1. Baginda adalah anakanda ke 4 Almarhum Sultan Ahmad Shah. 3 anakanda pertama Almarhum adalah puteri.

2. Baginda pernah dihukum rotan tangan oleh guru atas kesalahan merokok. Baginda tidak merokok, tetapi tertangkap kerana duduk bersama-sama pelajar lain yang merokok.

Baginda menerima sahaja hukuman tersebut kerana tidak mahu memanjangkan kes. Almarhum Sultan Ahmad tidak pernah diadukan berkenaan peristiwa tersebut sehingga ke akhir hayat baginda.

3. Baginda mula bercinta dengan Permaisuri Agong, Tengku Azizah Aminah ketika masing-masing berusia 13 dan 12 tahun. Perkenalan baginda berdua bermula di padang polo

4. Baginda mempunyai sehelai baju t-shirt “I don’t Google, I ask my wife”

5. Baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota pada usia 16 tahun. Kemudiannya baginda dihantar ke Aldenham School, Hertfordshire UK untuk melanjutkan pelajaran. Percintaan baginda dan Tengku Azizah diteruskan melalui surat kerana panggilan telefon sangat mahal.

6. Baginda adalah adik ipar kepada Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Ismail. Tengku Azizah Aminah adalah adinda kandung Sultan Ibrahim.

7. Baginda berkahwin dengan Tengku Azizah pada 1986. Tidak mempunyai anak sehingga tahun 1990 tetapi puteranya Tengku Ahmad Iskandar mangkat ketika dilahirkan. Anakanda kedua baginda berdua, Tengku Hassanal dilahirkan pada tahun 1995 dan kini adalah Tengku Mahkota Pahang

Daulat Tuanku. Semoga Allah memberi kekuatan dan kebijaksanaan bagi memimpin negara.
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Kejuruteraan Elektrik Kuasa daripada Universiti Tenaga Nasional. Berpengalaman hampir 10 tahun di alam pekerjaan termasuk dalam bidang pengurusan kontrak, pentadbiran korporat dan pengurusan jabatan. Beriltizam melihat perpaduan negara melalui amalan politik yang sihat dan sejahtera. Melihat fitnah dan adu domba sebagai ancaman sebenar negara yang perlu dilawan semua.

Comments are closed.