Ketika Perang Salib melanda Timur Tengah pada abad ke-11 hingga ke-13, para tentera Salib dari Eropah bukan saja datang untuk berperang. Tetapi juga menubuhkan kerajaan-kerajaan Kristian di wilayah yang mereka takluk.
Antara yang paling dikenali ialah Kerajaan Jerusalem, namun itu bukanlah satu-satunya kerajaan yang wujud. Ada empat kerajaan utama atau lebih dikenali sebagai “Negara-Negara Salib” yang pernah menjadi benteng kekuasaan tentera Salib di wilayah ini.
1. Kerajaan Jerusalem.
Kerajaan Jerusalem ditubuhkan pada tahun 1099 selepas kejayaan tentera Salib menawan kota suci tersebut dalam Perang Salib Pertama. Ia dianggap sebagai pusat pemerintahan Kristian Latin di Timur Tengah dan merupakan simbol kekuasaan mereka.
Raja Jerusalem sering dilihat sebagai pemimpin tertinggi dalam kalangan Negara-Negara Salib. Namun, kerajaan ini tidak bertahan lama. Mereka sering diserang oleh tentera Islam yang ingin merebut kembali kota suci itu.
Akhirnya, kerajaan ini runtuh selepas serangan Salahuddin al-Ayyubi dalam pertempuran besar pada tahun 1187.
2. Kerajaan Antioch.
Kerajaan Antioch diasaskan setahun sebelum Jerusalem, pada tahun 1098. Antioch ialah sebuah bandar strategik di utara dan menjadi rebutan kerana lokasinya yang penting di persimpangan perdagangan.
Berbanding kerajaan lain, Antioch sering menjadi perisai pertama menghadapi serangan dari wilayah-wilayah Muslim di bahagian utara. Kerajaan ini bertahan lebih lama tetapi tetap tidak mampu melawan tekanan yang semakin kuat dari tentera Muslim.
3. Kerajaan Edessa.
Edessa adalah kerajaan Salib terawal yang ditubuhkan pada tahun 1098. Namun, ia adalah kerajaan yang paling singkat usianya. Edessa jatuh ke tangan tentera Muslim pada tahun 1144. Kejatuhan ini jadi pencetus kepada Perang Salib Kedua.
Kejatuhan Edessa memberi kesan besar kepada moral tentera Salib dan menimbulkan persoalan tentang sejauh mana mereka mampu mempertahankan wilayah yang jauh dari Eropah.
4. Kerajaan Tripoli.
Kerajaan Tripoli pula diasaskan pada tahun 1109. Terletak di kawasan pesisir pantai, Tripoli memainkan peranan penting sebagai pusat perdagangan dan logistik bagi tentera Salib.
Bandar ini menjadi penghubung antara pelabuhan-pelabuhan di Eropah dan negeri-negeri Salib lain. Walaupun kecil, kedudukannya sangat strategik dan menjadi salah satu benteng terakhir sebelum kejatuhan keseluruhan Negara-Negara Salib.
Keempat-empat kerajaan ini menjadi saksi kepada usaha tentera Salib untuk menguasai wilayah yang mereka anggap suci. Pun begitu, semuanya tewas kepada tentera Islam yang berjuang untuk merebut kembali tanah air mereka.
Sejarah ini menunjukkan betapa kompleksnya hubungan politik, agama, dan budaya di rantau tersebut. Ia menjadi pengajaran bagaimana kuasa yang terlalu bergantung kepada penaklukan semata-mata sukar untuk bertahan lama.
Kita semua tahu kerajaan salib ini tak kekal lama.
Kerajaan-kerajaan ini kemudian ditundukkan oleh pemerintahan Islam.
Tapi macam mana orang Islam berjaya tundukkan mereka?
Nak tahu?
Dapatkan buku PLSTN: DARI SUNGAI KE SEGARA di Shopee The Patriots:

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.