Apabila berbicara perihal syarikat yang berasal dari Malaysia pasti nama-nama seperti Maybank, Petronas dan Sime Darby akan menjadi sebutan.

Namun begitu tahukah anda terhadap beberapa syarikat Malaysia yang disalah anggap sebagai miliki negara lain.

Hal ini berpunca daripada nama serta produk yang ditawarkan itu tidak memiliki unsur-unsur tempatan malahan ianya lebih sinonim dengan budaya popular dunia.

Jadi ianya menyukarkan orang ramai untuk mengenali syarikat itu adalah berasal dari Malaysia. Berikut adalah 5 syarikat Malaysia yang disalah sangka berasal daripada luar negara.

1. Bonia

Buat pengetahuan semua, Bonia merupakan jenama beg tangan terkenal milik Malaysia yang seringkali dianggap berasal daripada Italy.

Bonia telah digagaskan semenjak 1994 oleh Chiang Sang Sem dan pada hari ini jenama itu telah melebarkan sayapnya ke lebih 15 negara yang terletak di rantau Asia Tenggara, Asia Timur dan Timur Tengah.

Bukan itu sahaja, Bonia juga memiliki lebih 700 oulet dan 70 butik di seluruh Asia. Lebih memeranjatkan lagi, beberapa jenama terkenal seperti Sembonia, CarloRino dan Braun Buffel juga bernaung di bawah paying Bonia.

Pada tahun 2016, Bonia berjaya menjana pendapatan sebanyak RM665.4 juta dengan keuntungan bernilai sekitar RM24.9 juta.

Bonia tetap menjadi pilihan rakyat Malaysia khususnya wanita untuk memperagakan beg tangan untuk kelihatan jelita dan premium walaupun ianya merupakan jenama tempatan.

2. San Francisco Coffee

Membaca sahaja namanya, pasti kita semua menyangka syarikat tersebut berasal daripada Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, jangan salah sangka kerana syarikat itu sebenarnya berasal daripada Malaysia.

San Francisco Coffee telah digagaskan pada tahun 1997 oleh seorang rakyat Amerika Syarikat dengan iltizam untuk menghasilkan kopi terbaik dari ladang.

Syarikat itu dinamakan sedemikian rupa kerana ingin mengabadikan cintanya kepada tempat kelahiran yang terletak di Amerika Syarikat.

Pada hari ini, rangkaian kedai kopi dimiliki oleh Lyndarahim Ventures Sdn. Bhd dibawah kelolaan Datuk Abdul Rahim Zin. Buat pengetahuan anda semua, San Francisco Coffee memiliki sekitar 30 premis di sekitar Lembah Klang dan Singapura.

3. The Manhattan Fish Market

Melihat namanya sahaja, kita sudah terbayang bahawasanya syarikat ini berasal daripada Amerika Syarikat.

Hal ini demikian kerana hampir kesemua manusia tahu Manhattan adalah sebuah pesisiran pantai yang terletak di wilayah New York, Amerika Syarikat.

Namun, tanggapan anda semua adalah salah secara keseluruhannya kerana The Manhattan Fish Market adalah sebuah syarikat berasal daripada Malaysia.

Secara asasnya The Manhattan Fish Market adalah sebuah entiti perniagaan yang fokus kepada penghasilan makanan laut mengikut acuan barat.

Syarikat ini telah digagaskan oleh sekumpulan usahawan muda pada tahun 2002 dengan dua premis pertama terletak di Mid Valley Megamall dan Subang Parade. Bermula dari situ, syarikat it uterus berkembang kepada 19 premis di Lembah Klang dan Singapura.

Pada mulanya, premis itu menerima banyak kritikan daripada masyarakat tempatan ekoran ketidakbiasaan dengan makanan ala barat.

Beberapa detik selepas itu, premis makanan laut barat itu mendapat reaksi positif daripada masyarakat lantas mengalakkan lagi pembukaannya.

Dalam masa yang singkat berjaya  melebarkan sayapnya ke rantau Asia dengan membuka cawangan di Qatar, Oman dan Jepun.

4. BritishIndia

 

Tahukah anda, BritishIndia merupakan sebuah jenama eksklusif dan premium yang sangat mendapat tempat di Malaysia.

Ramai di antara kita beranggapan jenama itu berasal daripada luar negara sama ada India ataupun British. Namun usah terkejut kerana jenama itu digagaskan di Malaysia pada tahun 1994 oleh Pat Liew.

Jenama ini ditubuhkan adalah untuk menghasilkan produk premium dengan sentuham kolonial yang disesuai dengan era moden.

Pada hari ini, BritishIndia memiliki lebih daripada 40 cawangan premis di empat negara iaitu Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Jadi berbanggalah kerana syarikat dari Malaysia juga turut mampu menghasilkan produk premium yang setanding dengan jenama antarabangsa.

5. Sushi King

Mungkin ramai yang agak terkejut jika diceritakan perihal Sushi King merupakan syarikat yang berasal daripada Malaysia. Sushi King sememangnya dari Malaysia apabila diasaskan oleh usahawan Jepun yang bermastautin di negara ini pada tahun 1995.

Sushi King juga merupakan peneraju awal yang membawa makanan Jepun berasaskan sushi memasuki pasaran Malaysia dengan konsep Kaiten Sushi ataupun Revolving Sushi dengan layanan segera.

Mereka juga menawarkan beberapa makanan daripada negara matahari terbit itu dengan harga yang sangat berpatutan serta suasana restoran persis di Jepun.

Bermula dengan hanya satu premis sahaja pada awal penubuhannya, kini Sushi King boleh berbangga apabila berjaya berkembang kepada lebih 100 premis di seluruh negara.

Apa yang menariknya, Sushi King boleh didapati di setiap negeri di Malaysia. Hal itu terus menjadikan Sushi King sebagai restoran berkonsepkan kaiten terbesar di negara ini.

Selepas itu kesemua persepsi dan stigma mengenai ketidakmampuan syarikat Malaysia boleh dibuang jauh memandangkan 5 syarikat ini mengikut piawai antarabangsa.

Artikel boleh juga dibaca di portal kewangan dan ekonomi kami, The Outlook. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.