Sedikit pengenalan jika anda belum mengenali George Orwell, secara ringkasnya beliau adalah seorang novelis, penulis esei dan pengkritik. Beliau banyak menghasilkan karya-karya hebat seperti Animal Farm dan 1984. Novel-novel ini masih lagi mendapat sambutan hingga ke hari ini walaupun sudah lebih 70 tahun lalu diterbitkan.
Tambahan lagi, George Orwell juga diangkat sebagai salah seorang penulis terbaik dalam dunia literasi Inggeris berikutan bakat serta kepakaran beliau dalam dunia penulisan. Persoalannya? Bagaimanakah Orwell mampu menulis sehingga berjaya menghasilkan karya-karya hebat sehingga dinobat sebagai di antara yang terbaik dalam dunia penulisan?
Jawapannya ada tertulis di dalam salah sebuah esei karangannya, Politics and the English Language Summary. Di dalam esei ini, George ada kongsikan enam tips mudah untuk menghasilkan tulisan yang berkesan:
1. Jangan guna ungkapan yang sudah biasa kita jumpa dalam bahan cetak.
Maksudnya di sini kalau boleh, cuba hasilkan ayat sendiri yang memang jarang-jarang orang baca, cuba keluarkan idea-idea yang segar. Biar jadi penulis yang sentiasa ada keativiti dan berinovatif. Biar jadi lain daripada yang lain. Sekurang-kurangnya anda ada keunikan tersendiri yang tidak ada pada penulis lain. Bahasa mudah, jauhilah ungkapan “cliché”.
2. Jangan tulis panjang-panjang jika boleh tulis pendek.
Tiada guna tulis panjang-panjang kalau pembaca merasa bosan dan susah nak hadam tulisan anda. Maka, Selagi boleh tulis pendek, tulislah pendek. Utamakan kualiti berbanding kuantiti.
3. Selagi boleh potong ayat, potong.
Ringkaskan ayat seberapa boleh, tidak mengapa jika ayat itu pendek asalkan apa yang hendak disampaikan itu jelas dan mudah dihadam pembaca.
4. Jangan tulis ayat pasif kalau boleh tulis aktif.
Penggunaan ayat aktif merupakan kunci asas yang diperlukan jika mahu tulisan anda kelihatan lebih menarik. Namun tiada salahnya sekiranya anda mahu menggunakan ayat pasif, selagi tulisan anda menarik dan mudah untuk dibaca, teruskan.
5. Jangan guna jargon jika ada perkataan seerti yang lebih mudah difahami.
Kalau boleh ketika menulis itu, gunakan perkataan sehari-hari yang sudah biasa kita dengar atau baca. Kalau guna jargon semata-mata dengan niat untuk menunjuk-nunjuk kepandaian dan mahu kelihatan hebat, disarankan supaya elakkan.
Kerana penggunaan jargon boleh mengelirukan ramai pembaca sekaligus membuatkan mereka tidak berminat untuk membaca hasil tulisan anda. Tetapi, misalnya anda menulis rencana berkaitan sains yang sudah tentu memerlukan penggunaan terma-terma saintifik/jargon. Maka tiada masalah untuk letak jargon di situ. Ikutlah kesesuaian.
6. Tak perlu ikut tips (1-5) jika tulisan yang dihasilkan dibaca aneh.
Maksudnya, katakanlah jika anda berjaya menghasilkan sebuah esei berpandukan tips(1-5), namun sewaktu membaca dan menyemak kembali esei tersebut, anda dapati bahawa esei tersebut tidak enak dibaca kerana terlalu ringkas, lalu anda boleh sahaja menyunting kembali esei tersebut mengikut cita rasa sendiri. Selain itu,
Jika anda merasakan tips ini tidak berguna dan menyusahkan anda ketika hendak menulis, maka tidak perlulah amalkannya. Disini George Orwell menegaskan bahawa beliau tidak memaksa sesiapa untuk menerima dan mengamalkan tips yang dikongsinya ini.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Penghargaan selayaknya diberikan kepada George Orwell di atas tips-tips berharga ini. Beliau sudah memberi, selebihnya terpulang kepada kita sama ada ingin menerimanya atau tidak. Diharapkan agar perkongsian ringkas ini dapat membantu para penulis pemula untuk menghasilkan tulisan yang lebih berkualiti.
Saya sendiri juga merupakan seorang penulis pemula dan ternyata tips-tips ini amat membantu saya dalam menghasilkan tulisan yang lebih menarik dan berkesan. Akhir sekali, Semoga anda menjadi penulis yang sentiasa menyebarkan kebaikan kepada masyarakat seterusnya mampu membawa kemajuan dan perubahan kepada negara.
Selamat berkarya!
Artikel dikirimkan oleh Fakhry Harraz untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih