Acta Diurna (bermaksud ‘Aktiviti Seharian’ dalam Bahasa Latin) merupakan notis atau akhbar harian yang ditampal di tempat-tempat awam di kota Rome purba. Dicatatkan, Acta Diurna diasaskan oleh Julius Caesar sewaktu era Republik Rom, yakni sekitar kurun pertama Sebelum Masehi.

Namun, ada juga sejarahwan yang berpandangan ia muncul buat pertama kali sejak 131 SM. Pada masa itu, kandungan berita Acta Diurna masih lagi diukir pada batu.

Memandangkan pembaca sasarannya adalah masyarakat umum, maka ia ditempatkan di kawasan khalayak seperti forum, pasar, atau rumah mandi. Mulanya, kandungan yang dimuatkan di dalam Acta Diurna meliputi berita-berita penting seperti keputusan mahkamah atau penggubalan undang-undang baharu.

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Seiring peredaran waktu, rangkuman topiknya semakin meluas dan meliputi perkara-perkara seperti berita kemenangan pasukan ten.te.ra, berita sukan, harga bijirin, dan juga berita tentang kelahiran, kema.tia.n atau perkahwinan orang-orang penting.

Adakalanya, ia turut memuatkan berita gosip sebagai bahan untuk membawang. Kebiasaannya, topik yang menjadi buah mulut adalah berkenaan kisah perjalanan orang-orang tersohor di kota Rome yang singgah ke kota-kota lain.

Memasuki kurun pertama Sebelum Masehi, akhbar Acta Diurna tidak lagi diukir pada batu. Kandungannya mula ditulis tangan pada helaian kertas atau lembaran papirus. Lokasi penyiarannya masih sama dan setelah berlalu beberapa hari, ia akan diturunkan dan disimpan di dalam arkib. Cuma, sifat papirus yang tidak tahan lama membuatkannya hilang dimamah zaman dan tidak dapat diwarisi untuk tatapan generasi hari ini.

Kewujudan Acta Diurna sememangnya diketahui secara meluas pada zamannya. Orang-orang kaya dan gabenor-gabenor wilayah yang menetap di luar kota Rom selalunya mengutus jurutulis peribadi ke kota tersebut untuk mendapatkan edisi terkini Acta Diurna. Kandungannya disalin lalu disebarkan ke tempat masing-masing.

Dengan cara sedemikian, masyarakat Rome secara keseluruhannya menerima makluman perihal isu-isu semasa yang berlaku di ibu kota empayar. Oleh kerana itu jugalah, Acta Diurna dianggap sebagai pencetus kepada konsep akhbar harian seperti yang kita kenali kini.

Pada zamannya, Acta Diurna turut dijadikan sebagai sumber rujukan buat penulis-penulis silam. Suetonius yang mengarang The Lives of the Twelve Caesars misalnya, banyak bersandar pada Acta Diurna bagi mendapatkan maklumat berkaitan tarikh dan tempat berlakunya kelahiran, kematian, dan peristiwa-peristiwa penting lain. Begitu juga dengan Pliny the Elder yang mengarang Natural History. Anekdot-anekdot yang tercantum di dalam karyanya antara lain bersumber daripada rencana keluaran Acta Diurna.

Bagaimanapun, ada juga penulis yang tidak bersandar pada akhbar tersebut ketika menulis laporan sejarah penting. Tacitus si pengarang The Annals dan The Histories sebagai contoh, hanya menggunakan Acta Diurna sebagai rujukan bagi menulis hal-hal trivia.

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Dicatatkan, pengeluaran akhbar Acta Diurna berlanjutan sehingga tahun 330 Masehi. Perkhidmatannya berakhir secara efektif selepas Maharaja Constantine memindahkan pusat pemerintahan empayar dari kota Rome ke kota Konstantinopel pada tahun tersebut.

TERJEMAHAN
Wu Mingren. (23 Disember 2017). Acta Diurna: The Telegraph of Ancient Rome, Bringing You All the Latest Gladiator Combat News. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.