Nak panggil aku normies sebab trigger dengan meme ni, dipersilakan. Tapi bagi aku, sehebat mana pun budaya meme ini, tapi bila ada sejarah yang salah, maka aku akan tegur.
Aku malas tulis panjang-panjang kehebatan Tamadun Melayu zaman Islam. Aku senaraikan point-point penting ni jer. Kenapa Melaka tu hebat dan merupakan sebahagian dari zaman kegemilangan Tamadun Islam?
– Melaka menerima 2000 buah kapal sehari yang singgah dipelabuhan Melaka, dan setiap kapal sepanjang 100-200 meter menunjukkan betapa besarnya saiz pelabuhan Melaka pada waktu ini.
– Tom Pires mengatakan bahawa kehebatan Melaka terlalu besar kebesaran dan keuntungannya dan diumpamakan sesiapa yang menguasai Melaka, dia seperti menguasai Venice di Eropah. Betapa hebatnya Melaka sehingga disamakan dengan Venice.
– Dikatakan bahawa terdapat lebih 88 bahasa dituturkan dengan pedagang dari 60 buah kerajaan serentak singgah di Melaka dalam satu masa. Ketika itu, penutur 88 bahasa dan 60 buah kerajaan dari seluruh pelusuk dunia ini bertutur dalam BAHASA MELAYU sebagai LINGUA FRANCA.
– Sistem pengurusan pelabuhan Melaka menjadikan pelabuhan mereka bertaraf dunia. Melaka memiliki pelabuhan transit seperti di Jugra, Tanjung Bidara dan Bentan. Melaka juga memiliki sistem penyimpanan gudang dengan teknologi dan kualiti yang membantu para pedagang menyimpan barang-barang mereka dalam tempoh waktu yang lama sebelum menunggu angin monsun.
– Melaka juga merupakan pusat penyebaran Islam di Asia Tenggara dan merupakan pusat ilmu di Asia Tenggara. Contohnya, kitab aqidah aliran Imam Abu Mansur al-Maturidi yang bertajuk Al-Aqāid An-Nasafiyyah karangan Imām Abu Hafs Umar bin Muhammad An-Nasafi yang merupakan antara manuskrip Melayu terawal dijumpai setakat ini (abad ke-16) dan dipercayai telah diterjemah pada zaman Melaka.
– Tak hairanlah nama seperti Wali Songo pernah berguru di Melaka. Babad Tanah Hawi menceritakan Sunan Giri dan putera gurunya Sunan Bonang belayar dari Ampel menuju ke Makkah bagi melaksanakan rukun kelima Islam iaitu fardu haji. Setibanya di Melaka, mereka bertemu dan berguru dengan Sheikh Wali Lanang selama beberapa lama.
– Kehebatan pengurusan ekonomi dan pusat ilmu tak hairan menjadikan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang kaya. Terdapat catatan yang mengatakan bilik simpanan harta Sultan Alauddin Syah Melaka mempunyai tiga tan emas selain harta-harta lain. Harta ini telah dirampas oleh Portugis dan menjadi sebahagian daripada harta yang dibawa balik ke Portugal.
– Istana Melaka mempunyai peti berkaki bertatahkan permata. Semasa Portugis menawan Istana Sultan Mahmud Syah Melaka, mereka mendapati istana ini memiliki sebuah peti besar berkaki dan dipenuhi dengan permata yang bernilai 60,000 cruzado.
– Selain itu juga, terdapat empat balang emas yang mengandungi minyak wangi, bekas emas yang mengandungi butiran mutiara selain gadis cantik yang bertugas sebagai dayang istana.
– Mendengarkan kekayaan Kesultanan Melaka inilah, maka tak hairanlah salah satu daripada harta karun yang hilang paling mahal di dunia ialah daripada Flor De La Mar yang tenggelam di dasar laut selepas menjarah kekayaan Melaka. Dikatakan kekayaan yang diambil bersama Melaka berjumlah 2.6 billion + + (54,431kg of Gold x $49,000 per Kg) duit hari ini yang merangkumi:
1. Perempuan perempuan penenun kain
2. Anak-anak perempuan bangsawan Melaka
3. Tiang tiang Istana Melayu Melaka yang dihias dan dilepa dengan emas dan perak
4. Tanduk gajah Sultan Melaka yang disepuh emas
5. 600 Tan Emas barang kemas
6. Meja berkaki emas 7. 7.Gelang Sakti Nakhoda Beego
8. 6 bijik Singa tembaga besar hadiah Maharaja Cina
9. Baju perisai perang berkain baldu, senjata, dan topi besi berhias indah.
10. Baju-naju berkain baldu dan sutera
11. Mangkuk mangkuk perak
12. 2 pasu besar
13. Perabot-perabot indah
14. 200 kotak berlian, rubi, permata-permata mahal.
– Sebab itulah Duerta Barbarossa mengatakan bahawa Melaka ialah pelabuhan terkaya di dunia seperti dalam catatan berikut:
“Bandaraya Melaka adalah pelabuhan terkaya dengan jumlah perdagangan borong yang terbesar dan perkapalan serta perdagangan yang sungguh banyak yang boleh didapati di seluruh dunia.”
– Portugis hanya berjaya memperoleh 1/3 daripada harta kekayaan Melaka yang sebenar. Sebanyak 2/3 harta kekayaan Melaka yang lain dipercayai masih tersimpan di sekitar kota dan negeri Melaka di ruang-ruang bawah tanah dengan dinding kebal dan kukuh.
– Betapa significantnya Melaka dalam kedudukan sebahagian daripada Tamadun Islam sehinggakan dikatakan kalau mahu menundukkan Mekah dan Kaherah, maka Melaka harus ditamatkan riwayatnya. Ini dapat dilihat pada catatan Portugis:
“Dan aku yakin bahawa, jika kita rampas perdagangan Melaka dari mereka, Kaherah (Mesir) dan Mekah akan kalah sepenuhnya.” – Afonso de Albuquerque
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih