Siapa pernah tengok filem Seniman Bujang Lapok? Korang ingat tak watak pemuzik HM Busra dalam filem tu?
Siapa yang ingat dialog HM Busra bila Ajis kacau HM Busra yang tengah main trompet?
“Maznah ke tu?” atau “Siapa tu, Maznah ya?”
Mana satu yang korang fikir betul?
Kalau korang rasa “Maznah ke tu?” yang betul, sah korang terkena Mandela Effect. HM Busra tak sebut pun “Maznah ke tu?” dalam filem tu.
Apa sebenarnya Mandela Effect ni?
Mandela Effect ni sebenarnya merupakan satu fenomena dimana semua orang percaya dan ingat sesuatu yang palsu sebagai benar. Dia macam kita fikir benda tu la yang betul-betul terjadi, sebaliknya semua yang kita ingat tu rupa-rupanya tak terjadi pun.
Mandela Effect ni dapat nama dari fenomena dimana ramai orang ingat bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela dah lama mati di penjara ketika dipenjara sekitar 1980-an. Walhal, Mandela hidup lagi dan meninggal dunia pada 2013.
Contoh-contoh lain Mandela Effect yang ada dalam filem-filem terkenal seperti “Magic mirror, on the wall” dari Snow White and the Seven Dwarfs. Mesti ramai yang fikir dialog tu sebut “Mirror, mirror, on the wall.”
Dalam Star Wars: Episode V—The Empire Strikes Back pun ramai yang salah ingat dialog apabila Luke Skywalker jumpa Darth Vader. Dialog asalnya berbunyi, “No, I am your father.” Tapi ramai yang anggap dialog tu berbunyi, “Luke, I am your father.”
Balik semula ke perihal Maznah ke tu. Sebenarnya dialog ni datang dari filem Hantu Kak Limah Balik Rumah pada tahun 2010. Ianya berada di babak paling diingati semua peminat filem tempatan, babak dimana Usop Wilcha digelek oleh traktor lepas nyanyi lagu Happy Birthday.
Dialog “Maznah ke tu?” ni disebut oleh watak Wan Kaswi yang dilakonkan oleh almarhum Azwan Annuar semasa menjawab telefon sebelum gelek kaki Usop Wilcha sampai kena guna wheelchair.
Dialog sama digunakan semula dalam Hantu Kak Limah 2018, kali ni dituturkan oleh Nayan yang dilakonkan oleh Ropie Cecupak. Bagaimanapun, dialog ni sememangnya tribute khas untuk watak yang dibawakan oleh HM Busra dalam Seniman Bujang Lapok.
Oleh: Azizul Farhan
___
Korang rasa, kenapa manusia ni banyak sangat kerenah dan berperangai pelik-pelik?
Korang kena dapatkan THE HUMAN’S COMPLEX untuk selam logik disebalik minda dan kelakuan manusia dengan lebih terperinci sekarang!
https://shope.ee/qJjRHKzcE
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih