Bila bercakap tentang bangsa purba yang masih wujud, pasti ramai kata bangsa Cina. Sebab bangsa purba yang lain sudah pupus. Tapi jangan terkejut sebab bangsa Mesir Purba masih lagi ada.
Wujud lagi ke bangsa Mesir purba ni?
Dekat Mesir moden, ada satu komuniti Kristian yang dipanggil sebagai Koptik. Mereka dikatakan berasal daripada bangsa yang sama dengan Firaun.
Cuma hari ni mereka lebih dikenali sebagai orang Arab Mesir yang beragama Kristian. Jadi macam mana pulak orang Mesir Purba ni boleh menganut agama Kristian dan berubah jadi orang Arab.
Agama Kristian dikatakan mula memasuki Mesir sekitar 200 – 400 masihi. Bermula dari situ sehingga abad ke abad ke 9, majoriti penduduk Mesir beragama Kristian.
Setelah kedatangan orang Arab dan Islam, masyarakat Mesir Purba ni mula penganut agama Islam dan berasimilasi menjadi Arab. Benda ni menyebabkan bahasa Koptik yang merupakan warisan Mesir Purba hampir punah.
Hari ini orang Mesir Purba masih lagi wujud dan membentuk 10% daripada populasi Mesir moden dan dikenali sebagai koptik. Sayangnya bahasa deme hanya digunakan dalam ritual keagamaan sahaja.
Lepas ni kalau nak tahu muka orang Mesir Purba macam mana, boleh tengok sendiri muka orang Koptik.
—-
Kalau nak tahu lebih banyak tentang bangsa Koptik dan orang Mesir Purba, boleh baca buku KITAB TAMADUN MESIR PURBA. Dapatkan di https://s.shopee.com.my/50KTKCBMEY




No comments yet