Raja Farouk tidak bertahan lama di Mesir. Empat tahun selepas tewas pada tangan Israel, baginda digulingkan serang jeneral bernama Mohammed Naguib yang kemudian jatuh kerana pengaruh orang keduanya, Gamal Abdel Nasser.
Politik tempatan sememangnya sesuai untuk pemimpin seperti Nasser. Beliau pandai menunggang arus: tahun 1954, seorang ahli Ikhwanul Muslimin cuba membµnµh beliau.
Lapan temb.akan dilepaskan, semua tersasar; Nasser tidak langsung bergerak daripada pentas, siap menyatakan di hadapan orang ramai: “wahai rakyat Mesir, aku sanggup ma.ti demi mar.uah dan kebebasan kamu semua. Jika Gamal Abdel Nasser tµm.bang, setiap seorang kamu akan menjadi Gamal Abdel Nasser baru.”
Ucapan tersebut mendapat tepukan gemuruh, dan Ikhwanul Muslimin dibawa ke neraka dunia sejak hari itu (Aburish, 2004).
Pada masa itu, Nasser hanyalah seorang “pemimpin disegani”. Dua tahun kemudian, beliau menjadi “dewa politik agung” dalam kalangan bangsa Arab.
Kerana beliau menewaskan Israel dalam masa sembilan hari. Krisis Suez berlaku kerana United Kingdom, Perancis dan Israel tidak berpuas hati dengan tindakan Nasser dalam hal Terusan Suez.
Namun White House pula berang melihat pakatan Eropah-Israel membuat kacau di Mesir. Kemelut ini tamat dengan Mesir kehilangan Semenanjung Sinai.
Pada masa ini, David Ben-Gurion sudah bukan lagi pemimpin Israel. Beliau keluar daripada parti Mapai untuk menubuhkan Rafi yang tewas dalam pilihan raya 1965. Pihak yang menang ialah Levi Eshkol, yang mengetuai Israel hingga 1969.
Dibawah kepimpinan Ashkol, Israel telah menimpa sebuah musibah kepada Arab yang jauh lebih besar berbanding apa dialami Palestin.
Penyatuan Yang Membina.sakan
Levi Eshkol telah menyer.ang sebuah kampung Palestin pada 13 November 1966. Kampung ini terletak di Tebing Barat, yang dipegang Jordan.
Ketika ini Raja Abdullah sudah lama mang.kat, dibµnµh seorang warga Palestin suatu Jumaat di Masjid al-Aqsa (Cohen, 2013). Raja Jordan pada masa itu ialah Hussein, yang berada di samping Abdullah pada hari kejadian (dan selamat pun kerana perhiasan besi pada dada). Hussein amat murka apabila kampung Palestin dise.rang Israel dan mengutuk Nasser kerana tidak membantu Jordan (Shemesh, 2007).
Mesir pula telah menandatangani perjanjian pertahanan dengan Syria. Dan pada Mei 1967, Nasser menerima laporan ralat daripada Kesatuan Soviet yang Israel akan menyer.ang Syria (Gelvin, 2005). Israel pernah menyatakan: “tutup Selat Tiran, kami akan isytihar per.ang”.
Israel tidak menipu. Pada 30 Mei 1967, Nasser telah menandatangani perjanjian pertahanan dengan Jordan, yang sudah penuh dengan angkatan Iraq. Angkatan ini kemudian disertai Mesir… dan sambil melihat, Israel sebenarnya menggigil:
Eshkol cuba menjaminkan yang Israel tidak mahu berper.ang. Ketua Jeneral Yitzhak Rabin pula bertemu dengan David Ben-Gurion untuk mendapatkan nasihat. Ben-Gurion berleter panjang (kerana Israel tiada sokongan antarabangsa langsung) sampai Rabin pengsan 36 jam, katanya kerana mengalami kerac.µnan nik.ot.in (Pfeffer, 2015).
Rabin terlalu risau sampai ingin berundur daripada tampuk Ketua Jeneral bagi pihak Ezer Weizman. Tetapi Weizman menolak tawaran ini kerana Israel mesti akan jatuh semangat. Dalam politik Israel pula, Ben-Gurion bermµsµhan dengan Menachem Begin. Tetapi pada ambang peper.angan dengan Arab, kedua-dua figura politik ini bekerjasama.
Atas permintaan Begin, pentadbiran Eshkol terhenti seketika. Kerana pada 28 Mei, beliau membuat ucapan terbuka, yang Israel akan menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan tanpa pembangkang. Nampaknya sepertimana Arab bersatu, Israel pun bersatu. Cuma penyatuan mana yang menang? Penyatuan yang bertindak dulu.
Enam Hari Sahaja
Pada 5 Jun 1967, kerajaan Levi Eshkol bersetuju untuk melancarkan sebuah ser.angan besar. Sekelip mata saja, pakatan Arab kehilangan 452 aset ten.tera udara yang dibiar secara terbuka di pengkalan.
Israel hanya perlu 12 buah Dassault Mirage untuk menghan.cµrkan 30 Tu-16, 27 Il-28, 12 Su-7, 90+ MiG-21, 20 MiG-19 dan 25 MiG-17. Dengan satu ser.angan pra-emptif, Israel telah menguasai udara rantau sepanjang peper.angan singkat ini.
Pada masa yang sama, Israel menghantar 70,000 anggota daripada 11 brig.ed bersama 700 buah kereta kebal. Jumlah besar ini menggem.pµr Gaza dan Sinai ketika 12 jet pej.µang Israel membuat kerja.
Untuk melindungi anggota-anggota darat, Mesir menghantar saki-baki unit udara. Namun unit-unit udara ini dipintas Israel dengan rapi. Mesir kehilangan 10,000 anggota dalam masa satu hari… dengan ramai lagi ma.ti kerana lapar dan haus kemudian.
Nampak dengan jelas yang Moshe Dayan (selaku pembesar IDF) dan Yitzhak Rabin telah lama merancang ser.angan ini.
Dua hari selepas menyer.ang Mesir, pihak Israel telah mengambil Tebing Barat daripada Jordan (Mutawi, 2002). Kegagalan berstruktur Arab dalam masa dua hari ini diabadikan setiap tahun dengan peringatan Hari Naksa.
Pada 10 Jun, Israel telah memperolehi Gunung Golan, Semenanjung Gaza, Semenanjung Sinai dan Tebing Barat… seolah-olah konspirasi “Projek Greater Israel” telah menjadi kenyataan.
RUJUKAN:
Aburish, S.K. (2004). Nasser, the Last Arab. St Martin’s Press. Halaman 54.
Cohen, H. (2013). The Rise and Fall of Arab Jerusalem: Palestinian Politics and the City Since 1967. Routledge. Halaman 4.
Gelvin, J.L. (2005). The Israel-Palestine (ditapiskan: One Hundred Years of (ditapiskan). Cambridge University Press. Halaman 173.
Mutawi, S. (2002). Jordan in the 1967 (ditapiskan). Cambridge University Press. Halaman 138.
Pfeffer, A. (2015, Oktober 27). Would It All Be Different If Yitzhak Rabin Had Lived? Haaretz.
Shemesh, M. (2007). Arab Politics, Palestinian Nationalism and the Six Day (ditapiskan): The Crystallization of Arab Strategy and Nasir’s Descent to (ditapiskan), 1957-1967. Sussex Academic Press. Halaman 118.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih