Seperti yang kita sedia maklum, gerhana matahari akan berlansung pada tarikh 8 April 2024 tapi hanya warga Amerika Syarikat dan Kanada je yang nampak fenomena unik ini. (Malaysia tak dapat ya!)
Tapi menurut pemerhatian langit oleh ahli astronomi, sebuah komet akan tiba apabila gerhana ini terjadi. Nama komet ini ialah 12P/Pons-Brooks atau nama umumnya ialah ‘Devil Comet’.
Saiz Devil Comet begitu besar, sama saiz dengan Gunung Everest ialah gunung tertinggi di dunia. Saintis menamakan komet ini dengan nama sedemikian kerana apabila komet ini meledak, kepulan gas luar komet akan berbentuk sepasang tanduk. Di sinilah mereka nampak rupa komet ni macam setan.
Komet ini akan muncul apabila gerhana Matahari di utara Amerika terjadi. Kalau cukup gelap, mereka boleh nampak komet dengan mata kasar tapi kena pakai kaca mata penapis cahaya matahari (solar lens filter) sebab cahaya matahari masih kelihatan walaupun masuk fasa gerhana.
Untuk mencari lokasi Devil Comet, cari dulu kedudukan planet Musytari di atas gerhana. Setelah jumpa planet itu, lihat di bahagian kanan. Komet ini akan melintasi antara planet Musytari dan gerhana matahari. Kalau langit tak cukup gelap, boleh teropong guna binokular.
Adakah komet ini akan menghentam Bumi? Hah, soalan ini ramai yang nak tahu dan percaya kononnya ada komet akan menghentam Bumi. Sebenarnya, komet ini tidak sekali-kali menghentam Bumi kerana orbit Devil Comet ini agak jauh dari Bumi.
Devil Comet biasanya hadir menghampiri Matahari pada setiap 71 tahun. Mungkin sekitar tahun 2095 komet ini akan hadir menerangi langit malam. Kalau kalian ada teleskop atau binokular, boleh la intip komet ini berdekatan dengan Bulan. Kalau tak jumpa malam ni, boleh teropong pada 10 April nanti. Mana tau ada rezeki nampak Devil Comet?




No comments yet