Pernah nampak tak gambar pertama ini, yang pernah tular di media social Facebook kerana planet-planet lain mempunyai hujan yang begitu eksotik berbanding dengan Bumi, planet tempat kita berada yang hanya mempunyai hujan yang menitiskan air.

 

Tapi, betulkah fakta-fakta dari gambar tersebut? Atmosfera Bumi yang terdiri dari elemen oksigen dan hidrogen akan menghasilkan hujan air. Bagaimana dengan atmosfera planet lain? Adakah berlaku hujan berlian seperti di planet Neptun? Mari kita sama-sama bongkarkan lima jenis hujan eksotik ini!

1. Hujan Asid Sulfurik di planet Zuhrah

Planet Zuhrah, atau dikenali sebagai Bintang Kejora ialah planet kedua dalam Sistem Suria. Planet ini mempunyai awan yang mengandungi asid sulfurik yang berada di sekitar 50 hingga 70 kilometer dari permukaan.

Memang awan ini menurunkan asid sulfurik tapi titisannya tidak sampai ke permukaan kerana ia telah tersejat setelah melintasi zon gas karbon dioksida yang berada di 30 kilometer dari permukaan.

2. Hujan kaca di planet HD 189733b

Planet HD 189733b ialah planet asing yang terletak di 63 tahun cahaya dari Sistem Suria. Saiz planet ini lebih kurang seperti planet Zuhal tapi ia mengelilingi bintang utama begitu dekat, menjadikan planet ini sebahagian dari kumpulan ‘Hot Jupiter’.

Atmosfera planet ini mengandungi zarah silika. Silika ialah zarah berupa kaca. Berkemungkinan besar planet ini mempunyai hujan kaca tapi menghujani secara melintang kerana angin begitu kuat dengan kelajuan 7,000 kilometer per jam!

3. Hujan berlian di planet Neptun

Planet Neptun ialah planet kelapan dalam Sistem Suria dan merupakan planet bergas. Saiz dan kandungan planet ini lebih kurang seperti ‘kembarnya’ iaitu planet Uranus.

Atmosfera Neptun terdiri dari hidrogen dan helium. Tambahan pula, atmosferanya mempunyai ‘ais’ yang mengandungi air, mentana, dan ammonia.

Kehadiran ais mentana membolehkan hujan berlian terjadi tetapi hanya berlaku di kedalaman 7,000 kilometer ke teras Neptun. Dikatakan hujan berlian menghujani begitu lebat apabila berada dalam kedalaman sebegitu.

 

Hujan besi di planet asing bernama OGLE-TR-56b pula berkemungkinan boleh terjadi kerana suhu atmosfera sehingga 2,000 darjah Celsium mampu hasilkan awan terdiri dari zarah besi.

Manakala hujan mentana di bulan Titan yang mengelilingi planet Musytari memang terjadi tapi titisan mentana ini mampu menghakis permukaan bulan terbesar ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply