Fitnah kepimpinan mulai berleluasa ketika era Khalifah Uthman Ibn Affan RAH. Hal ini disebabkan beberapa faktor dan salah satunya adalah kelembutan Khalifah Uthman dalam berhadapan dengan pemberontakan.
Sifat kelembutan Khalifah Uthman ini digunakan sebagai kesempatan oleh para pemberontak pada ketika itu untuk menggulingkan kerajaan Khalifah.
Abdullah Bin Saba’ merupakan dalang utama yang menimbulkan beberapa fitnah kepada Khalifah Uthman Ibn Affan.
Tetapi, modal fitnahnya masih tidak dapat menarik minat marga khususnya di kawasan bandar utama Islam seperti Madinah, Makkah dan Taif.
Abdullah Ibn Saba’ ini kemudiannya beralih sasaran dakyahnya kepada orang orang “kampung” (Badwi).
Baginya, Orang Bandar ini faham akan maksudnya iaitu untuk menjatuhkan Khalifah tetapi bagi orang Badwi yang tidak menahu tentang isu di Bandar mulai panas dengan isu isu yang dibangkitkan oleh Abdullah Ibn Saba’ berkaitan kepimpinan Khalifah Uthman.
Akhirnya, tindakan ini berjaya menarik perhatian sebilangan besar masyarakat di Mesir, Iraq dan Kota Kota Islam lainnya.
Khalifah Uthman sedaya upaya untuk meredakan kemarahan puak pemberontak ini. Namun, apakan daya akhirnya puak pemberontak ini telah mengepung rumah Khalifah Uthman RAH.
Malah, Khalifah Uthman RAH sendiri terbunuh dalam peristiwa pengepungan tersebut ketika sedang membaca Al-Quran.
Inilah dia Abdullah Ibn Saba’ dan akhirnya Empayar Islam jatuh ke dalam kancah politik yang parah sehingga mengakibatkan persengketaan antara Muslim.
Oleh : Muqri Nizam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih