Planet Neptun diisytiharkan sebagai planet paling hujung dalam Sistem Suria. Tapi kewujudan planet kerdil Pluto yang mengelilingi Matahari membuatkan kita terfikir, sampai mana luasnya Sistem Suria ini?
Selepas Neptun, ada sebuah lingkaran sebijik dengan Lingkaran Asteroid yang berada di antara planet Marikh dan Musytari. Lingkaran tersebut ialah Lingkaran Kuiper (Kuiper Belt).
Lingkaran Kuiper (sebut Kai-pe) terdiri daripada saki-baki pembentukan Sistem Suria, sama dengan Lingkaran Asteroid. Tapi saki-baki tersebut berbeza dengan Lingkaran Asteroid yang mengandungi batu-batuan angkasa, di mana Lingkaran Kuiper terdiri daripada cebisan-cebisan ais yang mengandungi air, ammonia, dan mentana.
Cebisan-cebisan ais ini lebih besar dengan saiz 20 hingga 200 kali ganda dari batu Lingkaran Asteroid. Lingkaran ini juga menghasilkan komet dan planet kerdil seperti Pluto dan tujuh lagi buah planet kerdil yang telah saintis temui.
Selepas Lingkaran Kuiper, terdapat zon dipanggil sebagai heliopause. Zon ini adalah garis penghujung angin suria merebak dari Matahari. Kapal angkasa robot dari NASA bernama Voyager I berada dalam zon ini.
Selepas zon heliopause, kita akan temui lingkaran terakhir iaitu Awan Oort. Awan Oort adalah ‘benteng’ terakhir yang mengandungi cebisan-cebisan ais gergasi sebesar gunung. Saintis percaya Awan Oort mengelilingi Sistem Suria dalam bentuk gelembung buih.
Voyager I akan tiba di Awan Oort setelah 300 tahun dan melintasi lingkaran ini selama 30,000 tahun! Betapa luasnya Awan Oort ini berbanding Lingkaran Kuiper! Tapi, sampai sekarang saintis belum menemui sebarang objek angkasa dari Awan Oort.
Inilah keluasan Sistem Suria kita. Mungkin Sistem Suria lain juga mempunyai kedudukan planet, planet kerdil, dan saki-baki objek angkasa sama seperti Sistem Suria kita, ataupun berbeza. Kita hanya boleh bagi teori saja.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih