Ilmu sains sentiasa membuka jendela ke arah dunia yang lebih mudah. Sebelum ini manusia bergantung kepada dua kaki untuk ke mana-mana sahaja.

Sudah tentunya cara hidup sedemikian ditentukan kudrat dan kesihatan. Kemahiran untuk menjinakkan kuda-kuda liar serta pembangunan kerusi dan kereta tunggangan telah mempercepatkan pergerakan manusia, yang dirancakkan lagi.

Kemajuan sedemikian juga dilihat berlaku dalam dapur. Aktiviti memasak didapati bermula sejauh 2.3 juta tahun dahulu, dengan dapur-dapur kuno ditemui berusia sekurang-kurangnya 790,000 tahun.

Cuma dapur dahulu sangatlah asas:

Dengan pembangunan elektrik dan komputerisasi, sebuah syarikat Jerman telah memperkenalkan Thermomix yang menjadi sebutan di Malaysia.

TM6 mula ditawarkan di pasaran pada tahun 2019, menggantikan TM 5 versi 2014. Sebelum itu Thermomix mempunyai model-model seperti TM31 (2004), TM21 (1996) , TM3300 (1982) dan banyak lagi.

Dibangunkan oleh Vorverk, sebuah syarikat pelbagai guna di Wuppertal, Thermomix telah membawa definisi baharu dalam dunia masakan. Pengeluarnya pun bukanlah hingusan dalam persaingan.

Vorverk sudah berpengalaman dalam dunia pemasaran sejak tahun 1883 lagi, dulu menawarkan pembersih vakum Kobold.

Ini juga bermakna Vorverk mengharungi dua pep3r4ngan besar yang bermain peranan dalam politik Jerman.

Semasa P3r4ng Dunia Kedua kilang utama Vorverk telah teruk dib0m. Pembangunan semula dirancakkan selepas perjanjian damai.

Dan kemaraan Vorverk sudah tidak lagi dihentikan.

Apa Itu Thermomix?

Thermomix dikatakan mahal oleh golongan yang tidak pernah disasar Vorverk.

Kalau tengok fungsi komputerisasinya, Thermomix boleh mengacau, mengadun, memotong, menyagat, mencampur, menggiling dan membuat jus.

Itulah asas yang diterapkan sejak 1961 lagi. Malah perkembangan semasa membolehkan Thermomix mengisar dan memasak, bermula dengan VM 2000 (1971).

Tetapi pada masa itu ia tidak digelar Thermomix lagi.

Nama tersebut ditimang selepas TM3300 dikeluarkan pada tahun 1985.

Sebelum ini menggunakan butang dan pemutar, Thermomix menyesuaikan komputerisasi mereka dengan skrin sentuh.

TM6 yang ditawarkan pada harga RM7,000+ mempunyai pelbagai fungsi:

  1. Memasak nasi – sangatlah dangkal untuk jual produk mahal di Malaysia jika tidak boleh menyediakan ruji. TM6 dikatakan boleh mengawal suhu secara automatik supaya nasi ditanak dengan baik.
  2. Menimbang – TM6 mempunyai fungsi timbangan untuk adunan, masakan dan penyediaan.
  3. Memasak – dengan lebih daripada 20 fungsi, TM6 ibaratkan menjadi tukang masak interaktif untuk pemilik.
  4. Mengkaramelkan – bahan-bahan boleh dipanaskan sehingga 160ºC supaya bawang dan gula boleh dikaramelkan.
  5. Mengewap – model Varoma membenarkan pengewapan yang mengekalkan rasa satu makanan
  6. Pekatan – TM6 secara automatik menguruskan masa dan suhu supaya sos dan krim boleh disediakan mengikut tekstur pekatan dimahukan.
  7. Mengisar – kacang, keju dan sayur boleh dikisar dalam masa sekejap denegan kelajuan pisau yang menghasilkan kualiti konsisten
  8. Panas – pengguna juga boleh memilih suhu antara 37ºC hingga 160ºC.
  9. Campuran – mayonis dan sos hollandaise boleh disediakan menggunakan fungsi ini, yang mengawal minyak dan cecair.

Dengan fungsi sebegini, serta kepelbagaiannya, tidak peliklah Thermomix berharga mahal. Bagi penggunanya, mungkin Thermomix mempunyai harga yang berbaloi beli.

B4haya Thermomix?

Thermomix TM5 ditarafkan empat daripada lima bintang. Tetapi terlalu banyak cerita dijaja secara atas talian bahawa Thermomix boleh saja meletvp dan melecvrkan pengguna (Kollmorgen, 2016).

Seorang ibu di Perth pula terpaksa digegaskan ke hospital selepas Thermomix TM31 miliknya terbuka dan memancutkan cecair mendidih.

Tetapi itu ialah model lama, tidak sama sekali yang TM6. Cuma ini menimbulkan pelbagai tanda tanya tentang keselamatan Thermomix, yang berkomputerisasi dan sekaligus boleh gagal berdasarkan penggunaan.

RUJUKAN:

Kollmorgen, A. (2016, March 4). Claims Thermomix exploding mixing bowl still a safety risk. Choice. Retrieved from https://web.archive.org/web/20160308170906/https://www.choice.com.au/home-and-living/kitchen/all-in-one-kitchen-machines/articles/thermomix-faulty-sealing-ring-safety-risk

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.