1. The Great Purge, 1934-1940

Stalin sangat paranoid untuk memegang pemerintahan kuku besi. Untuk menundukkan mana-mana pangkalan kuasa atau pakatan yang mungkin akan menentangnya, Stalin berusaha keras membunuh, memenjarakan dan menembak ramai pegawai di bawah pelbagai peringkat, terutamanya pegawai-pegawai dari peringkat atasan. Akibatnya, pelucutan kepimpinan ketenteraan mengakibatkan Soviet kalah apabila mereka cuba menyerang Finland dan ketika Jerman menyerang Kesatuan Soviet.

  1. Pembersihan Golongan Cerdik Pandai, 1920-1940

Khadija Gayibova, seorang pemain piano dihukum bunuh pada tahun 1938. Dia merupakan salah seorang daripada sekurang-kurangnya 2000 orang cerdik pandai Kesatuan Soviet yang dipenjarakan di mana lebih kurang 1500 daripadanya dihukum mati. Penulis, penyair, ahli falsafah dan penulis skrip drama dipenjarakan kerana dianggap menyebarkan propaganda. Ahli astronomi dipenjarakan kerana mengkaji matahari, dan pakar cuaca dipenjarakan kerana gagal membuat ramalan cuaca yang tepat. Para saintis dan jurutera yang gagal menyelesaikan suatu tugasan mengikut jadual juga akan dihapuskan, terutama semasa peperangan.

  1. Isterinya mati bunuh diri/dibunuh, 1932

Stalin merupakan bapa dan suami yang teruk. Salah seorang anaknya cuba menembak dirinya sendiri tetapi hidup, menyebabkan Stalin merungut dan berkata, ‘nak menembak pun tak pandai,’. Apabila anak lelakinya ditangkap oleh Jerman, Stalin menolak untuk menukarkan nyawa anaknya dengan Jeneral German yang dipenjarakan olehnya menyebabkan anaknya mati dibunuh. Pada majlis makan malam pada tahun 1932, Stalin dan isterinya bertengkar. Stalin dilihat menjentik rokoknya pada isterinya dan kemudian pada malam itu, sama ada isterinya mati bunuh diri ataupun mati dibunuh Stalin.

  1. Perhubungan Sendiri dengan China, 1940-1953

Stalin pada awalnya mengkhianati rakan-rakan komunisnya di China dengan menyokong Chiang Kai Shek berbanding Mao Tse Tung dan Komunis kerana dia percaya bahawa Chiang mempunyai peluang yang lebih baik untuk menjaga Jepun daripada menyerang Siberia. Dan dia tidak menghiraukan pembunuhan besar-besaran komunis oleh Chiang. Stalin mengkhianati Komunis China lagi dengan menyokong umat Islam Turki dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan. Menjelang tahun 1950, Stalin menjadi sahabat baik dengan China dan kini mempunyai sekutu utama dalam Perang Dingin. Dengan cara yang sama, Stalin pada awalnya menyokong penubuhan Israel tetapi kemudian menarik semula sokongannya. Di sisi lainnya, Stalin merupakan salah seorang yang anti Yahudi dan Arab.

  1. Dasar Bumi Hangus, 1941-1943

Sememangnya tidak peduli dengan populasi penduduknya sendiri, Stalin memerintahkan segala yang berada di jalan yang membawa kelebihan kepada Jerman dibakar, menghapuskan semua makanan dan keperluan asas untuk digunakan oleh mereka. Dasar ini menyukarkan para petani yang kehilangan segalanya dan menyebabkan masalah kebuluran.

  1. Tembak dan Memenjarakan Tentera, 1941-1945

Sama seperti Hitler yang membunuh orang-orangnya sendiri atas sebab kekalahan. Stalin memerintahkan untuk menembak pasukan tentera yang berundur tanpa arahan dan mengabaikan tugasan. Pada masa ini, lebih daripada 400,000 tentera telah dihantar ke ‘batalion penal’ di mana di situ hampir pasti mereka akan mati dibunuh.

  1. Pembunuhan Besar-besaran Katyn, 1940

Pada tahun 1940, Stalin mengeluarkan arahan peribadi untuk membunuh 25,000 pegawai tentera terbaik Poland. Apabila Soviet mengambil alih Poland pada tahun 1944, Soviet mendakwa dan berpura-pura bahawa Nazi yang telah melaksanakan kekejaman itu. Akhirnya pada tahun 1990, Soviet mengaku bersalah atas pertuduhan yang dilakukan.

  1. Penapisan dan Propaganda, 1924-1953

Sepanjang tempoh pemerintahan Stalin, tiada kebebasan media atau kebebasan yang boleh dinikmati di Kesatuan Soviet atau di mana-mana negara yang dikuasai olehnya. Orang ramai dihujani dengan propaganda kerajaan dan menafikan akses kepada maklumat atau pengaruh budaya dari negara lain (barat). Sama seperti Hitler dan Nazi, Stalin dan Soviet memenjarakan dan membunuh sesiapa saja yang bercakap bercanggah dengan pendapatnya.

  1. Kebuluran di Ukraine, 1932-1933

Hitler terkenal kerana membunuh seramai 6 juta orang Yahudi dan 5 juta lagi manusia lain. tetapi di Holodomor, kebuluran disengajakan oleh Stalin sehingga membunuh 7.5 juta rakyat Ukrain. Walaupun Ukrain mempunyai lading-ladang yang paling produktif, tetapi makanan yang dihasilkan telah dialihkan untuk penduduk di daerah negara lain dan Ukrain dibiarkan kelaparan. Skala kelaparan yang mengerikan ini menyebabkan ramai yang memakan mayat, dan 2500 disabitkan dengan kanibalisme. Soviet menyebarkan propaganda bahawa kebuluran itu berlaku secara semulajadi dan tidak dirancang, dan menafikan mereka terlibat dalam kejadian yang berlaku.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang guru yang mengajar Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Jasmani. Gemar melakukan aktiviti memanah di masa lapang. Minat terhadap bidang penulisan sehingga berjaya menerbitkan beberapa buah novel thriller bersama Karangkraf. Menjalankan khidmat bekam pada masa lapang. Bercita-cita untuk menjadi guru silat.

Comments are closed.