Korang yang layan adaptasi series One Piece kat Netflix mesti terhibur dengan aksi tempur dan adegan lawak. Tapi, bagi peminat yang dah bertahun-tahun layan anime ni tentu tahu One Piece juga memuatkan banyak episod dark yang menggugah perasaan.
1. Sanji salah seorang kru kapal yang optimistik. Namun, di sebalik wajah yang tampan, tersimpan trauma zaman kanak-kanak yang menakutkan. Walaupun lahir dalam keluarga Vinsmoke yang kaya dan berpengaruh, dia dipandang tidak berguna oleh bapa sendiri bila dibandingkan dengan abangnya. Sanji kerap kena dera dengan keluarga sendiri sampai dikurung di penjara bawah tanah.
2. Ohara ialah sebuah pulau kecil yang cantik dan mempunyai penduduk yang tidak ramai. Episod yang menunjukkan pulau Ohara hancur binasa dan Ohara Archeologists kena bunuh dengan World Government adalah detik yang sangat menyedihkan. Kemusnahan ini mengakibatkan semua sarjana dan ilmu pengetahuan yang terkumpul di sana lenyap buat selama-lamanya.
3. Brook ialah watak kelakar yang suka menceriakan suasana. Di sebalik personaliti ceria ini, dia sebenarnya pernah terbuang seorang diri di lautan selama 50 tahun. Satu masa dahulu, Brook terpaksa menyaksikan kawan sekapalnya mati perlahan-lahan. Oleh kerana dia pernah makan Devil Fruit, dia boleh hidup semula lepas mati. Sebab dia ambil masa setahun untuk cari balik jasadnya, tu yang tinggal tengkorak. Brook sempat jadi gila sebab lama sangat kesepian.
4. Ada seorang Tenryuubito bernama Donquixote Homing yang nak jadi orang biasa. Tapi, dia telah dikhianati oleh saudara sendiri. Tragedi itu menyebabkan keluarga Donquixote terpaksa menyembunyikan diri dan hidup dalam pelarian. Akhirnya, mereka hidup dalam kemiskinan dan dicaci maki oleh orang ramai. Mereka anak beranak kena seksa dengan kejam. Isterinya mati sakit. Anaknya, Doflamingo kerana kemarahan telah membunuh Donquixote Homing sebab menjemput nasib malang kepada keluarga.
5. Charlotte Linlin salah seorang villain dalam anime ni. Dia ada satu kelemahan, kalau dia terlalu lapar, maka dia akan makan apa sahaja yang berada di hadapannya. Sampai pernah satu ketika, dia makan penjaga dan kanak-kanak lain. Tu dia, jadi cannibal.
6. Toko makan SMILE yang buat dia tidak boleh menunjukkan emosi negatif. Muka dia sentiasa tersenyum. Ketika ayahnya, Yasuie mengorbankan diri untuk menyelamatkan para pemberontak, Toko terpaksa menyaksikan kematian ayahnya sendiri. Tragiknya, Toko tak dapat menunjukkan kesedihan dirinya sebab kesan dari SMILE tadi.
7. Law terpaksa menyelamatkan diri daripada kampung Flevance. Wabak Amber Lead Syndrome yang menjangkiti penduduk kampung telah mengorbankan ribuan nyawa. Dia terpaksa berpura-pura mati dengan berbaring di samping mayat lain.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Kisah pengembaraan One Piece memang mendebarkan dan banyak kejutan. Kalau korang suka genre ni, mesti korang suka jugak Hikayat Adiwangsa: Gapura Matra. Klik https://bit.ly/Adiwangsa2
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih