Sahabat nabi merupakan pewaris nabi yang terulung bagi mewarisi sunnah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW hingga ke hari ini. Bagi menjaga warisan ilmu yang diamanahkan oleh sahabat untuk ummat pada hari ini, merekalah yang akan menjaga sunnah dan hadith nabi dari segi sanad dan matan melalui hafalan dan penulisan, kemudiannya disampaikan kepada generasi Tabi’in, Tabi’ Tabi’in sehingga ulama kontemporari pada hari ini. Di dalam kalangan sahabat nabi, terdapat di antara kalangan mereka yang merupakan sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis, iaitu Abu Hurairah RA.
Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Sakhr Al-Dusi ( wafat 59H/678M ), Seorang sahabi yang muhaddith dan faqih dalam ilmu agama. Nama sebelum beliau Islam ialah Abdul Syams bin Sakhr.
Beliau memeluk Islam pada tahun 7 hijrah dan bermulazamah dengan Baginda SAW dengan menghafal hadith daripadanya sehinggalah menjadi sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith. Beliau digelar Abu Hurairah kerana pada suatu hari beliau melihat seekor anak kucing yang liar, lalu diambilnya dan diletakkan di lengan bajunya. Maka, ketika itu belliau mendapat gelaran itu kerana peristiwa demikian.
Selepas beliau memeluk Islam, Abu Hurairah membawa dirinya tinggal bersama-sama dengan orang-orang miskin di Suffah, yang bersumberkan catatan Abu al-Fida’ dalam buku sejarahnya, al-Mukhtasar terdiri dari orang-orang faqir yang tidak mempunyai kediaman dan perlindungan, dan tidur di serambi masjid Nabi (s.‘a.w).
Oleh kerana mereka menghabiskan masa di serambi masjid , dan akhirnya mereka dikenali sebagai Ahl al-Suffah (penghuni serambi masjid). Ketika berada di masjid Nabi, beliau memanfaatkan masa dengan menghafaz hadith-hadith nabi,bermulazamah dengan nabi dan bertanya kepada baginda soalan yang tidak pernah ditanya oleh orang lain.
Dalam perjalanannya meriwayatkan hadith, beliau telah meriwayatkannya sekitar 5374 hadith menurut Imam al-Dzahabi, yang mana diantara hadith-hadith yang diriwayatkannya disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim, manakala Imam Bukhari meriwatkan 93 hadith secara berseorangan, begitu juga dengan Imam Muslim yang sekitar 98 hadith secara berseorangan. Antara yang meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah ialah seperti Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah dan sebagainya.
Beliau wafat pada tahun 59 hijrah pada usia 78 tahun di Lembah ‘Abiq dan disolatkan di Madinah yang dipimpin oleh al-Walid bin Utbah bin Abi Sufyan yang merupakan gabenor Madinah serta kemudiannya dikebumikan di perkuburan Baqi’. Jenazahnya diusung oleh anak-anak Uthman bin ‘Affan ( khalifah ketiga ) menuju ke perkuburan itu.
RUJUKAN
Al-Asqalani. 2017. Al-Isabah Fi Tamyiz al-Sahabah. Beirut. Dar al-Kutub al-Ilmiah
al-Dzahabi. 2016. Siyar A’lam al-Nubala’. Beirut. Muassasah al-Risalah
al-Mizzi. 2016. Tahzib al-Kamal Fi Asma’ Al-Rijal. Beirut. Muassasah al-Risalah
Artikel dikirimkan oleh Irfan Hadi untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih