Adakah makhluk asing itu wujud? Jika tidak wujud, kita
teruskan kehidupan seperti biasa, tetapi jika wujud maka timbul soalan kedua.
Adakah mereka pernah menghubungi kita?
Untuk soalan yang kedua ini, ia telah di jawab oleh ahli
astronomi yang telah mengkaji pancaran cahaya sebuah bintang bernama KIC
8462852 dan menemui terdapat gangguan cahaya yang sangat tinggi pada bintang
tersebut iaitu sebanyak 22%.
Lalu saintis Barat berpendapat, kemerosotan melampau ini
mungkin disebabkan oleh satu gelombang daripada makhluk asing yang wujud di
luar sistem solar kita.
Tapi bukan semua saintis Barat bersetuju dengan idea wujudnya
makhluk asing di luar sana, lalu menyanggah idea tersebut dan yakin bahawa
gangguan cahaya itu disebabkan oleh lintasan komet di angkasa raya.
Lantas Bradley Schaefer, seorang pengkaji angkasa dari
University of Louisana State membuktikan dengan data bahawa gangguan itu bukanlah
pertama kali dalam sejarah angkasa raya, sebaliknya telah berlarutan sejak 100
tahun yang lepas yang mana jika benar gangguan itu daripada komet, maka ianya
memerlukan sebanyak 650,000 komet untuk mendapat gangguan cahaya sebanyak 22%.
Tapi kajian masih diteruskan bermula dari tahun 1960 oleh
seorang ahli astronomi bernama Frank Drake yang telah melakukan eksperimen
pertama di Search for Extraterrestrial Intelligence bagi menjejaki makhluk
asing yang mungkin wujud selain manusia dan hingga kini tiada bukti bahawa
mahkuk asing itu wujud.
Pada tahun 2016, seorang jutawan Russia, Yuri Milner telah
melabur sebanyak 100 juta USD bagi projek-projek memburu makhluk asing. Projek ini bernama “Breakthrough Listen” dan
mendapat kerjasama daripada seorang ahli kosmologi terkenal, iaitu Stephen
Hawking.
Dua teleskop radio terbesar di dunia akan digunakan iaitu
Green Bank Telescope di Amerika Syarikat dan Parkes Telescope di Australia yang
mana teleskop-teleskop ini akan beraksi 50 kali ganda lebih sensitif dan bakal
mengawasi berjuta-juta bintang serta 100 galaksi terdekat dari sistem bima
sakti kita.
Dengan teknologi ini, sebarang pergerakan UFO yang mungkin
berterbangan di sekitar 1000 bintang terdekat dari bumi pasti akan dikesan oleh
teleskop ini. Thanos pun tak dapat nak lari.
Dan katakanlah, mereka menjumpai wujudnya mahkluk asing,
maka timbul soalan ketiga;
Kenapa mereka pernah tidak pernah menghubungi kita?
Panjang nak cerita, dan jika mereka ada hubungi kita, maka
ada undang undang dari PBB, iaitu kita tak boleh jawab bagi pihak bumi
sewenang-wenangnya, tapi kita kena rujuk saintis peringkat dunia, kena
mensyuarat dulu dan kena cari the best
way untuk balas balik, bukan boleh buat ikut suka, malahan Stephen Hawking
sendiri yang memberi dana jejak Alien melarang sebarang mesej dihantar ke
mahluk asing jika manusia menerima isyarat mereka kelak. Bukan sewenang-wenangnya
boleh lantik diri menjadi duta makhluk asing!
Lepas tu ada pula kajian yang mana jika alien hubungi kita, maka
kita kena guna simbol matematik sebagai alternatif yang boleh dipakai untuk
melakukan komunikasi di antara makhluk asing sebab mereka dah tentu tak
bercakap bahasa kita.
Okey, jauh sangat kita bincang isu ni, tajuk page ini kereta
mayat, kenapa jauh sangat kereta mayat bercerita sampai hujung angkasa, kembali
ke bumi, maka dari tiga soalan saintis di atas:
(1) Adakah Makhluk asing itu wujud?
(2) Adakah mereka pernah menghubungi kita?
(3) Kenapa mereka tidak menghubungi kita?
Dari tiga soalan ini tadi telah menarik minat saintis dan
pelabur jutawan untuk mengkaji dan menyumbang dana, maka boleh tak kita pinjam
tiga soalan ini bukan untuk bertanya tentang Alien, tapi untuk bertanya tentang
Tuhan, iaitu:
(1) Adakah Tuhan itu wujud?
(2) Adakah Tuhan pernah menghubungi kita?
(3) Kenapa Tuhan tidak menghubungi kita?
Maka untuk menjawab soalan ini, pertama kita pasti yakin
bahawa Tuhan itu wujud sebab jika alam ini tidak berawal dan berakhir maka tak
logik, alam ini pasti bermula oleh satu kuasa yang di namakan Tuhan dan
Tuhanlah selayaknya untuk kedudukan tidak berawal dan berakhir.
Note: Saintis setuju alam ini bermula dengan letupan Big
Bang dan akan berkahir suatu hari nanti.
Jadi dengan yakin bahawa Tuhan itu wujud, maka kita pergi
kepada soalan kedua.
(2) Adakah Tuhan pernah menghubungi kita?
Daripada sejarah lampau, terdapat banyak agama yang mengaku
Tuhan menghubungi bangsa mereka, namun daripada semua dakwaan, ada empat agama
yang mempunyai ramai pengikut dan bijak pandai iaitu;
-Christian 2.0 billion
-Islam 1.2 billion
-Hindu 811 million
-Buddha 360 million.
Semua agama ini mendakwa agama mereka paling betul, tapi
panjang nak cerita sebab agama yang betul kena bersifat adil iaitu tak perlu
kita jadi saintis untuk mengkaji, cukup jika kita jawab soalan ini:
Siapakah orang yang Tuhan hubungi? Sudah tentu orang itu adalah
sebaik-baik manusia, sehebat-hebat manusia, paling berpengaruh, bijaksana,
akhlak terpuji, tidak pernah bercakap bohong dan tiada seorang pun yang mampu
setanding dengannya dulu, kini dan akan datang.
Panjang nak cerita saya pendekkan, Nabi Muhammad SAW ialah
manusia paling berpengaruh dalam dunia dan beliau tidak pernah bercakap bohong,
dalam masa yang singkat Baginda telah berjaya membawa perubahan kepada dunia
dan perubahan itu kekal sehingga sekarang. Kemudian Kitab al-Quran yang diwahyukan
Allah kepada Baginda merupakan kitab yang paling banyak common sense berbanding kitab agama lain.
Maka menjawablah soalan;
(1) Adakah Tuhan itu wujud? Ya, dengan kewujudan kita dan
alam, maka Tuhan itu ada.
(2) Adakah Tuhan pernah menghubungi kita? Ya, Tuhan hubungi
manusia terpilih (Nabi) sebagai wakil untuk memberitahu tentang kehendak Tuhan.
(3) Kenapa Tuhan tidak menghubungi kita (lagi)? Kerana agama
sudah sempurna dan agama yang sempurna tidak lagi memerlukan Nabi baru atau wahyu
baru.
Sebelum korang nak bantah, mungkin ada yang bertanya, siapa
yang kaji Nabi Muhammad manusia paling hebat dan al-Quran kitab paling masuk
akal?
Jawapannya, orang yang kaji dan setuju Nabi Muhammad orang
paling berpengaruh ialah seorang astrophysicist,
pakar sejarah yang bernama Michael H.
Hart, beliau juga seorang yang mengaku dirinya white separatism, orang yang anggap bangsa kulit putih perlu
diasingkan daripada semua bangsa. Tetapi berdasarkan data dan bukti, mengikut
kajiannya, Nabi Muhammad SAW daripada bangsa arab, merupakan orang yang paling
berpengaruh di dunia.
Siapa yang kaji al-Quran dan mengatakannya sebagai kitab
paling masuk akal? Seorang pakar perbandingan
semua agama, hafal al-Quran dan juga kitab-kitab lain, selalu berdebat dengan
pakar agama lain, tak lain tak bukan ialah Dr Zakir Naik.
Jadi kepada semua saintis yang sedang mencari Alien di luar sana,
jangan lupa mencari Tuhan dan lebih mudah Tuhan telah hubungi manusia (Nabi)
dan bukti (al-Quran) ada depan mata. Jangan lupa kaji sebab mati itu pasti,
jangan lambat sangat respond takut
mati masuk neraka sebab kebenaran dah ada depan mata tapi disia-siakan dengan menghabiskan
masa mencari Alien, buat apa?
Woha!




No comments yet