Minggu ini saya jangka akan ada banyak jemputan rumah terbuka. Termasuk penulis sekali tak terkecuali. Dalam sakan kita beraya pergi rumah terbuka, jangan kita lupa adab dan tatasusila kita sebagai tetamu ketika beraya. Setiap perbuatan kita perlulah mengikut panduan dan tidak melampaui batas Syarak dalam musim perayaan.
Jadi di sini saya nak “highlight” beberapa adab yang boleh kita manfaatkan bersama baik penulis mahupun pembaca.
- Elakkan Berziarah Pada Waktu Yang kurang sesuai
Waktu yang kurang sesuai seperti selepas Isya’ adalah waktu yang tidak sesuai untuk kita sebagai tetamu pergi beraya. Boleh jadi pada waktu tersebut, tuan rumah sedang sibuk menguruskan hal rumah dan kehadiran kita akan menyebabkan ketidakselesaan kepada tuan rumah.
Dan waktu yang tidak digalakkan lagi adalah sebelum Subuh dan Waktu tengah hari. Waktu ini adalah waktu dimana orang sedang berehat. Tidaklah molek tujuan kita datang ketikamana tuan rumah sedang melepaskan penat pada waktu tersebut.
- Elakkan mencerca makanan tuan rumah atau berseloroh yang menyakitkan hati
Satu perkara yang masyarakat kita tidak sedar iaitu berseloroh dengan bersahaja setiap perkara. Tak semua perkara boleh dijadikan gurauan dan tak semua orang boleh menerima perbuatan kita. Takut takut, pahala berziarah tidak dapat dosa pula yang kita dapat.
Usahalah untuk berkata perkara yang baik di hadapan tuan rumah begitu juga tuan rumah melayani tetamu dengan sebaiknya. Jikalau datang kepada kita hidangan, sekalipun tidaklah kena dengan selera kita.
Sekurangnya, cicipi sedikit sekadar mengambil hati. Jangan kita pula “demand” yang berlebihan kepada tuan rumah kerana kita kena sedar bahawa kita adalah tetamu. Kalau sedap makanan tuan rumah, pujilah dan kalau tidak, usahlah berkata buruk. Cukuplah sekadar mencicipi agar hati tuan rumah tidak terasa.
- Melawat dalam Jangka masa yang sebentar
Usahakan untuk dipersingkatkan waktu melawat kita. Jangan kita memperpanjang waktu lawatan ziarah kita. Takut takut, bukan kita sahaja yang ada keluarga lain turut sama beraya di rumah tersebut.
Itulah indahnya Islam. Setiap perkara disulami dengan adab agar masing masing mendapat rahmat dan redha Allah SWT. Dalam masa yang sama mendapat pahala mengeratkan hubungan silaturrahim dalam bulan Syawwal ini.
Selari dengan Hadis Rasulullah SAW,
Rasulullah bersabda: Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya atau meninggalkan nama sebagai orang yang baik setelah kematiannya, hendaklah dia menyambung silaturahim. – [HR Bukhari 1925].
Oleh : Muqri Nizam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih