Hukum Kanun Melaka tiba-tiba tular semula disebabkan satu lagu yang dibuat oleh seorang cikgu sekolah disadur dengan lagu Goyang Dumang.

 

Bila pertama kali dengar lagu ni, ia sememangnya memudahkan pelajar sekolah untuk menghafal.

 

Alang-alang tu, jom kita tengok apa yang menarik dengan Hukum Kanun Melaka?

 

Hukum Kanun Melaka ni ada lebih 50 naskah salinan yang tersebar di merata tempat di dunia hingga sejauh Vatican City.

 

Menurut Liaw Yock Fang, naskah Hukum Kanun Melaka yang terbaik merupakan naskah salinan yang dijumpai di Vatican City.

 

Hukum Kanun Melaka jadi rujukan utama untuk undang-undang di Alam Melayu seperti undang-undang Pattani, Aceh, Brunei, Serat Surya Alam (Undang-undang Kesultanan Demak), Pepakem Cirebon (Undang-undang Kesultanan Cirebon) dan lain-lain.

 

Hukum Kanun Melaka ni pun jadi asas kepada Hukum Kanun Pahang dan undang-undang awal yang dilaksanakan di Johor dan Perak iaitu Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor dan Undang-undang 99 Perak.

 

Apa sebenarnya yang ditulis dalam Hukum Kanun Melaka?

 

Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal. Hukum Kanun Melaka terdiri daripada semua komponen undang-undang Jenayah Islam iaitu Hudud, Qisas dan Takzir.

 

Komponen-komponen Hudud wujud dalam Hukum Kanun Melaka ialah seperti sariqah, riddah, zina, qazaf, syarbul khamr, hirabah dan bughah.

 

Hukum Kanun Melaka ni bukan hanya ada peruntukan hukuman, malah ia turut ditulis prosedur-prosedur kehakiman dan keadilan.

 

Apa yang menjadikan Hukum Kanun Melaka segah namanya ialah Undang-undang Muamalat dan percukaian dalam Hukum Kanun Melaka yang jadi bukti keunggulan Melaka dalam perdagangan.

 

Undang-undang berkaitan pentadbiran seperti hukum tanah perhumaan (tanah untuk menanam padi huma) dan hukum membunuh empat martabat (special enforcement) jadi bukti Kesultanan Melaka memiliki sistem pentadbiran yang unggul.

 

Itulah sebabnya Hukum Kanun Melaka menjadi sumber primer membuktikan ketamadunan Kesultanan Melayu Melaka serta menjadi antara sistem perundangan yang berasaskan Islam terawal di Alam Melayu setelah Samudera-Pasai.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Nak tahu apa yang menarik dengan Kesultanan Melayu Melaka? Macam mana Melaka boleh jadi Venice of the East?

 

Jawapannya ada dalam TASJIL ANIS SALATIN: RAHSIA AGUNG MELAKA. Dapatkan segera!

https://shope.ee/4KuYd177hR


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply