nyata. Ketika ini, Zionis Yahudi telah berjaya mendapatkan tanah Palestin sebanyak 4.5% yang disokong penuh oleh pihak British.

Apa yang kita perlu faham adalah tidak semua tanah adalah dibeli dari rakyat Palestin ataupun rakyat Palestin sendiri rela untuk menjualnya. Kebanyakan tanah di Palestin ada dimiliki oleh tuan tanah yang bukan rakyat Palestin. Jadi, mereka ini dikira tidak memiliki tanah tersebut selepas British mengambil alih Palestin dan mereka dilarang untuk melabur atau menuntu hak mereka ke atas tanah tersebut.

Tanah-tanah Palestin juga diambil kerana pemiliknya yang telah dibunuh dan mati dalam Revolusi Arab pada tahun 1936-1939. Pihak British telah merampas tanah-tanah ini dan diberikan kepada Zionis Yahudi dengan harga yang rendah.

Adakah rakyat Palestin menentang pemilikan tanah haram ini?

Rakyat Palestin sebenar telah melakukan usaha besar-besaran terhadap penjualan haram tanah-tanah di Palestin yang diketuai oleh Haji Amin al-Hussaini yang merupakan pengerusi Majlis Tertinggi Muslim di Palestin pada tahun 1930. Dalam satu konferens pertama yang diadakan pada 25 Januari 1935, para mufti telah mengeluarkan fatwa yang melarang rakyat Palestin menjual tanah kepada orang Yahudi, dengan mengumumkan penjual dan broker tanah akan dinafikan hak pengebumian mereka di tanah perkuburan Muslim, serta memboikot mereka dalam segala hal.

Kehilangan sebenar rakyat Palestin bukanlah disebabkan mereka menjual tanah mereka kerana sehingga tahun 1948, mereka masih memiliki 94% tanah di Palestin walaupun mereka mengalami kesengsaraan di bawah pemerintahan British dan perlaksanaan projek Zionis. Kesan yang lebih teruk adalah selepas perang 1948 di mana hampir 58% rakyat Palestin ketika itu telah dibunuh oleh kumpulan militan Israel.

Perang 1948 telah mengoyakkan fabrik sosial dan ekonomi rakyat Palestin dan Zionis Yahudi telah membina penempatan mereka tanpa rasa bersalah. Moshe Dayan yang merupakan mantan Menteri Pertahanan Israel pernah mengatakan dan mengakui bahawa penempatan Yahudi telah dibina di atas tanah orang Arab, tiada satu tempat pun dibina penempatan Yahudi adalah bukan milik populasi Arab.

Mungkin ada yang mengatakan sebelum orang Arab Palestin yang secara rela menjual tanah kepada Zionis Yahudi, sedangkan mereka sebenarnya dalam keadaan terdesak kerana perbuatan British dan militan Zionis yang menyekat mereka dari segi ekonomi dan sosial.

RUJUKAN:

Avi Shlaim, The Iron Wall: Israel and the Arab World (New York: W. W. Norton & Company, 2001), p. 3.; Shai Afsai, The “Married to Another Man” Story and Zionism, site of Jewish Link, 5/2/2015; and Benjamin Beit-Hallahmi, Original Sins: Reflections on the History of Zionism and Israel (Northampton: Interlink Pub Group Inc, 1998).

‘Abdul Wahab al-Kayyali, Tarikh Filastine al-Hadith (The Modern History of Palestine), 9th edition (Beirut: Arab Institute for Research and Publishing, 1985), pp. 41–42.

Al-Mawsu‘ah al-Filastiniyyah (The Palestinian Encyclopedia), supervised by Ahmad al-Mir‘ashli (Damascus: The Foundation of the Palestinian Encyclopedia, 1984), vol. 1, p. 180; and Hind al-Budairi, Aradi Filastin: Bayna Maza‘im al-Yahud wa Haqa’iq al-Tarikh (The Lands of Palestine: Between the Allegations of Zionism and the History Facts) (Cairo: League of Arab States, 1998), pp. 187–237.

See Hind al-Budairi, op. cit., pp. 249–259; and Muhammad ‘Urabi Nakhleh, Tatawwur al-Mujtama‘ fi Filastin fi ‘Ahd al-Intidab al-Baritani 1920–1948 (Society development in Palestine During the British Mandate 1920–1948) (Kuwait: Zat al-Salasil, 1983), p. 144.

The fatwa in: Watha’iq al-Harakah al-Wataniyyah al-Filastiniyyah 1918–1939: Min Awraq Akram Zu‘aytir (Documents of the National Palestinian Movement 1918–1939: From the Papers of Akram Zu‘aytir), prepared for publication by Bayan al-Hout, 2nd ed. (Beirut:Institute for Palestine Studies, 1984), pp. 381–391.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan seorang Jurutera Mekanikal Lapangan di The Hub's Engineering Bergiat aktif dengan YADIM dan merupakan Presiden Kluster Belia di bawah YADIM iaitu Sahabat YADIM.

Leave A Reply