Video ASMR adalah video yang menggunakan suara rendah dan bunyi-bunyian seperti gesekan, bunyi benda patah, bunyi menggaru dan bunyi ketukan.
Ia bertujuan untok memberi ketenangan terhadap penontonnya.
Setiap orang yang membuat video ini akan bercakap dengan suara berbisik dan ‘berbual’ dengan penonton dengan nada suara yang sangat rendah.
Selain itu, orang yang melakukan video ASMR ini akan melakukan bunyi-bunyi yang menenangkan seperti mengetuk-ngetuk meja dengan perlahan, mengibas-ngibas kertas, menggosok tangan dengan perlahan dan meniup mulutnya dengan lembut.
Video-video ASMR telah menjadi fenomena di Amerika Syarikat kerana video-video mereka banyak membantu golongan insomnia (susah nak tidur malam) dan meredakan stress.
Hal ini disebabkan video-video ASMR ini dibuat dengan nada yang sangat rendah dan menjadikan setiap pendengar berasa tenang. Suara vlogger yang mengendalikan video itu berkesan untok memperlahankan degupan jantung dan membuat penonton tidur dengan tenang.
ASMR atau namanya Autonomous Sensory Meridian Response merupakan satu teknik untok merangsang telinga dan otak untok menenangkan seluruh organ badan termasuklah jantung.
Menurut laman web ASMR University, pendekatan ASMR ini ditemui sejak tahun 2007, di mana ia bermula daripada perbincangan forum disteadyhealth.com.
Kemudian, pada tahun 2009, sebuah chanel di Youtube telah dicipta iaitu Whisperinglife untok mengeluarkan video-video ASMR. Namun, identiti si pembuat video tidak diketahui, dan tidak ada seorang vlogger utama di dalam video-video mereka.
Jennifer Allen, merupakan salah seorang orang kuat dan orang yang bertanggungjawab mencipta terma Autonomous Sensory Meridian Response. Beliau telah menyebarkan tentang teknik-teknik ASMR melalui forum, ceramah dan membuat group khas untok mengumpulkan peminat-peminat ASMR.
Kemudian tahun 2012, satu laman web khas untok video-video ASMR telah dicipta iaituwhisperhub.co.uk dan ianya laman web ASMR pertama yang dicipta.
Perlahan-lahan, tahun demi tahun, orang ramai mula membuka channel ASMR di Youtube.
GentleWhispering, HeatherFeather, Amaldz merupakan antara vloggers yang membuat video-video ASMR di saat video ASMR semakin pesat dan diterima ramai.
Kini, terlalu banyak video ASMR di Youtube, kerana ia merupakan satu kerja yang amat mudah iaitu berbisik dan buat orang tenang.
Kebanyakannya vlogger ASMR ini adalah wanita. Lebih tepat lagi, wanita yang cantik. Menjadi wanita dan cantik merupakan syarat utama untok berjaya dalam ASMR.
Kalau muka kau macam jenis tongkang pecah, jambang tak sikat, gigi kuning, suara garau, lepas tu buat suara berbisik, tu namanya buat video seram..
Secara peribadi, vlogger ASMR yang paling aku minati adalah Darling. Nama sebenarnya Taylor Darling yang berasal dari Florida, Amerika Syarikat. Wajahnya yang manis, suaranya yang lembut dan pengisian ASMR menjadikan dia antara vlogger ASMR paling diminati orang buat masa ini.
Di Malaysia, ASMR masih asing lagi bagi kebanyakan orang. Ada yang tahu tu, tahulah,tapi ia tak menjadi fenomena.
Malah, tak ramai lagi vlogger Malaysia yang buat video ASMR. Antara vlogger ASMR yang wujud dari Malaysia ialah Clareee, Riolu dan Lychee.
Kemungkinan dalam beberapa bulan lagi, ASMR ini akan menjadi fenomena pula di Malaysia.
Bagi siapa-siapa yang nak cuba hayati pengalaman ASMR, boleh cuba-cuba dengarnya di Youtube sebelum tidur. Lebih sedap kalau mendengarnya menggunakan earphone.
Tapi yelah, bagi Muslim, dengar alunan Quran itulah cara terbaik untok menenangkan hati.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih