1. Higgs Boson

Dikenali sebagai zarah Tuhan (infamously). dihipotesiskan wujud pada sekitar tahun 1960-an. Ditemui pada tahun 2012 dan menerima Hadiah Nobel pada tahun 2013. Zarah ini telah hampir melengkapi Model Piawaian (Standard Model) yang telah menjadi model blok ciptaan (building block model) alam ini. Sekiranya saintis menjumpai pembawa daya graviti, kita akan melengkapkan model tersebut dan menemui Theory of Everything.

2. Sintetik Hidupan

Kajian sintetik hidupan bermula dengan objektif untuk mengkaji asal-usul hidupan serta sifat-sifatnya.

Saintis telah dapat mencipta hidupan buatan (mikroorganism) pada tahun 2010. Dengan kata lain, saintis telah mencipta kehidupan bernyawa buatan daripada komponen hidup dan tak hidup. Mungkin pada suatu hari nanti, saintis mampu mencipta haiwan atau manusia buatan yang bernyawa seperti dalam fiksyen.

3. CRISPR

CRISPR ialah teknologi untuk mengubah gen dan DNA yang bertujuan untuk menjadikan kita kebal daripada sebarang penyakit. Juga menjadikan kita dapat beradaptasi dengan pelbagai persekitaran. Pada tahun 2018, pengubahan DNA telah dilakukan ke atas pasangan bayi kembar, dan hal itu menimbulkan kontroversi berkenaan etika.

Penggunaan CRISPR secara meluas di masa depan mungkin akan melahirkan manusia mutan seperti X-men dan seperti apa yang dijangka oleh Harari dalam Homo Deus (Manusia Dewa).

4. Gelombang kegravitian

Gelombang ini ditemui pada tahun 2016, seterusnya membuktikan bahawa teori kenisbian (relativity) umum Einstein adalah benar. Ruang-masa merupakan satu fabrik entiti dan jisim jasad mempengaruhinya. Penemuan ini menerima Hadiah Nobel pada tahun 2017. Salah seorang penerimanya, Kip Thorne telah menjadi konsultan dalam filem ikonik Christopher Nolan, Interstellar.

Sekiranya berlaku getaran ruang masa yang kuat di sekeliling kita, tubuh badan kita akan “distort” dan jadi seperti maggie.

5. Imej lohong hitam

Buat pertama kalinya kita dapat mencerap lohong hitam, seterusnya membuktikan kewujudan lohong hitam pertama dunia.

6. AlphaZero

AlphaGo telah menjadi puncak (pinnacle) terkini kepintaran (intelligence) A.I. apabila telah menewaskan Lee Sedol (kedudukan no.2 antarabangsa dalam permainan Go) pada tahun 2016.

Penerusnya, Alpha Zero telah menjadi A.I. terbaik kerana mampu menguasai permainan dan menjadi pemain catur dan Go terbaik dunia dengan belajar sendiri dalam tempoh yang singkat. Alpha Zero mengetahui apa yang tidak diketahui oleh manusia. A.I. ini belajar sendiri tanpa disumbat data-data permainan sebelum ini.

7. Komputer kuantum

Google dan IBM telah mencipta komputer kuantum pada tahun 2019 yang mampu melakukan tugasan yang beribu kali lebih pantas berbanding mana-mana superkomputer di muka Bumi.

Pembangunan komputer kuantum akan mempercepatkan lagi penyelidikan manusia seterusnya melajukan lagi pembagunan teknologi.

8. Memanipulasi Ingatan

Saintis telah dapat memanipulasi ingatan tikus dengan membuang atau menambah apa-apa bentuk memori yang tidak pernah dialaminya. Hal ini telah menghangatkan kajian untuk memanipulasi ingatan manusia, bertujuan untuk membantu mereka yang mengalami trauma dan PTSD.

9. Proxima Centauri

Lebih 10 tahun yang lalu, kita telah menemui 400+ planet di luar sistem suria. Kini, kita telah menemui sekitar 4000+ planet. Paling signifikan ialah Proxima Centauri B yang berada di kedudukan untuk berhabitata dan berada hanya 4.2 tahun cahaya dari Bumi. Penemuan eksoplanet (planet di luar sistem suria) telah mendapat Hadiah Nobel pada tahun 2019.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.